Just Klik!

trendy.... beauty..... anggun.....!

Blog Santai-santai jerrrrrrrr..........!

Tuesday, January 13, 2015

Tumis Kicap Telur Mata Kerbau...

Sejak anak dah sekolah ni pagi2 sebelum pergi kerja kena masak lauk untuk anak2 makan tengahari. So, hari pertama sekolah kelmarin aku dah abis idea dan letih tak cukup tidur.... terjadilah masakan ni... simple jer!

Sebenarnya dah sibuk macam2 hal anak2 bersekolah nak disiapkan, barang dapur lupa nak beli...  apa yang ada ajelah... bolehlah.... anak2 pun suka aku masak telur macam ni... siap suruh buat lagi! Telur ikut banyak mana korang nak... aku buat 4 biji je... cukuplah tu!

Bahan2 :

4 biji telur
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 biji cili merah
3 sudu besar kicap
11/2 cawan air
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya

Cara2 :

Telur digoreng mata kerbau sebiji sebiji. Bawang merah dan bawang putih dihiris halus. Cili merah dipotong menyerong.

Tumis bahan2 yang dhiris dan dipotong menyerong. Dah naik bau dan kekuningan masukkan air. Masukkan kicap. Didihkan dan perasakan dengan garam dan gula.

Kuah dah masak, curahkan atas telur mata kerbau tadi... Dah siap, bolehlah dihidangkan.


p/s : Senang je kan .....hehe!



Have a nice day! :)

2 comments:

Amie said...

Telur memang jadi penyelamat keadaan he hehehee.....

Noor Akma said...

Betul tu... amie! Apapun terima kasih sudi komen hidangan yg ntah aper2 nih!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...