Breaking

Wednesday, December 7, 2011

Kuih Tepung Talam

Smlm aku buat kuih ni..... Kuih Tepung Talam. Kuih ni masa kecik2 dulu mak aku selalu buat utk sarapan pagi. Lagipun kuih ni peberet bapak aku. Dia x suka kuih ni keras, nk yg agak lembik ckit.

Kuih ni dah melalui mcm2 transformasi...... mcm2 versi kuih talam dah ada skrg ...... kiranya kuih aku yg aku buat ni  versi yg orginal punya. 

Dah berkurun aku x buat kuih ni.... sedap memang sedap tp yg nk jaga badan kena berhati2 makan ni...tu yg jarang buat kuih ni....terbabas diet!



Bahan2 :

Lapisan bawah
2 cawan tepung gandum
5 cawan santan cair
10 helai  daun pandan
1 cawan gula pasir
2 sudu makan tepung ubi
Garam secukup rasa
Pewarna hijau (jika perlu)

Lapisan atas
2 cawan santan pekat
3/4 cawan tepung beras
1 sudu teh garam

Cara buat lapisan bawah :
Blender daun pandan bersama santan. Tapis  kedlm mangkuk. Selepas itu campurkan tepung, gula dan garam.Kacau sebati. Tapis adunan agar tidak bergentel. 

Sapu  minyak masak pada loyang dan panaskan kukusan. Panaskan adunan didlm periuk dan masakkan seketika. Agak2 adunan nk pekat sedikit, tutupkan api. 

Kukus selama 20 minit. Apabila masak, goreskan sedikit dgn garpu.

Cara buat lapisan atas :
Gaul semua bahan dan tapiskan. Masakkan adunan ini sekejap sahaja iaitu sehingga  panas berwap je. Tuang berhati2 ke atas  adunan bawah yg  digores tadi.

Kukus lagi selama 20 minit atau sehingga masak. Sejukkan dahulu sebelum dipotong dan dihidangkan.



 p/s :  Susahnya aku nk updated ni..... komputer ni  slow dan  keyboardnya keras semacam, susah nk menaip. Watermarkpun xguna yg biasa pakai sebab laptop dah masuk wad.  Apapun selamat mencuba....

7 comments:

Norasikin said...

Syoknya makan sejuk tp memang lemak betul la. Kalau ikutkan hati nak letak santan pekat atas bawah. hehe

Anonymous said...

kalau mcam tu rupa kuih talam x payah post lah. kepala entah kemana, x ada seni langsung, kalau bini aku bikin ni, aku campak dlm tong sampah saja.potong pumn tak cantik/kemas.

Anonymous said...

uu..sapelah malang dpt laki mcm, ko ek..

Anonymous said...

saya mohon copy ya resepi ni..sebab dah lama cari resepi original macam ni..tq sangat2..;)

Anonymous said...

dh kira untung la dia shared resepi.. daripada jahil xtau nk buat tau makan je buat ape.. tqtqtq share resepi dgn kita org ye :)

Noor Akma said...

Dah agak lama baru terperasan En. Anon, Puan Anon dan maybe Cik Anon berbalas jawa kt komen ni... utk pengetahuan, saya ni memang x pandai masak..sekadar mencuba dan terus mencuba memasak..apa yg ada disini cuma nk share ngan kengkawan je dan saja suka2..My hubby x cerewet apa saya masak hubby x pernah komplen.. x boleh ke nk letak gambar klau x cantik...? Lgpun ini blog saya....sukaatilah 'ada aku kesah'...pinjam ayat bebudak skrg..hehe!

Anonymous said...

time kasih...sy nk mtk izin copyy resepi taw...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...