Meniti usia yg terus berlalu....... selepas ulangtahun kelahiranku yg keberapa...tah! Malas nk kira.... biarlah macam tu je. Kesibukan dan keletihan yg melanda diri aku ni membuatkan aku x sempat nk masak.... apatah lagi mengupdated blog. Ari ni bila dah ada waktu terluang barulah aku dapat mengadap laptop. Tp laptop buat hal plak. Dah godek ckit, malam ni barulah dpt buat n3.
Dah lama x buat kuih atau kek bagai..... x sempat lagi. Tp sempat jugaklah aku masak lauk tengahari ni kegemaran my hubyy iaitu masak lemak cili api. Dah itu kesukaan dia.... aku masak ajelah. Siap dengan ulam timun, tomato dan yg paling spesel jering atau jengkol.... hehe :)
Bahan2 :
4 pokok batang keladi
3 keping ikan tenggiri potong
12 biji cili api - tumbuk
1cm isi kunyit - tumbuk
2 biji bawang merah - tumbuk
1 batang serai - titik sahaja
1 keping asam keping
2 cawan santan pekat.
secawan air
garam dan gula secukup rasa.
Cara2 :
Batang keladi dipotong2 dan dibersihkan. Selepas itu batang keladi direbus dan ditoskan airnya Ini untuk membuang getahnya yg gatal. Kalau pasti keladi tu jenis yg x gatal x perlu direbus. Ikan tenggiri dibersihkan, digaul gram dan kunyit serta digoreng separuh masak. Masukkan bahan tumbuk dan serai yang telah dititik. Masukkan secawan santan pekat dan secawan air.
Bila dah mendidih, masukkan ikan yang telah digoreng tadi, batang keladi yg telah direbus dan secawan lagi santan pekat. Masukkan juga asam keping. Kalau nak lebih kuah boleh tambahkan air lagi.. Kacau dan perasakan dengan garam dan gula. Jangan biarkan santan pecah minyak. Kacau sentiasa. Bila telah mendidih sekali lagi bolehlah diangkat.
p/s : Memang sedap.... apatah lagi makan dengan ulam-ulaman.
No comments:
Post a Comment