Updated blog utk meletakkan salah satu produk jualan aku..... x sempat nk masak dek kesibukan di gerai yg dibuka berterusan waktu cuti sekolah ni. Manalah tahu kot2 ada yg berminat dan dok mencari bahan ni. Produk ni murah tp khasiatnya banyak. Daripada beli makanan kesihatan yg mahal giler dtu baiklah cuba yg ini..... X gitu!!!
Harga tu kalau beli banyak, masih boleh dirunding. Seperti biasa, penghantaran boleh dilakukan jika berdekatan dgn Shah alam... Untuk penghantaran pos, kos akan ditanggung oleh pembeli. Jika berminat boleh call 017-2387594.... saya akan melayani anda.
Harga tu kalau beli banyak, masih boleh dirunding. Seperti biasa, penghantaran boleh dilakukan jika berdekatan dgn Shah alam... Untuk penghantaran pos, kos akan ditanggung oleh pembeli. Jika berminat boleh call 017-2387594.... saya akan melayani anda.
Bijian Habbatussauda RM 10.00 |
Kadangkala ia digelar
sebagai “bijirin hitam” atau “jintan hitam”.
Daripada Abu Huraira
r.a. Nabi s.a.w. bersabda, “Habbatus Sauda ini menyembuhkan segala jenis
penyakit kecuali Al Saam.” Aisyah r.ha. pun bertanya: ” Apakah Al Saam itu?”
Jawab Baginda s.a.w. “Mati.” (Riwayat Al-Muslim)
Cara penggunaan :
Untuk bijian : Boleh saja dikunyah2 sebagai snek atau diblender dan dicampur minuman dengan cara apa saja. Sukatan tidak terhad dan tidak memudaratkan.
Untuk minyak : Dititikkan kedalam minuman dan diminum. Sukatan tidak terhad dan tidak memudaratkan.
Khasiat-khasiat yang
terdapat pada Habbatus Sauda yang berikut adalah dipetik dari buku yang
bertajuk “Rahsia Perubatan Habbatus Sauda’” yang dikarang oleh Dr. Hassan
Syamsi Baasya dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia oleh Abdul Khairi
AL-Latifi.
Kajian-kajian yang telah
dibuat membuktikan bahawa Habbatus Sauda mempunyai khasiat-khasiat perubatan
yang berikut:
1. Asid Urik dan
Gout
Membantu mengeluarkan
asid urik dari badan dan mengelakkan dari terkena penyakit gout.
2. Asthma
Bahan “Nigellon” yang
terdapat dalam Habbatus Sauda dapat mengurangkan kesukaran pernafasan dan
serangan Asthma dan memberi menafaat dalam rawatan serangan yang terjadi ke
atas pembuluh udara (bronchitis).
3. Selsema
Ia dapat menyembuhkan
selsema.
4. Tekanan Darah
Tinggi
Ia boleh merendahkan
tekanan darah.
5. Alahan
(Allergic)
Bahan “Nigellon” dalam
Habbatus Sauda dapat mengurangkan pengeluaran bahan “Histamine” dan bahan-bahan
yang menyebabkan kejadian alahan (allergic).
6. Pengeluaran
Bahan Empedu (Bile)
Juzuk Karbonil dan
Thymoquinone (dua kandungan asas di dalam Habbatus Sauda) mempunyai keupayaan
dalam menambahkan pembuangan empedu dari pudi empedu, untuk mengelakkan dari
kewujudan penyakit batu pundi empedu.
7. Melancarkan
Pengeluaran Susu
Ia mempunyai kesan yang
kuat ke atas pertambahan kelancaran pengeluaran susu pada ibu.
8. Kesendatan
Pembuluh Darah (Thrombosis)
Ia mempunyai kesan ke
atas sistem kesendatan pembuluh darah di dalam tubuh dan di luar tubuh.
Maknanya darah yang mengalir akan berhenti dengan cepat akibat kecepatan
pembekuan darah. Begitu juga ia mempunyai kesan ke atas kecergasan pemecahan
fibrin di dalam darah tersebut.
9. Sistem
Kekebalan (Immunity) Tubuh
Ia meningkatkan sistem
kekebalan supaya dapat membunuh kuman-kuman (bacteria), virus atau sel-sel
barah supaya dapat mengelakkan tubuh dari dijangkiti penyakit-penyakit.
10. Barah
Ia dapat melindungi
tubuh dari wujudnya kesan-kesan beracun akibat kegunaan “Cisplatin”, yang
digunakan dalam merawat bengkak-bengkak barah. Ubat “Cisplatin” ini, seperti
lain-lain ubat yang digunakan untuk merawat bengkak-bengkak barah, menyebabkan
kesan-kesan serangan sampingan (side effects).
11. Kuman-kuman
Ia amat aktif dan
berkesan dalam membunuh beberapa jenis kuman seperti “E Coli”, “Strep.Fecalis”
dan “Bacillus subtilis.” Ia juga mungkin berfaedah dalam melindungi gigi dari
kejadian kerak-kerak kuning pada gigi (Plaques) dan kereputannya.
12. Ceret-Beret
disebabkan Kuman
Ia dapat merawat
masaalah ceret-beret dengan membunuh kuman-kuman yang menyebabkannya, seperti
Kolerra, Shigella dan E.Colli yang berupaya menentang beberapa antibodi.
13. Kencing
Manis
Ia dapat mengurangkan
tahap kandungan gula di dalam darah.
14. Rheumatisme
Dalam bidang perubatan
tradisional di timur tengah, ia digunakan sebagai bahan anti radang (Anti
Inflammatory) dan anti-rheumatism (antirheumatic) dan digunakan dalam rawatan
kepada migren.
Mereka yang alim di
dalam bidang perubatan berkata: ” Antara manafaat-manafaat Habbatus Sauda
ialah:
i. Ia
bertindak menghilangkan bengkak.
ii. Ia amat
berfaedah dalam membuang lendir dan gelema dan mengeluarkan angin.
iii. Jika ia ditumbuk
halus dan diuli dengan madu lebah serta diminum dengan air panas ia akan
mencairkan batu-batu karang, melancarkan air kencing dan haid.
iv. Jika ia ditumbuk
halus dan diikat didalam kain kapas atau kulit lalu dicium, maka ia memberi
menafaat dalam penyembuhan selsema.
v. Jika diminum seberat
1 mithqal (4.235 gram) Habbatus Sauda dengan air, ia memberi manafaat dalam
merawat kesesakan nafas,
vi. Jika ia dibungkus
dengan kain maka ia memberi manafaat dalam merawat sakit kepala yang sejuk,
vii. Jika Habbatus Sauda
dimasak dengan cuka dan berkumur-kumur dengannya maka ia memberi manafaat
menyembuhkan sakit gigi.”
1 comment:
assalam.. kalo puan tak kisah, bole saya tahu kat mana puan dapat stok? terima kasih
Post a Comment