Breaking

Saturday, April 14, 2012

Asam Pedas Batang Keladi

Ujung2 minggu ni memang agak penat ckit dan aku baru lepas menyiapkan 40 biji burger utk jual malam ni. 

Nk updated n3 sekejap..... Lepas ni nk sambung buat dadih plak. Lepas tu nk kemas barang niaga esok dan lagi nk parut kobis utk buat burger lagi esok..... Itulah kerja aku, selagi x tutup mata utk tidur ada lagi dan lagi, lagi3x.....!!

Masak lagi.............. Dah lama aku x masak lauk ni. Sedap jugak ni.... kalau  bercerita memang x abis2 nyaaaaaaaaaaa.......

Layan aku punya masakan ni jelah................!!!



Bahan2 : 

3 pokok batang keladi
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1cm halia
1cm isi kunyit
2 sudu besar ikan bilis
3 sudu besar cili giling
11/2 sudu teh pes asam jawa
1 inci belacan
2 batang serai
3 tangkai daun kesum
3 cawan air
Sedikit minyak utk menumis
Gula dan Garam secukup rasa

Cara2 :

Batang keladi disiat ckit kulitnya dan dipotong. Kemudian direbus sebentar dan toskan airnya.  Bawang merah, bawang putih, halia dan isi kunyit di tumbuk lumat. Serai dketuk. Daun kesum diambil daun dan pucuknya.

Tumiskan bahan tumbuk. Bila dah agak kekuningan, masukkan cili giling, belacan ikan bilis dan serai. Masak sampai pecah minyak dan agak garing. Masukkan air. 

Bila mendidih masukkan batang keladi. Masak lagi dan masukkan daun kesum. Biarkan sebentar Perasakan dengan gula dan garam. Agak2 dh nk mendidih lagi bolehlah diangkat.


p/s : Aku sebenarnya allegik dgn belacan ni......dan hubby aku x suka daun kesom tp dek kerana teringin nak makan stail mcni, aku  redah je. Tp dlm pada tu ubat dah standby. Hubby kena cari lauk lain kt kedai...hehe!

1 comment:

Amie said...

Assalamualaikum Noor,
salam kenal dari Kak Amie, follow sini ye

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...