Just Klik!

Monday, September 24, 2012

Ikan pekasam ~ peberet tuh!!

Sepanjang minggu lepas dan minggu ni rasanya akulah orang paling sibuk kt dunia ni.... xde masa langsung nk toleh kiri kanan dah....

Ari ni aku cuba jugaklah mencari masa dan merajinkan diri godek2 blog, walau masakan aku ni dah x sepertinya dan tangkap muat je.... rindu nk pos n3 punya pasal. Al maklum, dah xde masa nk masak-memasak lagi... Aku masak nkyg cepat je...kalau xpun beli siap!

Sekarang ni aku dah bukak kedai@gerai hari2 plak.... Sementara baru bermula dan barang2 x sepertinya lagi, terpaksalah aku  uruskan kedai ni dulu. Dah berjalan dengan lancar, barang2 pun dah penuh barulah aku cari pekerja sepenuh masa.... cadangnyalah!

So... layan jelah menu simple pembuka selera aku nih!!! `~ aku beli kt kedai runcit x jauh dari rumah.




Bahan2 :

Sepeket ikan pekasam
1 biji bawang besar
1 biji cili merah
Minyak masak secukupnya

Cara2 :

Bawang besar dimayang halus. cili merahi di potong2. Ikan pekasam digoreng di dlm minyak yg cukup2 je utk masukkan ikan. Ikan tak perlu dibasuh, terus je digoreng dengan serbuk berasnya sekali. Apabila bahagian bawahnya dah hampir masak, terbalikkan.

Masukkan bawang  besar dan cili merah bersama. Ketepikan sikit ikan untuk memberi ruang menggoreng bawang dan cili merah. Bila ikan dan bawang dah agak garing, bolehlah diangkat dgn minyknya skali dan dihidangkan

P/s : Sedap ni... wa cakap lu... makan plak dengan sambal tempoyak berulamkan petai, mesti tak toleh kiri kanan punya!!!!


Have a nice day! :)

1 comments:

rDnA said...

feberet jugak..sedapnye la pekasam makan dengn nasi panas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...