Breaking

Sunday, September 30, 2012

Ikan Tongkol Tumis Tomyam

Ari ni aku  x pergi berniaga pagi2...... anak yang jaga gerai kt bazar masjid negeri. malam nanti baru aku datang untuk packing barang sebab malam  ni last niaga selama 3 hari.

Badan pun rasa x sihat... rasa nk makan yang masam2 je... jadi aku masak lauk ni untuk membuka selera. Resepi ni aku dapat inspirasi dari blog seorang blogger yang dikenali ramai... Secubit Garam @ Nor Azmihah Mohamad.

Macam biasa aku create balik sesedap rasa ikut tekak dan rasa aku sendiri....!!!

Apapun layan jelah masakan aku yang x seberapa ni....!


Bahan2 :

1 ekor ikan tongkol sederhana besar
1 paket pes tomyam adabi
4 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1/2 batang carot
1 biji tomato

1 sudu besar sos tomato
1 cm halia
1 btg serai
5 biji cili padi

2 biji limau kasturi
Beberapa helai daun limau purut
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
Minyak utk menumis


Cara2 :

Ikan tongkol dibersihkan dan dipotong2 . Bawang putih, halia, cili padi dan serai dititk. Bawang besar dan carot dihiris. Tomato pula di belah empat.


Tumis bahan yang dititk bersama. Bila dah kekuningan, masukkan daun limau purut, pes tomyam dan sos tomato. Masukkan juga carot dan sedikit air. Biarkan merenih seketika. Selepas tu masukkan air secukupnya utk membuat kuah.


Bila kuah dah mendidih, masukkan ikan tongkol. Perasakan dengan garam dan gula. Bila dah mendidih sekali lagi, masukkan tomato. Tutup api dan selepas tu masukkan perahan airlimau kasturi. Dah siap bolehlah dihidangkan panas2.



p/s : Sedap, masam2 gitu...!


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...