Just Klik!

Wednesday, October 10, 2012

Kari Ayam


Walau hari dah kemalaman.... aku nak updated blog jugak. Hubby dah sound suh tido ni tp dek keinginan yg membuka2 utk mengupdated... aku buat2 x dengar... 

Yalah...blog aku ni dah tertinggal dan terabai dek kesibukan aku keluar berniaga hari2 skrg ni. Mlm ni aku nk updated lauk ni... akupun dah x ingat bila aku masak ni.... Agak2 dalam bulan lepaslah agaknya...hehe!



Bahan2 :

6-7 ketul ayam  
3 biji kentang - di buang kulit dipotong 
2 biji bawang merah - tumbuk
1 ulas bawang putih - tumbuk
1 cm halia - tumbuk
2 sudu makan cili giling 
1 pkt kecil serbuk kari ayam 
1sudu makan pes asam jawa
2 cawan air
2 cawan santan
minyak secukupnya
gula dan garam secukup rasa
sedikit rempah tumis - kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih dan buah pelaga

Cara :

Tumiskan bahan tumbuk. Bila dah kekuningan masukkan cili giling. Tumis sampai agak garing. Masukkan 1 cawan air dan pes asam jawa. Masukkan serbuk kari ayam sekali. 

Tumis bahan2 sampai garing. Lepas tu masukkan kentang dan ayam.  Lepas tu masukkan santan dan secawan air lagi. Perasakan juga dengan garam dan gula. 

Biarkan mendidih  dan tunggu sehingga kentang empuk. Jika suka, boleh tambah tomato yg dibelah empat dan cili merah yang dibelah dua... 



p/s : Kalau dah buat kari... biasanya utk minum petang atau sarapan pagi esoknya, aku mesti buat kuih dadar putih atau ketayap utk cicah dgn kari... sedap!


Have a nice day! :)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...