Breaking

Wednesday, January 23, 2013

Kuih Apam Nasi

Kuih apam ni aku buat untuk sarapan pagi.... Aku buat malam n then pagi dah boleh terus makan. Tp sebab waktu pagi... mana nk cari kelapa parut.! Makan jelah gitu!!

Xnak berbicara panjang lebar... akupun tengah berniaga ni... kita tengok jelah resepi yang simple ni. Dulu pun aku ada buat tp aku  bagi nama apam pink...


Bahan2 :

3 cawan tepung beras
1cawan tepung gandum
2 cawan gula pasir
1 paket mauripan @ ibu roti
2 cawan nasi
3 cawan air

Cara-cara :


Masukkan semua bahan kedalam mangkuk besar kecuali nasi dan air. Gaul bahan tersebut dan ketepikan sementara waktu. Kisar nasi dengan air sehingga betul2 hancur.

Campurkan nasi yg telah dikisar dengan bahan yang telah digaul tadi dan sebatikan adunan. Biarkan adunan mesra selama 1 jam. Adunan akan mengembang selepas itu. 

Selepas 1 jam, isikan adunan ke dalam acuan dan kukus dalam pengukus yang telah dipanaskan terlebih dahulu dalam 10-15 minit.



p/s  : Sapukan acuan dengan sedikit minyak sebelum memasukkan adunan agar kuih mudah ditanggalkan dari acuan nanti.


*******************
my life.....!
klik SINI
*******************

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...