Ini masakan kelmarin... masak jelah!! Makan.. ambil ajelah daging seketoi dua ngan nenas 2-3 ketoi... makan dengan sesenduk nasi... dah cukup le... Yg seperiuk tu untuk hubby n anak2 jelah...!
So, xyah membebel lg... kita layan resepi yg biasa2 je ni!!!
Bahan2:
300gm daging - potong kecil2
1/2 biji nenas - potong kecil2
12 biji cili api - tumbuk
1cm isi kunyit - tumbuk
2 biji bawang merah - tumbuk
1 batang serai - titik sahaja
2 cawan santan pekat.
secawan air
secawan air
garam dan gula secukup rasa.
Cara2 :
Daging yang telah dipotong kecil tadi masukkan dalam periuk bersama bahan tumbuk dan serai yang telah dititk. Biarkan mereneh lama agar daging tak liat. Selepas itu masukkan nenas yg telah dipotong kecil2. Masak lagi dan masukkan secawan santan pekat serta secawan air.
Bila dah mendidih, masukkan secawan lagi santan pekat. Kalau nak lebih kuah boleh tambahkan air lagi. Tapi jangan banyak2 nanti x sedap plak. Kacau dan perasakan dengan garam dan gula. Jangan biarkan santan pecah minyak. Kacau sentiasa. Bila telah mendidih sekali lagi bolehlah diangkat.
p/s : Pergh!....memang sedap, lebih2 lg terasa masam manis nenas pada daging tu....
3 comments:
Orang kata kalau dah makan daging elok makan nanas untuk mudahkan proses hadam, resepi ni dah cukup lengkap dengan nanasnya... nampak sedap!
singgah sini..nice blog :)
Best nampak...boleh cuba nih!
Post a Comment