Breaking

Thursday, January 3, 2013

Kurma Daging bersama Papadom

Dah pun bermula tahun baru 2013... Xde apa2 azam utk diriku. Yang ada cuma utk anak2 agar berjaya dalam pelajaran...

Juadah ni aku masak utk makan tengahari 1st day of year 2013.. Sempoi jer, tp sedap!


Bahan2 :

300gm daging - dipotong kecil; 
3 biji kentang - di buang kulit dibelah 4 
2 biji bawang merah - tumbuk
1 ulas bawang putih - tumbuk
1 cm halia - tumbuk
2 sudu makan cili giling 
1 pkt kecil serbuk rempah kurma
1 sdu makan pes asam jawa
11/4  cawan cawan air
2 cawan santan
minyak secukupnya
gula dan garam secukup rasa
sedikit rempah tumis - kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih dan buah pelaga

Cara :

Tumiskan bahan tumbuk bersam dengan rempah tumis. Bila dah kekuningan masukkan cili giling. Tumis sampai agak garing. Masukkan pes asam jawa dan 1/4 cawan air . 

Masukkan serbuk rempah kurma sekali. Tumis bahan2 sampai garing. Lepas tu masukkan daging, renihkan sehingga daging empuk. Tak perlu masukkan air kerana air daging akan keluar. 

Masukkan kentang. Lepas tu masukkan 2 cawan santan dan 1 cawan air. Perasakan juga dengan garam dan gula. Biarkan mendidih sekali lagi. selepa tu bolehlah diangkat dan dihidangkan utk makan tengahari.



p/s : Makan dengan papadom... itu je!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...