Walau dah pernah buat kek ni.... masih tergoda aku dgn warnanya yg merah mengerlap... Rasapun very2 marvellous.
Kelmarin tercapailah misi aku menggodek2 dapur dengan jayanya untuk mengerjakan sebijik kek yg diidamkan.....!!!!
Dek ketidakpandaian aku dengan aising bagai ni.... kek ni xlah secantik mana setelah di sapu cream cheese... selekeh je..... tp tetap menawan di mata aku...yg pasti anak2 puji... cantik dan sedap katanya...kira okeylah tuhhhh!!!
Kek ni pernah buat dan share kt blog ni.... nk tengok sila klik sini
Bahan2 :
250g tepung kek (guna tepung gandum biasa campur 1st baking powder)
1/2 sdt garam
15g serbuk koko @ 2 sb serbuk koko (guna 1 botol kecil serbuk koko)
113g butter @ 1/2 cawan butter (guna 1/2 dari 1 ketul butter 250g)
160g gula kastor (buat 200g gula)
2 biji telur -gred A
1 sk esen vanila
240ml @ 1 cawan buttermilk - jika tiada, kita buat sendiri
1 cawan susu segar - (guna 1 kotak susu Dutch Lady penuh krim)
2 sm perwarna merah @ 4 sm serbuk perwarna merah - (habiskan 1 botol kecil serbuk)
1 sk cuka
1 sk soda bikarbonat
250g tepung kek (guna tepung gandum biasa campur 1st baking powder)
1/2 sdt garam
15g serbuk koko @ 2 sb serbuk koko (guna 1 botol kecil serbuk koko)
113g butter @ 1/2 cawan butter (guna 1/2 dari 1 ketul butter 250g)
160g gula kastor (buat 200g gula)
2 biji telur -gred A
1 sk esen vanila
240ml @ 1 cawan buttermilk - jika tiada, kita buat sendiri
1 cawan susu segar - (guna 1 kotak susu Dutch Lady penuh krim)
2 sm perwarna merah @ 4 sm serbuk perwarna merah - (habiskan 1 botol kecil serbuk)
1 sk cuka
1 sk soda bikarbonat
KRIM:
250 gram krim keju
1 cawan krim putar
250 gram krim keju
1 cawan krim putar
(Jika menggunakan krim putar tanpa gula, tambah 1/2cawan gula halus)
Cara2 :
Cara penyediaan buttermilk - Satukan 1 cawan susu segar + 1 sudu makan cuka. Biarkan sebentar dalam 10-15min sehingga susu jadi agak pekat. Boleh gantikan cuka dengan jus lemon atau cream of tartar dgn sukatan yang sama.
Panaskan oven suhu 170darjah celcius. Sapu loyang dengan butter.
Dalam mangkuk, satukan gula dan juga butter. Pukul hingga lembut lebih kurang 1-2minit. Masukkan telur satu persatu dan teruskan memutar hingga kembang dan gebu. Dalam cawan buttermilk satukan dengan pewarna merah dan kacau sebati hingga pewarna tidak berketul2.
Kurangkan kelajuan mixer, masukkan tepung berselang seli dengan buttermilk sebanyak 3 kali. (tepung,buttermilk,tepung,buttermilk,tepung). Mangkuk kecil, satukan soda bikarbonat dan juga cuka hingga berbuih.
Tuang cepat2 ke dalam adunan kek dan kaup balikkan sebati. Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 30-40 min atau sehingga masak. Cucuk lidi dahulu untuk memastikan kek masak. Jika bersih tandanya sudah masak. Sejukkan di atas redai kemudian belah 2 atau 3 bahagian.
Sementera menunggu kek sejuk, sediakan cream cheese frosting. Pukul krim keju hingga lembut kemudian masukkan krim putar sedikit demi sedikit hingga habis dan krim menjadi kental dan gebu (speed mixer - medium). Sapukan setiap lapisan kek dan hias ikut suka.
Sejukkan di dalam peti ais dahulu untuk kenikmatan yang berganda. Potong dan hidangkan.
p/s : Nampak macam remeh je.... tapi bolehlah, dah habis daaaa.... nanti nk buat lagilah!!!
No comments:
Post a Comment