Breaking

Tuesday, April 16, 2013

Masak Lemak Ikan Tenggiri Bersama Kacang panjang

Hari ni... aku ada kelapangan ckit... So nk updated n3 tertunggak ni. Dah 2 minggu masakan ni aku buat... Masakan ni ulang tayang je. Dah selalu letak dalam list masakan tiap minggu. Cuma ikan dan sayur tukar2. resepi sama je....

Macam biasalah.... my hubby kalau masakan ni laju je dia makan. Teringat dulu2 masa baru kahwin... masak lemak cili api aku x menepati selera dia. Maklum aku orang perak... dia orang nogori. 

Nasib baiklah adik hubby tinggal ngan aku waktu tu...belum kahwin lagi.  Sungguh2 aku belajar dari dia... masakan tu hampir sama dan  teknik tu kena betul... iaitu part jangan bagi kuah naik minyak... Skrg aku dah pandai... hubby bagi 5 bintang...hehe!!!




Bahan2 :

4 keping ikan tenggiri potong
Secekak kacang panjang 
12  biji cili api - tumbuk
1cm isi kunyit - tumbuk
2 biji bawang merah - tumbuk
1 batang serai - titik sahaja
1 keping asam keping
2 cawan santan pekat.
secawan air
garam dan gula secukup rasa.

Cara2 :

Ikan tenggiri dibersihkan, digaul garam dan kunyit serta digoreng separuh masak. Kacang panjang dipotong2 serong.Masukkan bahan tumbuk dan serai yang telah dititik. Masukkan secawan santan pekat dan secawan air. 

Bila dah mendidih, masukkan ikan yang telah digoreng tadi, kacang panjang dan secawan lagi santan pekat. Masukkan juga asam keping. Kalau nak lebih kuah boleh tambahkan air lagi.. 

Kacau dan perasakan dengan garam dan gula. Jangan biarkan santan pecah minyak. Kacau sentiasa. Bila telah mendidih sekali lagi bolehlah diangkat.



p/s : Pergh... berasap!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...