Dah lama xde n3 baru.... dah lama gak menyibukkan diri dgn niaga je, sampai xde masa nk berblog lagi. Payahnya nk cari masa yg terluang ni... terkejar2 buat semua kerja... balik lambat plak tu, asyik terperangkap dlm jammed yg teruk je.
Ari ni cuba gak buat n3 yg tunggang langgang ni. Dah ari k3 pose... juadah yg nk aku tunjukkan disini adalah juadah ari pertama pose... buat pun kelam kabut je.... betul2 cara yg mudah x banyak bahan.
Cuba jelah buat ... seadanya... sedap gak.!!! kata anak2.. hehe!
Bahan2 :
2 bungkus kuetiau
Semangkuk tauge
Secekak kucai
2 keping fish cake
2 biji telur
3 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
2 hiris halia
2 sudu besar cili giling
5 sudu besar cili sos
3 sudu besar kicap pekat
2 sudu makan sos tiram
Garam, gula dan minyak masak secukupnya
Cara2 :
Bawang merah, bawang putih dan halia ditumbuk lumat. Tauge dibersihkan dan dibuang akar serta kulit hitamnya. Kucai dibersihkan dan di potong2. Tumiskan bahan tumbuk, dah wangi dan kekuningan... masukkan cili giling. Bila campuran cili giling dah wangi masukkan cili sos, kicap pekat dan sos tiram. Kacau, kacau dan kacauuuu..
Lepas tu masukkan fish cake yg telah dihiris nipis. Masukkan juga sayur kucai dan tauge. Kacau hingga sayur2 tu agak2 layu. Masukkan telur. Akhir sekali masukkan kuetiau. Kacau hingga bergaul rata dan sebati. Di samping tu masukkan gula dan garam secukup rasa. Dah siap.... bolehlah dihidangkan.
p/s : Resepi kuetiau yg paling simple. Xde seafood yg biasa org lain buat... xde bajet pun ye n lagi satu sebab alergik...
No comments:
Post a Comment