Breaking

Tuesday, January 6, 2015

Tuesday, January 06, 2015

Tumis Kangkung Bersama Cendawan Hitam

Bila masak makanan tengahari mesti aku selitkan satu hidangan sayur.... barulah makanan seimbang dan berkhasiat untuk seisi keluarga. Kiranya aku amalkan sejak dulu2 lagi. Sejak anak2 masih kecil dah aku ajar makan sayur2 ni.... 

Hasilnya semua anak2 ku suka makan sayur... kalau xde diorg plak yang tanya. So.... inilah antara hidangan sayur yg selalu aku buat... anak bujang aku yg sorang tu suka sangat cendawan hitam tu... huhu! 

Sibuk jugak ni.... memasak untuk keluarga tu tetap ikhlas ku lakukan... hihi!

Layan....


Bahan2 :

1 ikat kangkung
6 tangkai cendawan hitam
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 biji cili merah
beberapa ekor ikan bilis
1 sudu makan sos tiram
1/4 sudu kecil pati ayam (jika suka)
1/4 cawan air
minyak masak secukupnya
garam dan gula secukup rasa

Cara2:

Cendawan hitam direndam seharian dan dibelah 4. Kangkung di potong2 dan dibersihkan. Bawang merah, bawang putih dihiris halus, 

Cili merah dipotong serong.  Tumiskan bawang merah, bawang putih, cili merah dan ikan bilis. Masukkan sos tiram, kangkung dan cendawan hitam. 

Masukkan air dan pati ayam. Masak hingga mendidih. Sesuaikan rasa garam dan  gula. Bolehlah diangkat dan dihidangkan.


p/s : Sebagai lauk sampingan...sedap gak erk!

Friday, January 2, 2015

Friday, January 02, 2015

Moist Chocolate Cake, Sambut Tahun Baru.....

Tahun baru dah menjelma...xde rasa apa2. Macam mimpi jelah, tahun dah bertukar. Yang pasti hidup perlu diteruskan... walau apapun cabarannya... huhu..!

Termenung sana sini mengenangkan pencapaian tahun lepas yang entah apa2 tu... nak menyedapkan hati dan jiwa..... maka terhasil lah sebiji kek coklat kegemaran anak2....

So... kepala pun dah pening dengan macam2 hal, sebelum mood terbantut kita layan jelah resepi kek ni....!

Pernah buat kek ni dulu.... klik sini.

Bahan2 :

4 biji telur
1 tin susu cair
1 sdt esen vanila
1 1/2 ketul butter
2 cawan gula halus
1 cawan serbuk koko
2 cawan tepung gandum
1sdt baking powder
1 sdt soda bikarbonat

Cara:


Masukkan butter dlm periuk.. cairkan.. guna api sederhana.. Kemudian masukkan susu cair.. kacau sebati.. Pastu masukkan gula kastor pulak.. kacau lg.. Masukkan esen vanilla. kacau kesemuanya biar sebati dan tutup api.. pindahkan adunan ke dalam bekas lain atau pun guna je periuk tu pun boleh..


Sementara tu, dlm bekas lain lak sila pukul telor ayam tu guna whisker.. pukul agak2 kembang aje .. takyah nak beriya2 sgt pukulnya.. hehehe.. Kemudian, tuang sikit demi sedikit ke dalam adunan td.. kacau sebati..

Pastu lak baru masukkan bhn2 yg di ayak td ( tepung + serbuk koko + soda bikarbonat + baking powder ).. Masuk sikitt demi sikit... gaul sampai semua adunan sebati.. Pastu masukkan adunan ke dalam loyang..

Masuk paras stgh dr loyang je tau sbb kek ni naik tinggi.. sblm tu jgn lupa griss kan loyang dgn butter.. kang melekat kang kek tu kalo loyang tak di griss.. Tutup dgn aluminium foil utk elak kek terkena titisan air dr pengukus.. tak pun balut je penutup pengukus tu dgn kain..

Kukus kek sampai masak.. aku kukus dlm sejam je kot dgn api yg sederhana.. maksudnya api tak besar sgt dan tak kecik sgt..

Make sure pengukus di panaskan dulu sblm masukkan adunan kek td.. air dlm periuk kukusan pun jgn sikit sgt, kang kering lak sblm kek tu sempat masak.. paham ehh..

Dah siap... sejukkan... boleh gak dihias ikut citarasa dgn krim atau coklat cair... ikut kreativiti masing2... 


p/s : Setakat ni jelah yg boleh dibuat....curah coklat cair tabur rainbow rice..cantik gak...hehe!

Tuesday, December 23, 2014

Tuesday, December 23, 2014

Sambal Ayam Bersama Kentang

Masak je lah hari2... Kekadang tu buntu memikirkan apa yang nak dimasak.... Hari2 mau makan... terpaksalah memasak juga.... Nak membeli bukan boleh hari2 .... makan kos yang banyak jugak. Nak2 pulak ada yang x sesuai selera.....

Memasak untuk keluarga adalah lebih afdal dan dapat pahala jugak tu..... So, agak sibuk jugak ari ni.... masak yang mudah ajelah! Menu ayam sentiasa menyelerakan... Ada beberapa ketul ayam kat peti ais... tambah kentang sekali, jadilah 'sambal ayam bersama kentang'....jer!



Bahan2 :

5 ketul ayam
4 biji kentang
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2 sudu besar cili giling
2 keping asam keping/gelugor
Sedikit air
Garam dan gula secukup rasa
minyak masak secukupnya


Cara2 :

Ayam dipotong2 kecil dan digoreng garing. Kentang dikupas kulit, dpotong baji dan digoreng hingga lembut. .Bawang merah dan bawang putih ditumbuk lumat. Bawang besar dihiris. 

Tumiskan bahan tumbuk sehingga kekuningan. Masukkan cili giling. Tumis sehingga agak garing dan masukkan sedikit air. Masukkan juga asam keping.Selepas tu masukkan bawang besar yg telah dihiris. 

Perasakan dengan garam dan gula. Biarkan ia mendidih sekali lagi. Dah masak, Masukkan ayam dan kentang yg telah digoreng . Dah siapppppppp... bolehlah dihidangkan.



p/s : Ayam.... semua suka.... menyelerakan!

Monday, December 22, 2014

Monday, December 22, 2014

Masak Lemak Cili Api Pucuk Ubi dengan Tulang Ikan Masin

Walla..... memasak lagi kita.... Jenis lauk yang paling digemari suamiku. Aku dan anak2 pun suka jugak. Dah ada anak2 membantu kat tempat berniaga ni, sesekali bolehlah memasak.

Pucuk ubi beli kat pasar je.... bukan tanam sendiri tau! Kalau beli sekali 3 ikat..... lepas tu ambik pucuk nye saja utk dibuat gulai. Entah ape2 je dorang ni.... daun ubi yg keras kematu tu sapa nk makan!

Macam buat masak lemak yang  biasa tu je....cuma bahan2 asas je ditukar.... opps.. layan!


Bahan2:

3 ikat pucuk ubi
3 keping tulang ikan masin
15  biji cili api - tumbuk
1cm isi kunyit - tumbuk
2 biji bawang merah - tumbuk
2 cawan santan pekat.
secawan air
1 keping asam keping
garam dan gula secukup rasa.
Cara2 :

Pucuk ubi dipilih hanya pucuk dan daun yang lembut. Rebus sebentar dan toskan airnya. Ikan masin dipotong2 kecil sedikit. Masukkan bahan tumbuk ke dalam periuk. Masukkan secawan santan pekat dan secawan air. Didihkan.

Bila dah mendidih, masukkan pucuk ubi rebus dan ikan masin tadi dan secawan lagi santan pekat. Kalau nak lebih kuah boleh tambahkan air lagi.. 

Kacau dan perasakan dengan garam dan gula. Jangan biarkan santan pecah minyak. Kacau sentiasa. Bila dah masak boleh tutup api dan dihidangkan.


p/s : Sedappp gitewwww.... ada plak sambal belacan dan ulam jering...perghhhh!


Tuesday, December 16, 2014

Tuesday, December 16, 2014

Nasi Goreng Kailan Ikan Masin

Sibuk, stress dan macam2 hal ada..... Dah settle sementara. Sekarang dah start nak masuk dapur balik. Dan ada sikit2 masa tu.... berkejarlah aku update blog. 

Ari ni masak dua kombinasi..... nasi goreng dan sayur kailan ikan masin. Okeylah tu... dua2 kegemaran sekeluarga. Tak larat  nak celoteh panjang2... kita layan resepi.


Bahan2 :

2 mangkuk nasi 
2 sudu besar ikan bilis - goreng
1 biji bawang besar - hiris
1 ulas bawang putih - cincang
12 biji cili api - tumbuk lumat
2 biji telur
3 pokok kailan
1 sudu makan sos tiram
2 sudu makan kicap
1/4 dari seketul kiub ayam
* Sedikit ikan masin - ikan masin apapun xpe 
(guna ikan gelama kecil, buang tulang dan potong2)
Sedikit minyak masak
garam secukup rasa

Cara2 :

Panaskan minyak dan goreng ikan masin sehingga masak. Lepas tu masukkan  bawang besar dan bawang putih. Bila dah kekuningan, masukkan cili api tumbuk. Goreng sampai agak wangi dan berbau menyengat. 

Masukkan kailan yg telah dipotong dan dibersihkan. Biar sedikit masak. Masukkan juga sos tiram dan  kiub ayam. 

Masukkan telur dan kacau2kan sebati. Masukkan nasi dan kicap. Kacau rata. Perasakan dengan garam.  Masukkan ikan bilis goreng. Kacau rata dan sekata... 

Bila dah siap bolehlah dihidangkan.


p/s : Pergh....Mesra gitewwww! sedapp!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...