Breaking

Tuesday, May 28, 2013

Tuesday, May 28, 2013

Sup Tomyam Ayam dan Bebola Ayam

Sibuk sangat skrg ni..... masak pun main campak2 jer! Inilah jer yg aku masak..... combination antara tomyam dan sup.... hehe!

Senang je nk masak ni.....  Xdpt nk mengulas panjang dah.... banyak kerja dan letih semacam.....

Layan jelah  gambar dan resepi masakan nih....!!!


Bahan2 :

1/4 potong daging ayam
10 biji  bebola ayam
2 pokok celery
1 paket cendawan
1/2 batang carot
1 ketul kecil bunga kobis
1 biji tomato
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 inci halia
1 batang serai
1 pokok daun sup
1 pokok daun bawang
2 biji limau kasturi
1 kiub tomyam
1 ketul kiub ayam
1 sudu teh serbuk lada hitam
Sedikit kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang
Air sebanyak mana yang disukai
Minyak masak secukupnya
Garam dan gula secukup rasa.

Cara2 :

Ayam dipotong kecil2. Bebola ayam di belah dua, celery, bunga kobis, daun sup, daun bawang dan carot di di potong2. Cendawan pula di siat2dan tomato dibelah empat. 

Bawang merah, bawang putih dan halia di tumbuk lumat. Serai di titik. Limau kasturi di ambil airnya. Panaskan minyak masak. Tumiskan kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang bersama bahan tumbuk.

Bila dah kekuningan, masukkan sedikit air, kiub ayam, kiub tomyam  dan serbuk lada hitam. Renehkan sekejap, tambahkan air lagi. Masukkan ayam, bebola ayam , bunga kobis, carot, celery dan cendawan. 

Didihkan seketika. Masukkan tomato. Perasakan dengan garam dan gula. Bila tomato dah agak2 nak layu masukkan daun bawang, daun sup dan perahan limau kasturi. Lepas tu bolehlah terus diangkat. 

Siap sedia untuk dimakan.



p/s : Bolehlah ..... sedap gak! Anak memang suka yg berkuah2 macam ni...... !

Thursday, May 23, 2013

Thursday, May 23, 2013

Carrot Cake

Sibuk je memanjang aku ni.... bilalah nk dpat pembantu. Bolehlah cuti sekejap. Kalau tidak penatnyer x terkata. Macamanapun ujung minggu ni aku nk rehat. Apa nk jadi-jadilah...haha! kalau x camne nk praktis memasak... bahan2 dah ready, masa plak xde!

Juadah yg aku nk tayang kali ni..... Carrot Cake atau boleh jugak dikenali sebagai Kek Lobak Merah. Aku buat kek ni masa cuti minggu lepas. First time buat kek carrot ni. Alhamdulillah menjadi... cantik sekali. Sedap dan crunchy dengan kepingan almond tu... huh!

Resepi ni aku ambil dari facebook... tp pemberi resepi x ingat... sori yer. Apapun terimakasih atas resepi yg sedap ni....



Bahan2 : 

2 1/2 cawan parutan carrot (lebih kurang 3 batang carrot)
4 biji telur
1 cawan minyak sayuran
1 1/2 cawan gula halus
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 1/2 sudu teh baking powder
1 1/2 sudu teh serbuk kayu manis
1 sudu teh serbuk buah pala (nutmeg) - x letak
1 sudu teh vanilla
1/2 sudu teh garam
1 cawan kacang pecan atau walnut yang dicincang - ganti dgn kepingan almond

Cara-cara :


Panaskan oven 185 C. Sapukan sedikit minyak pada tin kek. Campurkan tepung,baking soda, baking powder, serbuk kayu manis, serbuk nutmeg, garam dan ayak.

Pukul telur dan gula sehingga sebati (tak payah pakai mesin, pakai senduk kayu jer sebab tak payah nak pukul lama lama). Setelah sebati, masukkan minyak dan pukul lagi hingga sebati.Masukkan campuran tepung tadi sedikit demi sedikit kedalam adunan telur dan kacau sebati


Masukkan vanilla, parutan carrot, dan kacang cincang. Kacau sebati, lepas tu tuang dalam tin kek, bakar lebih kurang 40 minit ke satu jam...ikut saiz tin kek jugak...tebal atau nipis kek ni. Lepas 40 minit tu test la sekali sekala, cucuk dengan lidi.

Dah masak... sejukkan, bolehlah dipotong2.


~ SeLaMaT MeNCuBa ~ :)



p/s : Selalunye setiap kali tengok FB kalau ada resepi yg bagus aku mesti copy dan letak dlm folder komputer aku ni. Kengkadang tu terlupa lak nk copy nama pemunya resepi tu sekali... beribu2 maaf saya mohon pada tuanpunya resepi yer!!! :P

Tuesday, May 21, 2013

Tuesday, May 21, 2013

Dadih Strawberry..... !

Minggu lepas panasnyer hari..... dah beberapa hari x hujan. So... aku prepare dadih ni. Tp akubuat  cara mudah.... yg segera2 je.

Aku pakai serbuk dadih dalam paket. Senang ckit kerja... makan pun sodap.

Kita tengoklah je n3 resepi..... kt belakang pek serbuk dadih ni pun ada cara buat nyer.... so easy!



Bahan2 :

1 paket serbuk dadih perisa strawberry
1 tin susu cair
100 g gula ( 1/2 cawan gula)
3000 ml air (dlm 2 botol minuman karbonat saiz besar)

Cara2 :

Didihkan air bersama susu dan gula. Bila dah mendidih, tutup api taruh serbuk dadih. Kacau sampai serbuk betul2 larut. Dah siap, masukkan ke dlm bekas atau acuan. Simpan dalam peti sejuk untuk dimakan sejuk.


p/s : Sedap dan nyaman je rasanya.

Saturday, May 18, 2013

Saturday, May 18, 2013

Pau Inti Kelapa

Ari ni letihnya x terkata... mood cuti gamaknya, nk tido je rasanya. Tp kerja plak banyak.... dptlah tido sekejap je ptg td. lepas tu gi ambik wifi baru... Selama ni guna broadband je.... anak2 puas merengek nk kn wifi sebab nk guna internet kt phone masing2.

Baru2 ni dpt offer tukar ke wifi x payah bayar sesen pun... boleh sesangatlah!!! Tu yang cepat2 gi ambik ni kt giant putra heights.. Dah siap semua kes barulah dpt mengupdated n3 kt cni. X payah rebut2 sangat dah ngan anak2... :)))

Berbalik cerita pasal juadah aku ni....  Dah lebih seminggu buat ni... bolehlah dikatakan memuaskan hati. Walau x selembut dan segebu kuih pau yang jual kt kedai2 tu.... yg ni aku boleh kasi 3 bintang.

Resepi aku ambil dari Myresepi oleh Ida Rahayu. 




Bahan2 :

500 gram tepung gandum
3 sudu besar gula
6 sudu besar minyak masak
1/2 peket mauripan instant yeast
1 sudu teh garam
air secukupnya

Cara-cara :

Satukan tepung,gula,garam,minyak dan mauripan dalam bekas. Gaul bahan tadi sebati. Uli campuran bahan - bahan tadi dengan air,sedikit demi sedikit sehinga tidak melekit. 

Biarkan doh tadi naik selama 10 minit atau dua kali dari saiz asal. Buat doh yang lebih kecil untuk diisi dengan inti. (Pastikan saiznya kecil kerana bila dikukus nanti akan jadi lebih besar lagi).

Leperkan dan isikan dengan sebarang inti kesukaan anda. Di sini saya buat pau inti kelapa. Panaskan periuk untuk mengukus. Masukkan pau yang telah siap tadi sewaktu air dalam periuk sedang mendidih. Kukus selama 15 minit atau sehingga masak.

Pau ni sesuai juga untuk digoreng.

Inti kelapa

bahan :

1/2 biji kelapa parut
1/2 cawan gula merah
1/4 cawan gula putih
Secubit garam.

Cara :

Masukkan semua bahan dalam periuk. masak di atas api sederhana sehingga semua gula cair dan bercampur sebati dengan kelapa. Sejukkan dulu inti sebelum digunakan. Inti boleh dibuat beberapa hari awal dan simpan dlm peti sejuk. Gentel bulat2 inti supaya senang nk dimasukkan kedlm pau....sekian...


p/s : Cepat je habis... x cukup, anak2 masih tanya lagi. nanti nk buat lagilah! :)))
 # n3 tulis smlm ~ 17/5..... Pos 18/5 kena gi niaga...:(


Friday, May 17, 2013

Friday, May 17, 2013

Red Velvet Brownies

Bukan salah sesiapa.... melainkan salah aku jugak. tengah siap nk mengadun brownies ni, hubby plak ajak gi Mydin beli barang. Tinggalkan kejap. Balik dari Mydin aku bakar  brownies ni... so agak bantat ckit tp anak2 cakap still sedap!!! hehe... jadilah buat makan2 sekeluarga.

Apa-papun bukan salah ibu mengandung..... salah aku gak! Lagipun aku memang x pandai berkreativiti dalam memasak ni.... jadilah cam gini..... haish!  Tp aku nk gak share kt blog aku ni.....yalah dah penat2 buat... org nk kata.... suka atilah!

Resepi aku copy dari blog kesukaan..... Secubit garam.... oleh Nor Azmihah Muhammad. Kalau nk rengok brownies yang cantik jelita tu, tengok kt sini... Abaikan gambar comot brownies aku ni, ye kengkawan!!!



Bahan utk brownies:

2 1/2 cawan (250gm) tepung naik sendiri
2 sudu besar serbuk koko
1/2 sudu kecil garam
1/2 cawan (113gm) mentega ~ dicairkan
1 1/4 cawan gula castor
2 biji telur A
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil cuka
1 sudu besar pewarna merah
1 cawan susu fresh
2 sudu besar perahan lemon/limau nipis ~ cuka pun boleh

Cara:
Panaskan oven dgn suhu 160C.
Alas loyang 10" x 10" dgn baking paper dan lebihkan bahagian tepi utk memudahkan proses mengeluarkan brownies.
~ ~ ~
Masukkan perahan lemon/limau nipis ke dalam susu fresh dan kacau sedikit.
Biarkan selama 5 - 10 min. (kaedah ni menghasilkan buttermilk)
Masukkan pewarna merah ke dalam bancuhan susu dan kacau.
~ ~ ~
Ayak tepung naik sendiri bersama serbuk koko dan garam. Ketepikan.
Dengan menggunakan handwisk, kacau gula bersama mentega cair sehingga gula sedikit larut.
Masukkan telur dan kacau lagi hingga sebati.
Masukkan pula esen vanila dan bancuhan susu/buttermilk tadi. Kacau sebati.
Masukkan tepung yg diayak tadi dan kacau.
Bila adunan dah sebati, masukkan cuka dan kacau sekejap (jgn overmix)
Tuangkan ke dalam loyang dan ratakan. (tinggalkan lebih kurang 2 - 3 sudu besar dan masukkan ke dalam piping bag/bag plastik bersih, utk mencorak bahagian atas topping/cheese)
Bakar selama 20 min menggunakan api atas bawah (atau sehingga bahagian atas masak sedikit)
Keluarkan dr oven dan tuang bancuhan lapisan cheese ke atasnya. Ratakan.
Gunting bucu piping bag/bag plastik dan paipkan secara melintang sehingga habis ke atas adunan cheese td.
Lorekkan secara ulang alik menggunakan lidi bersih.
Masukkan kembali ke dalam oven dan bakar lagi lebih kurang 15 - 20 min.
Keluarkan dr oven dan biarkan sejuk. sebelum dipotong.

Bahan utk lapisan cheese:
250g cream cheese
3/4 cwn gula castor
1 biji telur gred A
5 sudu besar susu fresh

Cara:
Pukul cream cheese hingga gebu dan masukkan gula.
Pukul lagi hingga sebati.
Masukkan pula telur dan susu fresh.
Pukul hingga kembang dan ketepikan.

Tips :
1. Buangkan baking paper dr brownies dan simpan brownies dalam peti ais utk mendapatkan rasa yg lebih sedap dan brownies juga lebih mudah dan cantik dipotong bila sejuk.
2. Utk pembakaran kali ke2 (selepas dimasukkan topping cheese, boleh la menggunakan api bawah sahaja bila permukaan cheese mula menampakkan keperangan.
3. Boleh juga jika ingin menggunakan tepung gandum biasa, cuma tambahkan 1 sudu kecil baking powder dan 1/2 sudu kecil soda bikarbonat. (kemudian ayakkan sekali dgn tepung dan serbuk koko)
4. Utk mendapakan potongan yg licin dan cantik, gunakan pisau yg dah dipanaskan terlebih dahulu.




p/s : Makan jelah.... asal jadi!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...