tomyam
Saturday, August 15, 2015
Showing posts with label tomyam. Show all posts
Showing posts with label tomyam. Show all posts
Saturday, August 15, 2015
Thursday, April 2, 2015
tomyam
Thursday, April 02, 2015
Tomyam Sardin.... sedap jugak!
Nak masak itu, ini.... semuanya tak cukup bahan. At last masak jugaklah walau kurang bahan. Nasib baik sedap dan menepati selera anak2.
1 tin sardin
1 paket pes tomyam adabi
2 bji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 batang seleri
1 btg serai
5 biji cili padi
2 biji limau kasturi
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
Minyak utk menumis
Bawang putih. bawang merah dimayang halus. Bawang besar dan karot juga dihiris.Cili padi cuma dititik.
Tumis bawang merah dan bawang putih. Bila dah kekuningan, masukkan sedikit air dan pes tomyam.
Masukkan juga cili api, serai, bawang besar dan seleri. Biarkan merenih seketika. Selepas tu masukkan air secukupnya utk membuat kuah.
Bila kuah dah mendidih, masukkan sardin dan tomato. Perasakan dengan garam dan gula. Bila dah mendidih sekali lagi, tutup api dan perahkan air limau kasturi kedalam periuk, kacau2 bolehlah diangkat.
Sibuk jugaklah sekarang nih... tapi tetap cari masa updated blog... Hmmm, masak simple2 pun jadilah tepek kat blog nih....
Kita layan je la...
Bahan2 :
1 paket pes tomyam adabi
2 bji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 batang seleri
1 btg serai
5 biji cili padi
2 biji limau kasturi
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
Minyak utk menumis
Cara2 :
Bawang putih. bawang merah dimayang halus. Bawang besar dan karot juga dihiris.Cili padi cuma dititik.
Tumis bawang merah dan bawang putih. Bila dah kekuningan, masukkan sedikit air dan pes tomyam.
Masukkan juga cili api, serai, bawang besar dan seleri. Biarkan merenih seketika. Selepas tu masukkan air secukupnya utk membuat kuah.
Bila kuah dah mendidih, masukkan sardin dan tomato. Perasakan dengan garam dan gula. Bila dah mendidih sekali lagi, tutup api dan perahkan air limau kasturi kedalam periuk, kacau2 bolehlah diangkat.
p/s : Tak cukup bahan nih dan buat cara mudah sebab tersangat sibuk!!!
Saturday, February 14, 2015
tomyam
Saturday, February 14, 2015
Paprik Ayam Sempoi....!
Dah asyik2 gantung periuk ngan kuali je dek sibuk sangat ngan berniaga dan ber blog.... Balik kerja semalam cari bahan2 untuk masak lauk nih....
Letih betul la... so, ku potong2, ku hiris semua sayur dan main campak2 jer dalam kuali.... Sempoi jer..dah siap...hehe! Hubby kata.. klau masak ceggini selalu kan bagus... bagus pada dia.... balik kerja sama2... di bolehla tengok tv... aku... singsing lengan baju bertapa kat dapur memasak..!!
Dah siap masak... aku baru nak mandi dan berkemas bagai... dia dah abis makan dan nak masuk tidur. Aku jugak yang tidur paling lambat kul 12 lebih... mana tahan!!
Okey...okeylah... xyah berceloteh panjang... kita layannnn!!!
Bahan2 :
Beberapa keping ayam - potong kecil
1/2 batang lobak merah
4 tangkai kacang panjang
sedikit bunga kobis
2 batang putik jagung
1 biji cii merah
1 biji bawang besar
1 biji tomato - dibelah 6
4 helai daun limau purut - dicarik2
1 batang serai - diketuk
3 biji cili api - diketuk
3 ulas bawang putih - diketuk
1 ketul kiub tomyam
1 sudu besar kicap
6 sudu besar sos cili
2 sudu sos tiram
1/2 cawan air
Minyak masak secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
Cara2 :
Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan serai hingga berbau wangi. Masukkan ayam dan kacau rata. Masukkan lobak merah, kicap, sos cili dan sos tiram. Masak sehingga mendidih.
Masukkkan sayur2, cili merah dan cili api. Kemudian masukkan sedikit air. Biarkan mendidih lagi. Apabila dah mendidih, masukkan daun limau purut, bawang besar dan tomato. Kacau rata.
Perasakan dengan garam dan gula. Dah masak, bolehlah dihidangkan.
p/s : Selesai masak.... makan jelah.. dengan sambal belacan tomato...sedap!
Thursday, January 22, 2015
tomyam
Thursday, January 22, 2015
Tomyam Kepak Ayam jelah!
Kesibukan memang sentiasa melanda... balik berniaga malam kelmarin, beli kepak ayam 4 ketul je ngan sayur2 campur.
Potong2,basuh2 n campak2 je semua dlm periuk... dah siap...hehe! Masak ckit je pun.... tuk makan malam jer.... Uihh! ayam pun mahal skrg ni, setengah ekor je dh belas hinggit...ish3!
Potong2,basuh2 n campak2 je semua dlm periuk... dah siap...hehe! Masak ckit je pun.... tuk makan malam jer.... Uihh! ayam pun mahal skrg ni, setengah ekor je dh belas hinggit...ish3!
Lauk iringan ...... goreng telur dadar ngan sambal tomato.... jadi le. Itupun menambah nasi anak2 makan..... hehe!
Dah le tu membebel...kita layan gambo ngan resepi..!
Bahan2 :
4 ketul kepak ayam - potong kecil2
1 paket pes tomyam
1 paket Cendawan
1/2 batang Karot
Sedikit Bunga kobis
2 keping batang seleri
1 biji tomato
2 sudu besar sos tomato
1 batang serai
5 biji Cili Api
Bawang Merah/bawang besar
Bawang putih
3 biji limau kasturi
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
Cara2 :
Mula2 didihkan air. Agak2lah dalam 2 cawan setengah gitu. Klau nk lebih kuah pun boleh. Sementara tu hiris bawang2 tu. Hiris jugak sayur-sayuran. Cili Api dan serai dititik. Masukkan kepak ayam, serai, cili api dan bawang2 kedalam air rebusan yg mendidih tadi.
Lepas tu masukkan pes tomyam dan sos tomato. Dah mendidih lagi, masukkan sayur yg dihiris tadi kecuali tomato. Perasakan dengan garam dan gula.
Bila sayur dah empuk, baru masukkan tomato yg dibelah empat. Tutup api, dan masukkan air limau kasturi.. Kacau2 dulu sebelum dihidangkan.
p/s ; Batang seleri tu.... kalau ada daunnya masukkan sekali, sedap!
Saturday, October 12, 2013
tomyam
Saturday, October 12, 2013
Ikan Keli Masak Tomyam
Kengkadang tu buntu jugaklah nk masak apa.... terpaksalah perah otak memikirkan apa lah yg sesuai nk di masak ikan keli ni... Nk masak sambal, cili terlupa beli... Nk masak gulai tempoyak, tempoyak xde... Yg ada.... kiub tomyam dan sayur ckit.... Kes ni beberapa hari lepaslah...
Aku kerjakanlah masak tomyam ikan keli ni.... haha..!!. Resepi ni pernah buat sebenarnya cuma ikannya aku tukar... dari ikan tonggkol dan ikan kembung.... kali ni buat ikan kli plak. Sumber asal resepi dari blog Secubit Garam....!
Bahan2 :
2 ekor ikan keli sederhana besar
1 ketul kuib tomyam
4 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2 ekor ikan keli sederhana besar
1 ketul kuib tomyam
4 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
4 kuntum cendawan tiram
1/2 batang carot
1 biji tomato
1 sudu besar sos tomato
1 cm halia
1 btg serai
5 biji cili padi
2 biji limau kasturi
Beberapa helai daun limau purut
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
Minyak utk menumis
1/2 batang carot
1 biji tomato
1 sudu besar sos tomato
1 cm halia
1 btg serai
5 biji cili padi
2 biji limau kasturi
Beberapa helai daun limau purut
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
Minyak utk menumis
Cara2 :
Ikan keli dibersihkan,dipotong2 dan digoreng separuh masak. Bawang putih, halia, cili padi dan serai dititk. Bawang besar dan carot dihiris. Cendawan disiat2. Tomato pula di belah empat.
Tumis bahan yang dititk bersama. Bila dah kekuningan, masukkan daun limau purut, kiub tomyam dan sos tomato. Masukkan juga carot dan sedikit air. Biarkan merenih seketika. Selepas tu masukkan air secukupnya utk membuat kuah.
Bila kuah dah mendidih, masukkan ikanvkeli. Perasakan dengan garam dan gula. Bila dah mendidih sekali lagi, masukkan tomato. Tutup api dan selepas tu masukkan perahan air limau kasturi. Dah siap bolehlah dihidangkan panas2.
p/s : selalunya ikan x perlu digoreng... tp aku goreng ikan keli ni xnak bagi hancur.
Tuesday, May 28, 2013
tomyam
Tuesday, May 28, 2013
Sup Tomyam Ayam dan Bebola Ayam
Sibuk sangat skrg ni..... masak pun main campak2 jer! Inilah jer yg aku masak..... combination antara tomyam dan sup.... hehe!
Senang je nk masak ni..... Xdpt nk mengulas panjang dah.... banyak kerja dan letih semacam.....
Layan jelah gambar dan resepi masakan nih....!!!
Bahan2 :
1/4 potong daging ayam
10 biji bebola ayam
2 pokok celery
1 paket cendawan
1/2 batang carot
1 ketul kecil bunga kobis
1 biji tomato
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 inci halia
Senang je nk masak ni..... Xdpt nk mengulas panjang dah.... banyak kerja dan letih semacam.....
Layan jelah gambar dan resepi masakan nih....!!!
Bahan2 :
1/4 potong daging ayam
10 biji bebola ayam
2 pokok celery
1 paket cendawan
1/2 batang carot
1 ketul kecil bunga kobis
1 biji tomato
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 inci halia
1 batang serai
1 pokok daun sup
1 pokok daun bawang
1 pokok daun sup
1 pokok daun bawang
2 biji limau kasturi
1 kiub tomyam
1 ketul kiub ayam
1 sudu teh serbuk lada hitam
Sedikit kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang
Air sebanyak mana yang disukai
Minyak masak secukupnya
Garam dan gula secukup rasa.
Cara2 :
1 kiub tomyam
1 ketul kiub ayam
1 sudu teh serbuk lada hitam
Sedikit kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang
Air sebanyak mana yang disukai
Minyak masak secukupnya
Garam dan gula secukup rasa.
Cara2 :
Ayam dipotong kecil2. Bebola ayam di belah dua, celery, bunga kobis, daun sup, daun bawang dan carot di di potong2. Cendawan pula di siat2dan tomato dibelah empat.
Bawang merah, bawang putih dan halia di tumbuk lumat. Serai di titik. Limau kasturi di ambil airnya. Panaskan minyak masak. Tumiskan kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang bersama bahan tumbuk.
Bila dah kekuningan, masukkan sedikit air, kiub ayam, kiub tomyam dan serbuk lada hitam. Renehkan sekejap, tambahkan air lagi. Masukkan ayam, bebola ayam , bunga kobis, carot, celery dan cendawan.
Didihkan seketika. Masukkan tomato. Perasakan dengan garam dan gula. Bila tomato dah agak2 nak layu masukkan daun bawang, daun sup dan perahan limau kasturi. Lepas tu bolehlah terus diangkat.
Siap sedia untuk dimakan.
p/s : Bolehlah ..... sedap gak! Anak memang suka yg berkuah2 macam ni...... !
Friday, February 1, 2013
tomyam
Friday, February 01, 2013
Tomyam Ayam
Lauk ini ajelah yang terhidang malam kelmarin kt meja... Yang mudah2 jer... Aku buat dari lebihan ayam masa masak kari aritu... Sayur2 tu tambah kemudian.. jadilah tomyam. Asal boleh je ni..
Okeylah tu... jom tengok resepi mudah!
Bahan2 :
Ayam - potong kecil2 (ikutlah nk banyak mana)
1 paket pes tomyam adabi
1 paketCendawan
1 batang Karot
Sedikit Bunga kobis
1 biji tomato
2 sudu besar sos tomato
1 batang serai
5 biji Cili Api
Bawang Merah/bawang besar
Bawang putih
1 keping asam keping
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
Cara2 :
Mula2 didihkan air. Agak2lah dalam 2 cawan setengah gitu. Sementara tu hiris bawang2 tu. Hiris jugak sayur-sayuran. Cili Api dan serai dititik. Masukkan Ayam, serai, cili api dan bawang2 kedalam air rebusan yg mendidih tadi.
Lepas tu masukkan pes tomyam dan sos tomato. Masukkan asam keping sekali. Dah mendidih lagi, masukkan sayur yg dihiris tadi kecuali tomato. Perasakan dengan garam dan gula. Bila sayur dah empuk, baru masukkan tomato yg dibelah empat. Tutup api, bolelah dihidangkan.
p/s : Jumlah bahan2 ni aku main agak2 jer... ikut sukalah nk banyak mana dan tambah apa2 lg.. sedap jer!
Sunday, September 30, 2012
tomyam
Sunday, September 30, 2012
Ikan Tongkol Tumis Tomyam
Ari ni aku x pergi berniaga pagi2...... anak yang jaga gerai kt bazar masjid negeri. malam nanti baru aku datang untuk packing barang sebab malam ni last niaga selama 3 hari.
Badan pun rasa x sihat... rasa nk makan yang masam2 je... jadi aku masak lauk ni untuk membuka selera. Resepi ni aku dapat inspirasi dari blog seorang blogger yang dikenali ramai... Secubit Garam @ Nor Azmihah Mohamad.
Macam biasa aku create balik sesedap rasa ikut tekak dan rasa aku sendiri....!!!
Apapun layan jelah masakan aku yang x seberapa ni....!
Bahan2 :
1 ekor ikan tongkol sederhana besar
1 paket pes tomyam adabi
4 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1/2 batang carot
1 biji tomato
1 sudu besar sos tomato
1 cm halia
1 btg serai
5 biji cili padi
2 biji limau kasturi
Beberapa helai daun limau purut
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
Minyak utk menumis
Cara2 :
Ikan tongkol dibersihkan dan dipotong2 . Bawang putih, halia, cili padi dan serai dititk. Bawang besar dan carot dihiris. Tomato pula di belah empat.
Tumis bahan yang dititk bersama. Bila dah kekuningan, masukkan daun limau purut, pes tomyam dan sos tomato. Masukkan juga carot dan sedikit air. Biarkan merenih seketika. Selepas tu masukkan air secukupnya utk membuat kuah.
Bila kuah dah mendidih, masukkan ikan tongkol. Perasakan dengan garam dan gula. Bila dah mendidih sekali lagi, masukkan tomato. Tutup api dan selepas tu masukkan perahan airlimau kasturi. Dah siap bolehlah dihidangkan panas2.
p/s : Sedap, masam2 gitu...!
Tuesday, August 7, 2012
tomyam
Tuesday, August 07, 2012
Tomyam Ayam dan Daging
Dah banyak n3 tertunggak ni..... belum dapat diupdated lagi... Yg ni pun masakan awal2 puasa dulu. Akan ku cuba mengupdatedkan n3 selalu dan satu persatu......
Masakan yg aku buat ni sesedap rasa aku je...! Bila dah kekeringan idea, apalagi yg boleh dimasak..... senang dan sedap.... masam2 gitu.
Bahan2 :
100g isi ayam - di potong kecil
100g daging - di potong kecil
2 ulas bawang putih - diketuk
3 batang serai - diketuk
1 inci lengkuas - diketuk
1 paket cendawan tiram - carik2
1/2 batang carot - di hiris
4 biji cili api - diketuk
1 biji tomato - dibelah 4
2 biji bawang besar - hiris kasar
1 paket pes tomyam adabi
1 ketul kiub ayam
1/2 cawan sos cili
1 batang seleri
3-4 helai daun limau purut - carik2
3 biji limau kasturi - ambil airnya
Garam dan gula secukup rasa
Cara2 :
Didihkan air dan masukkan isi ayam dan daging. Lepas tu masukkam pes tomyam, sos cili, kiub ayam bawang putih lengkuas, serai, daun limau purut, cili api dan bawang besar.
Biarkan mendidih dan masukkan cendawan, seleri dan carot. Perasakan dengan garam dan gula. Dah nk masak, bolehlah dimasukkan tomato. Renih sekejap, tutup api dan masukkan air limau kasturi.
Dah siap, bolehlah dihidangkan dgn nasi putih panas2.
p/s : Air nak didihkan tu x kiralah banyak mana korang nak yer!..... Sedap, masam2 gitu!


















