Just Klik!

trendy.... beauty..... anggun.....!

Blog Santai-santai jerrrrrrrr..........!

Saturday, December 31, 2011

Ikan Cencaru Bakar Sumbat Kelapa

Itulah juadah tengahari ari ni............... hari terakhir dlm tahun 2011. Esok tahun baru menjelma. Apa azam tahun baru???  Entah!!!! azam  tahun ni dan tahun lepas pun entah dah tercampak kemana. So.... azam baru nk create lagi ke.....! X  payahlah, kutip jelah azam yg lama, yg dah bertahun x tertunai tu.

Bila hubby aku nk buat cencaru bakar, aku tergelak sudah......  Bukannya apa, dia bukannya suka lauk macam tu. Tp aku buat ajelah. lagipun dah lama x buat.

Ikan bakar ni kalau bakar dgn arang lagi power..... tp kalau dah ada cara mudah, buat apa susah2. Bakar je dlm oven..... 30 minit je. X payah berpeluh bagai berdiang kt api.... dah siap!





Bahan2 :

5 ekor ikan cencaru
1/2 biji kelapa parut
4 biji cili api
1 biji cili merah
2 batang serai
1 cm isi kunyit
2 biji bawang  merah
1 sk pes asam jawa
2 helai daun kunyit
Garam dan gula secukup rasa

Cara2 :

Ikan cencaru dibelah belakang daan dibersihkan. Jgn buang kulit kerasnya. Cili api, cili merah, serai, isi kunyit dan bawang merah ditumbuk lumat. Selepas tu, tumbuk kelapa parut dengan bahan2 tadi. X perlulah sampai lumat. Cukup hanya bergaul sebati.

Tambahkan bahan ini dengan pes asam jawa, garam dan gula. Gaulkan sekali dengan 1 helai daun kunyit yg dihirs halus. Gaul sebati

Sediakan dulang oven yg dilapisi aluminium foil dan di lapisi daun kunyit. Gaulkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit. Selepas tu masukkkan dan sumbatkan bahan kelapa parut kedalam perut ikan yg berbelah dibelakang. Buat sampai habis dan susun atas dulang.

Bakar dalam oven dgn suhu 200C  guna api bawah selama 20 minit. 10 minit lagi guna api diatas. Utk pastikan ikan masak tengok matanya kalau dah terjojol atau daging ikan lembut bila ditarik menandakan ikan dah masak.

Sedia dihidangkan dgn air asam..........



p/s : Bakar ikan pakai oven ni x sama dgn pakai arang sebab x nampak hangus garingnya. Tp sama je rasanya.. Mudah plak tu....!!

*******************
my life.....!
klik SINI
********************

Have a nice day! :)

Friday, December 30, 2011

Laksa Berkuah Sardin

Minggu ni ntah kenapa....... tekak ni nk makan laksa plak. Dah berzaman x buat ni. Teringat kuahnya yg masam2 pedas tu. Tp malas plak nk buat yg renyah2 ni.

So, aku kerjakanlah dengan cara yg mudah jer. Guna sardin dlm tin je utk buat kuahnya. Dah biasa jugak org lain buat ni, tp ini citarasa aku...... lain dari yg lain. Aku guna sardin sepenuhnya, cuma tambah ckit ikan bilis. Buat ikut sesedap rasa sendiri jer.....!

Dah menjadi masakan aku ni.... x nyempat2 anak nk makan. Terkocoh2 aku snap gambar. ha...ha



Bahan2 :

1 kilo laksa
1 tin besar sardin -  guna sardin adabi sebb senang nk bukak

utk kuah
2 biji bawang besar
8 biji cili api
2 sudu besar cili giling
segenggam ikan bilis
Sedikit belacan
2 batang serai
segenggam daun kesum
6 keping asam keping
5 cawan air
Garam dan gula secukup rasa

utk hiasan
3 biji telur rebus
3 biji cili api
3 biji limau kasturi
* Jika nk, boleh juga taruh timun, cili merah & bawang besar yg dihiris - lupa nk beli...!

Cara2 :

Sardin diasingkan dari sosnya dan dilecek lumat. Bawang besar, cili api, cili giling, ikan bilis dan belacan di kisar. Serai di titik.

Masukkan bahan kisar kedalam periuk dan didihkan. Masukkan sekali air dan semua bahan2 utk buat kuah. Biar betul2 mendidih, baru masukkan sardin. Perasakan dengan garam dan  gula.

Untuk hidangan, masukkan laksa kedlm pinggan. Sendukkan kuahnya dan letak diatas laksa telur rebus yg dibelah dua, cili api hiris dan bahan lain. Perahkan juga jus limau kasturi.

Fuh.... sedappp!!!




p/s : Sos sardin tadi jgn dibuang...... boleh campurkan dlm kuah apabila nk makan.


Have a nice day! :)

Monday, December 26, 2011

Kek Coklat Pandan

Dah hujung tahun skrg.......... banyak perkara nk prepare ni. Kelengkapan sekolah anak2 pun belum ready lagi. Apo nk dikato....

Itulah.... minggu lepas buat apam polkadot ala2 bantat gitu, ada aku letak n3nya kt blog. Dah kena komen kaw2 pun... Xpe, aku sedar aku ni x pandai masak.... cuma aku ni berani mencuba. 

Dah banyak jugaklah resepi para blogger yg aku cuba, ada yg jadi dan banyak jugak x menjadi..... Dah x jadi xlah aku masukkan dlm blog. Tp yg bestnya anak tetap kata okey dan sedappppp. Mak dia yg buat kannnn....!!!

Ari ni aku buat kek sebiji.... utk harijadi anak bujang aku...........tp x deco apa2pun. Mak dia ni x kreatif pun, buat nyusah je. Potong2 dan makan je gitu.... pun sodap...haha!

Kek ni resepi asal cuma resepi kek mentega biasa. Aku buat belang2 perisa coklat dan pandan. Nama masakan ni aku cuma bagi gempak ckit ... ala.... resepi kek biasa jerrrrrrrrrrr.!!!!


Bahan2 :

250 mentega @ marjerin
250gm gula halus
5 biji telur - gred B
250gm tepung naik sendiri @  tepung gandum + 1 sk baking powder(ayak bersama)
3 sk serbuk coklat
1 sk esen vanila
1 sk esen pandan
1 sk perwarna hijau

Cara2 :

Putar mentega dan gula hingga kembang. Selepas tu pecahkan telur satu persatu ke dalamnya. Putar lagi. kemudian masukkan tepung. Putar hingga rata. 

Bahagikan adunan sama rata. 1 bahagian di campurkan serbuk coklat dan esen vanila. 1 bahagian lagi campurkan esen  pandan dan perwarna hijau.

Sediakan loyang yg telah disapu rata dgn mentega. Letakkan adunan kedalam loyang berselang-seli sesenduk demi sesenduk sehingga habis.

Bakar didlm oven selam lebih kurang 1jam dlm suhu 180C.



p/s : Sedap... .. lembut dan gebu jerrrrrrrrrrrrrrr.......!


Have a nice day! :)

Friday, December 23, 2011

Bingka Roti Kukus Pandan

Ari ni.... skrg ni, aku di Masjid Negeri Shah Alam. Macam biasa aku berniaga dalam 3 hari je seminggu disini. Dah siap kemas gerai, dlm dok boring tunggu pembeli tu....... aku godeklah laptop ni.

Ari ni nk letak n3 resepi kuih bingka roti ni..... Sebetulnya dah berminggu dah aku buat juadah ni, time laptop rosak aritu... So, disebabkan laptop tu slow dan aku jarang online, tertinggal plak satu n3 resepi.

Resepi ni aku ambil dari blog Umi @ Home Sweet Home yg cedok resepi dari Notabilla. Nk tengok resepi blog klik sini dan sini.



Bahan :



8-10 keping roti putih - x perlu disiat kecil)
200 ml santan - (guna santan kotak MS je)
200 ml air
1 cawan gula (letak 3/4 cawan je gula kastor)
4 biji telor - (buang tali pusatnya)
1 sudu teh garam halus
1/2 sudu teh pes pandan
2 helai daun pandan - disimpul


Cara-Cara :

Dalam mangkuk besar, kacau bersama santan, air, gula, telor, garam dan pes pandan dengan menggunakan whisk sahaja. Kemudian rendamkan kepingan roti ke dalam adunan di atas dan biarkan sekurang-kurangnya 10 minit. 

Pindahkan kepingan roti yang direndam tadi ke dalam loyang bulat 8 inci (sapu dulu loyang dengan sedikit mentega). Tuangkan lebihan adunan juga ke dalam loyang. Letakkan daun pandan yang telah disimpulkan di atas permukaan roti tadi. 

Sediakan kukusan dan bila air mendidih, kukus bingka selama 15 - 20 minit. (balut penutup kukusan dgn kitchen towel agar air kukusan tidak menitis di permukaan bingka). Sejukkan pada suhu bilik sebelum dihidangkan. 



p/s :Kalau letak dalam fridge dan di makan sejuk pun sedap pada tekak akak...hehe)



Have a nice day! :)

Tuesday, December 20, 2011

Apam Polkadot

Kekadang tu buntu memikirkan nk masak apa...... tuk dihidangkan mimum petang dan yg boleh plak ditayang diblog aku ni. Kalau x di tempek n3 nnti ketinggalan ketapilah blog ni.

Hidangan mestilah 2 dlm 1, sedap dimakan dan sesuai utk tekak anak minum petang. Fikir punya fikir, tanya ank2 dan belek internet.... anak2 suh buat apam polkadot lah plak...

Susah ni, aku ni bukannya kreatif dan lecehlah nk buat ni.... tp aku buat jugaklah dgn penuh kepayahan. memang leceh dan rumitlah kerjanya.... anak2 tolong menyibuk je...

Aku buat resepi yg guna sukatan cawan.... senang ckit. Dah siap... mula2 tu memang kureng menjadi dot2 tu. Lepas tu baru dtg idea.... barulah ada upe dot2. .

Ramai sungguh yg dah tayang apam polkadot ni.... ini utk kesekian kalinya aku plak dok tayang... aku ambil resepi dari myresepi oleh write2fatin. Nak resepi ni.... klik sini

Layan jelah  resepi ni.............



Bahan2 :

3 biji telur gred A (dari peti sejuk)
11/2 cawan gula halus
3/4 cawan susu segar atau susu cair
1 sudu kecil esen vanila
3 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil ovallette
filling (saya guna jem blackcurrant)
pewarna
mangkuk kertas (kecil/sedang)
acuan kuih lompang



Cara2 :

Masukkan telur, gula, ovalette dan esen vanila ke dalam mangkuk mixer. Pukul sehingga kembang dengan kelajuan maksima. Kemudian masukkan susu segar, baking powder dan tepung gandum. 

Pukul lagi dengan kelajuan maksima. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian, kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan. Masukkan setiap adunan tadi ke dalam piping bag. 

Sediakan papercup yang telah dimasukkan ke dalam acuan lompang (supaya apam tak melepek nanti). picitkan adunan ke dalam papercup (setengah ja). Letakkan filling di tengah2 (bubuh jem dalam plastik yg ditebuk, senang sikit. 

Picit lagi adunan yang berbeza warna sehingga 3/4 papercup. Kemudian dot-dot kan dengan warna pilihan. Lastly, kukus dalam pengukus yang telah dipanaskan selama 15 minit.



p/s : Sedap jugaklah... sekali hadap je dah diabiskan anak2


Have a nice day! :)

Saturday, December 17, 2011

Sambal Sardin Cili Api Berkentang

Ini salah satu resepi yg pedas menyengat yg nk aku kongsikan di sini. Tapi jangan x tau, sedap dan menjadi kegemaran anak2 aku ni....

Ringkas, mudah dan sedap...... utk aku yg selalu sibuk dhujung2 minggu.


Bahan2 :

1 tin kecil sardin
3 biji bawang merah
2 biji bawang putih
10 biji cili api
2 biji kentang
1 sudu teh pes asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya

Cara2 :

Bwang merah, bawang putih dan cili api ditumbuk lumat. Kentang dipotong agak nipis dan digoreng sebentar dan ketepikan.

Sardin diasingkan isi dan kuahnya dan digoreng sekejap.Ketepikan juga.

Tumiskan bahan tumbuk sehingga wangi dan garing. Lepas tu masukkkan sedikit air dan pes asam jawa. Kacau sehingga pekat.

Masukkan sardin yg dah digoreng tadi dan kuahnya sekali. Masukkan juga kentang yg telah digoreng.

Perasakan dengan garam dan gula. Didihkan sehingga betul2 masak. Kalau terlalu kering boleh taruh ckit air.

Bila semuanya dah dah masak dan rasanya dah okey, bolehlah diangakat dan dihidangkan.


p/s : Pastikan cili api telah ditumis garing secukupnya.... barulah rasa pedas yg sedap walau taruh banyak cili api.
Have a nice day! :)

Tuesday, December 13, 2011

Kek Gula Hangus

Sebelum masak lauk tengahari aku buatlah gula hangus dulu.... biar sejuk. Dah masak lauk tengahari akupun start buat kek ni... perap dulu.

Lepas tu hidang makan tengahari... makan bersama all my family. Lepas makan....lambat rasanya nk tunggu lama utk perap adunan kek, terus masuk je dalam oven dan teruskan ajelah membakar..... adalah perap dlm lebih ckit 1/2 jam... mintak2 jgn x jadi!!!

Bau kek ni yg sedang dibakar memang semerbak satu rumah.... beraroma gitu. Sedang2 elok nk masak tu..datanglah adik aku sekeluarga.

Emm... keluar je dari oven  ... kipas2kan ckit biar sejuk cepat.... inilah yg  juadah yg aku  hidangkan utk tetamu ni... laju je semua org makan. Memang sedap dan gebu je walau x banyak bersarang lubang2 tu.

Resepi ni aku ambil dari myresepi oleh widad. Kalau nk tengok, klik sini.



Bahan2 :

1 cawan gula
1 cawan air
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu pekat - aku kurangkan 1/2 cawan
2 camt. soda bikarbonat
4 biji telur
2 camb. mentega

Cara2 :
Masak gula  dengan api sederhana sehingga hangus. Masukkan air dan masakkan lagi hingga gula cair. Masukkan mentega, sejukkan. pukul telur hingga betul2 kembang. 

Masukkan susu pekat kedlm telur tadi. Kacau sebati.  Masukkan pula tepung dan soda bikarbonat. Sebatikan. 

Akhir sekali masukkan air gula yg dah sejuk. Perap adunan selama 3-4 jam. Bakar dalam api sederhana dlm 160-180c selama 1 jam.



p/s : Resepi ni x jauh beza dgn resepi dari kak anymz  my kitchen. Bezanya dia guna gelas  dan resepi ni guna cawan. Keliru dgn saiz gelas, aku buat resepi yg pakai cawan. Nak resepi yg ni klik sini


Have a nice day! :)

Monday, December 12, 2011

Ketam Goreng Tepung

Dok terfikir2 juadah minum ptg ari ni..... cik  abang bawak balik ketam. Nak buat masak ketam goreng tepung katanya. Ingakan  nak buat lomak cili api.!!!!

Sebenonya ada yg dok kempunan ni..... dah sakit ni macam2 plak seleranya. Itu yg my hubby beli tu.... Tp xpelah aku ikutkan aje, boleh tumpang sekaki pekena ketam ptg2 ni. ya tak?

Dan bersilatlah aku ptg ni menyiang 6 ekor ketam  dan menggorengnya... resepi aku godek je kt google sebab x pernah2 aku buat ni.... selalunya kalau ketam buat masak lemak atau sweet sour je!!! 

Aku ambil dari majalah rasa online.... kalau nk tengok klik sini. Modified ckit sebab buat banyak.


Bahan2 :

6 ekor ketam
2 biji telur
6 sudu makan tepung beras
3 sudu makan tepung gandum
secubit kapur makan
1 sudu teh serbuk kunyit - tambah sendiri
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Minyak utk menggoreng

Cara2 :

Satukan tepung beras, tepung gandum, serbuk kunyit, kapur makan dan telur. Gaul rata.  Masukkan air sedikit demi sedikit dan gaul adunan sebati. Pastikan adunan tidak terlalu pekat ataupun cair. 

 Panaskan minyak dan ketepikan. Kemudian celupkan ketam yang tekah dibersihkan ke dalam adunan tersebut. Sebatikan.

Masukkan ketam yang dicelup tadi ke dalam minyak yang telah pun panas dan goreng sehingga kekuningan. Balik balikkan.

Angkat, toskan dan sedia dihidangkan bersama sos. Sedap dan amat menyelerakan.


p/s : Baki adunan aku goreng ala2 keropok... itupun dah cukup sedap.




Have a nice day! :)

Saturday, December 10, 2011

Sambal Sardin yg simple jerrrrr............

Ari ni rasa bahagia sangat dek laptop kesayangan aku dah keluar spital.......... Dptlah aku meneruskan penghayatan dengan dunia blogger masak memasak aku ni dgn lebih mudah. Kalau tidak.... terasa siksanya  menghadap komputer yg slow motion tu..... mana lagi nk berebut ngan anak2 yg sibuk main game tu!!!

Berminggu jugaklah laptop ni masuk spital.......... melayang duit aku dek kerana ni!!! Boleh tahan mahalnya. Xpelah, janji  dah okey dan lepas ni bolehlah aku jalan2 blogwalking blog kawan2 dialam mayaku ini.... dah rindu rasanya..... masa guna komputer anak2 tu.... memang x dptlah, asyik hank and crash je.

Aku ni tetap sibuk macam biasa..... so, smlm masak yg ringkas2 jerr....



Sambal Sardin

Bahan2 :

1 tin kecil sardin
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2 sudu besar cili giling
1 sudu makan pes asam jawa
Sedikit air
Garam dan gula secukup rasa
minyak masak secukupnya

Cara2 :
Bawang merah dan bawang putih ditumbuk lumat. Bawang besar dihiris. Tumiskan bahan tumbuk sehingga kekuningan. Masukkan cili giling. Tumis sehingga agak garing dan masukkan sedikit air. Masukkan juga pes asam jawa.

Selepas tu masukkan bawang besar yg telah dihiris. Biarkan mereneh sebentar. Masukkan sardin. Jika suka boleh dihancur2kan sedikit. Biarkan ia mendidih sekali lagi.

Perasakan dengan garam dan gula. Dah masak, bolehlah diangkat dan dihidangkan.

p/s : Anak2 kata sedap je!....... maklum mak dia yg masak, apapun sedap!!!


*******************
my dream.....!
klik SINI
*******************


Have a nice day! :)

Wednesday, December 7, 2011

Kuih Tepung Talam

Smlm aku buat kuih ni..... Kuih Tepung Talam. Kuih ni masa kecik2 dulu mak aku selalu buat utk sarapan pagi. Lagipun kuih ni peberet bapak aku. Dia x suka kuih ni keras, nk yg agak lembik ckit.

Kuih ni dah melalui mcm2 transformasi...... mcm2 versi kuih talam dah ada skrg ...... kiranya kuih aku yg aku buat ni  versi yg orginal punya. 

Dah berkurun aku x buat kuih ni.... sedap memang sedap tp yg nk jaga badan kena berhati2 makan ni...tu yg jarang buat kuih ni....terbabas diet!



Bahan2 :

Lapisan bawah
2 cawan tepung gandum
5 cawan santan cair
10 helai  daun pandan
1 cawan gula pasir
2 sudu makan tepung ubi
Garam secukup rasa
Pewarna hijau (jika perlu)

Lapisan atas
2 cawan santan pekat
3/4 cawan tepung beras
1 sudu teh garam

Cara buat lapisan bawah :
Blender daun pandan bersama santan. Tapis  kedlm mangkuk. Selepas itu campurkan tepung, gula dan garam.Kacau sebati. Tapis adunan agar tidak bergentel. 

Sapu  minyak masak pada loyang dan panaskan kukusan. Panaskan adunan didlm periuk dan masakkan seketika. Agak2 adunan nk pekat sedikit, tutupkan api. 

Kukus selama 20 minit. Apabila masak, goreskan sedikit dgn garpu.

Cara buat lapisan atas :
Gaul semua bahan dan tapiskan. Masakkan adunan ini sekejap sahaja iaitu sehingga  panas berwap je. Tuang berhati2 ke atas  adunan bawah yg  digores tadi.

Kukus lagi selama 20 minit atau sehingga masak. Sejukkan dahulu sebelum dipotong dan dihidangkan.



 p/s :  Susahnya aku nk updated ni..... komputer ni  slow dan  keyboardnya keras semacam, susah nk menaip. Watermarkpun xguna yg biasa pakai sebab laptop dah masuk wad.  Apapun selamat mencuba....


Have a nice day! :)

Monday, December 5, 2011

Petua Menghindari Pedih Mata Mengupas Kulit Bawang

Dah lama x tulis n3 pasal petua di dapur..... Skrg ni aku nk share satu petua ni. Mood memasak xde, habis tercampak kelaut gamaknya. Memasak pun ala kadar je.


So, kita layan jelah petua aku ni..... Cara Menghindari Pedih Mata Mengupas Kulit Bawang.





Aku ada 3 petua yg aku selalu praktik apabila mengupas bawang. Almaklum bukannya senang mengupas bawang ni....., sampai berair biji mata. Lebih2 lagi kalau banyak...... sampai sebesen plak tu.


Petua yg pertama .... rendamkan sebentar bawang yg nk dikupas kedlm mangkuk berisi air, dlm lebih kurang 5 minit. Selepas tu barulah dikupas.


Petua yg kedua ... Simpan bawang yg nk dikupas kedlm peti ais sekurang2nya 1jam sebelum dikupas.


Petua yg ketiga ... Kupas bawang dibawah kipas yg sedang berputar. Dgn cara ini gas yg keluar dari bawang tidak akan memasuki mata.


Utk sesiapa yg alergi nk mengupas bawang, boleh pilih mana2 satu dari petua ni. Insya-Allah, mata tidak akan pedih lagi sewaktu mengupas bawang, malah ia akan memudahkan lagi kerja mengupas.


Have a nice day! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...