Just Klik!

trendy.... beauty..... anggun.....!

Blog Santai-santai jerrrrrrrr..........!

Friday, January 13, 2012

Pai Shepherd

Dlm dah kesibukan aku yg terkejar2 berniaga minggu ni..... sempat jugak aku memasak ni. Barang memang dah tersedia masa aku moody beberapa ari sebelum tu. X nak barang ni expired plak nanti,  bertukus lumuslah aku mengerjakannya......

Masakan org putih yg dah lama aku teringin nk buat .......... Shepherd Pie atau dlm melayunya boleh panggil pai daging berkentang....... Aku olah serba ckitlah!

Aku ambil dari buku masakan Senangnya Memasak MAKANAN BARAT........ Chef Hanieliza

X mau layan panjang2 sebab aku pun dah penat gilerrrr.......... tengok ajelah resepi  ni....!



Bahan2 :

Untuk Inti
500 gm daging kisar
1 biji bawang besar - potong dadu
2 ulas bawang putih - cincang
1 tin cendawan butang - dalam tin (dibelah 4)
5 biji tomato -  potong dadu
1 batang lobak merah - potong dadu
2 biji cili merah - dihiris
1 sudu makan tepung jagung
(dibancuh dgn 1 cawan air)
1 sudu makan serbuk lada hitam
1 kiub stok daging
2 sudu makan sos cili
2 sudu makan minyak masak
Garam secukup rasa

Untuk Pai
1 kg kentang (dipotong dadu)
1/2 cawan susu segar - susu kotak pun boleh
2 sudu makan mentega
1 sudu teh serbuk lada sulah
Air bagi merebus kentang secukupnya

Cara2 Membuat Inti:

Panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang putih sehingga wangi. Masukkan daging kisar dan cendawan butang. Kacau rata sehingga daging masak. Masukkan tomato dan semua bahan lain kecuali bancuhan tepung jagung. 

Apabila mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga masak. Angkat dan masukkan ke dalam mangkuk kaca ataupun dulang bagi membuat pai atau  mangkuk kecil aluminium foil.

Cara Membuat Pai :

Kentang direbus dengan air dan garam sehingga air rebusan kering. Lecek kentang dan gaulkan dengan susu segar, serbuk lada sulah dan mentega.

Masukkan sedikit kentang lecek kedalam dulang atau mangkuk aluminium foil. Masukkan pula inti dan tutup dengan kentang lecek lagi.

Bakar dalam oven yg sudah dipanaskan pada suhu 200C selama 30 minit. Dah masak, sedia dihidangkan.



p/s : Buat dalam 3 dulang aluminium foil yg bersaiz 5" je. Sekejap je dah abis.........!


Have a nice day! :)

3 comments:

miss daya said...

tq for sharing hehe.. boleh try nnt.. follow ur blog.. hope can be friend.. follow me balik k.. thanks :)

norlieharumaini said...

sedapnya ni

misiCute said...

sedapnya,nk try la...follow ur blog..moh jengok blog sy...:D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...