Just Klik!

Monday, April 2, 2012

Kailan Goreng Ikan Masin Cili Api

Masak jer apa yg terlintas sebab kalau nk fikir lebih pun buat tension  je. Dah asyik masak hari2 kekadang tu buntu jugak dibuatnya.

Ari ni aku masak sayur yg senang2 jer.... janji sesuai dgn menu.

So layan jelah....  :))


Bahan2 :

3 pokok kailan
1 biji bawang merah 
1 ulas bawang putih 
4 biji cili api 
1 sudu makan sos tiram
1/4 dari seketul kiub ayam
sedikit minyak masak
1/4 cawan air
garam dan gula secukup rasa
* Sedikit ikan masin - ikan masin apapun xpe (aku guna ikan gelama kecil dan potong2)

Cara :

Kailan dikerat2. Bawang merah dan bawang putih dihiris. Panaskan minyak dan goreng ikan masin sehingga masak. Lepas tu masukkan  bawang merah dan bawang putih  dan cili api sekali. Jika nak lebih pedas cili api boleh diketuk sedikit. 

Bila bawang2 dah kekuningan, masukkan kailan. Masukkan juga sos tiram, air dan juga kiub ayam. Biarkan mendidih dan perasakan  dengan garam dan gula.

Dah masak, bolehlah dihidangkan............!


p/s :  Biasanya org pakai cili kering, tp aku memandai2 pakai cili api... lain dari yg lain...hehe!!! 

Have a nice day! :)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...