Aku guna sagu yang biji2 kecil tu.... kalau yg besar2 tu biasanya org buat air serbat.
Opss... lupa nk beritahu... ari aku updated blog kt tempat kerja@tempat niaga di cafeteria Masjid Negeri Shah Alam.
Inilah opis baru aku.... sapa2 yang lalu di Shah Alam mailah singgah makan2, shopping dan solat kt cni....bolehlah kita jumpa dan kenal2...hehe!
Bahan2 :
1 cawan sagu telur ikan
2 cawan air
3/4 cawan gula pasir - kalau nak manis lagi boleh tambah
1 sudu makan pewarna sirap ros
1 helai daun pandan
Sedikit kelapa parut
Garam secukup rasa
Cara2 :
Didihkan air bersama gula, masukkan pewarna. Apabila mendidih masukkan sagu. Kacau sehingga biji sagu menjadi jernih Angkat, tuangkan dlm acuan atau loyang yg telah digris dgn minyak. Setelah sejuk boleh lah dipotong dan digaul dengan kelapa parut yang telah dicampur garam.
p/s : Petua agar kelapa parut x mudah basi.... kukus kelapa parut yg telah dicampur garam anggaran dlm5 minit sebelum digunakan
5 comments:
sedap kuih sagu ni, senang dibuat...
Thanks... sudi komen and salam kenal!
slmt tghhari....thanks sudi listkan blog SEH kat blog Kak Noor...baru ternampak hehehe....
Nk komen pasal kuih sayu nie,saya mmg sukakannya,buat pun mudahkan....
datang bawak duit 2ringgit ni nk beli..hihi..lamanya x buat
suka juga kuih ni.. tapi belum pernah cuba buat lagi..!
Post a Comment