Just Klik!

Wednesday, April 17, 2013

Cekodok Carrot @ Lobak Merah

Sarapan pagi yang nampak menggiurkan.... kata anak2. Sebab nampak warna oren2 kt dlam cekodok tu macam udang je... upe-upenya carrot...!!!

Aku dpt idea buat cekodok ni sebab boring... asyik2 cekodok tepung je... jd nampak carrot, parut n gaul sekali ngan tepung. Campur ckit gula... bagi manis2 ckit je... 

Bolehlah untuk menambah variasi jenis2 cekodok yg ada... dah namanya sayur... anak2 kurang suka cikit...!!


Bahan2 :


3 cawan tepung gandum
1 cawan carrot @ lobak merah parut
sebiji telur
1/4 cawan gula
1/2 sudu teh garam
Air dan minyak masak secukupnya.

Cara2 :

Masukkan tepung, carrot dan gula ke dalam mangkuk besar. Buat lubang ditengah dan pecahkan telur. Masukkkan air bersama garam secukupnya. Anggaran pekat2nya macam buat cekodok pisang. 

Gaul sebati. Goreng di dalam kuali didalam minyak yang panas. Bila dah hampir garing bolehlah diangkat.



p/s : Kah..kah...kah... kelakar tengok muka anak2 bila tertipu ngan rupa cekodok tu!!!


Have a nice day! :)

1 comments:

Amie said...

Wah! Ni cekodok penuh khasiat ni Noor...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...