Breaking

Wednesday, November 2, 2011

Ayam Masak Merah

Hampir seminggu aku offline............

Busy dan letih x terkata ni......aku pindah rumah. Tu yg x sempat nk bersiaran ni.

Ar ni, menu nk di paparkan adalah 'Ayam Masak Merah'

Simple jer!!!!!!!!!!!!!!



Bahan2 :

1/2 ekor ayam
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 cm halia
1 biji bawang besar
1 sudu besar cili giling
1/2 cawan sos cili
garam dan gula secukup rasa
minyajk secukupnya

Cara2 :

Ayam dibersihkan dan dipotong2 kecil. Gaul degn garam dan kunyit dan goreng. Bawang merah, bawang putih dan halia ditumbuk. Bawang besar dihiris.

Tumiskan bahan tumbuk. Dah kekuningan, masukkan cili giling. Goreng sehingga hampir garing. Masukkan sos cili dan bawang besar.

Nak berkuah, taruh ckit air. Perasakan dengan garam dan gula. Dah masak, gaulkan dengan ayam yg telah digoreng tadi.

Selepas tu bolehlah diangkat dan dihidangkan dengan nasi putih atau nasi minyak.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...