Breaking

Tuesday, November 22, 2011

Rendang Campur (daging, hati dan Paru)

Terasa susahnya nk berblogging skrg ni....... Nk post n3 ckit punya susah plak tu. Tu yg jadi malas ni...

Tapi sayang rasanya nk tinggalkan blog ni...... so, aku cuba jugaklah.  Tp xleh macam dulu, susahhhhh!!!!

Sesekali aku akan updatedddd!!!!



Bahan2 :

500gm daging
200gm hati
200gm paru
6 cawan santan 
6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih 
5 btg serai

3 inci halia 
1 inci isi kunyit

1 inci lengkuas
1 helai kunyit (di koyak)

1 bungkus serbuk kari daging
 2 sudu besar ciling giling
12 biji cili api
2 keping asam keping 
Garam dan gula secukup rasa


Cara2 :


Daging, hati dan paru di potong2. Bawang putih, bawang merah dan halia dihiris halus. Lengkuas, isi kunyit, cili api dan 3 batang serai dikisar lumat. .2 batang serai lagi cuma dititik. Masukkan daging, hati dan paru, bahan tumbuk, bahan hiris,  cili giling, serbuk kari  dan serai yang dititik  kedalam kuali.

Kacau didlm kuali sehingga daging empuk. Xperlu taruh air kerana daging akan mengeluarkan air. Bila daging dah empuk, baru masukkan santan.

Masukkan juga asam keping dan daun kunyit.  Kacau...... Bila hampir kering, perasakan dengan garam dan gula. Biar sehingga kuahnya kering. Kacau selalu.....Bila dah siap, bolehlah diangkat...

p/s : Sedap nih.....! Ala2 rendang nogori gitu....!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...