Breaking

Friday, November 4, 2011

Ikan keli Sambal

Hari ni rasa x sihat plak.... selsema dan sakit kepala menyerang aku kini. Dlm dok tersengguk2 ni, aku paksakan diri tulis n3 ni.

Mungkin dah cukup keletihan aku ni.......... urusan pindah rumah pun x selesai lagi. Huh!...... penat!

Proses masak memasak memang x dpt ditinggalkan.......... almaklumlah bila dah time makan tu, mesti makan kan... kalau tidak, kebulurlah plak.

Masakan aku smlm.........'Ikan Keli Sambal' jerrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr...........!



Bahan2 :

4 ekor ikan keli
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 sudu besar cili giling
2 biji cili merah
1 biji bawang besar
1 sudu teh pes asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya

Cara2 :

Ikan keli dibersihkan. Jika suka, boleh dipotong2. Selepas tu, direndam didlm air asam jawa atau asam limau utk menghilangkan hanyir.Lepas tu, barulah dicuci bersih, gaul dengan garam dan kunyit dan digoreng garing.  Bawang merah, bawang putih dan cili merah ditumbuk lumat. Bawang besar dihiris.

Tumiskan bahan tumbuk sehingga naik baunya. Lepas tu masukkan cili giling. Tumis lagi sehingga garing. Lepas tu masukkan pes asam jawa dan sedikit air. Kacau lagi. Masukkan pula bawang besar. Perasakan dengan garam dan gula.

Bila bahan dah sebati dan naik minyaknya, bolehlah diangkat dan dituang keatas ikan yg digoreng tadi. Sedia utk dihidangkan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...