Xde rasa macam nk raya je aku ni. Hari ni masih bekerja.............
Selalunya kt kg, waktu ni mesti tengah sibuk masak lemang n rendang utk juadah raya nanti........
Raya haji kt kg aku waktu kecik2 dulu sama je macam raya posa, meriah!!!!
Lemang, rendang dan kuih2 memang tersedia di pagi raya...........!
Tp skrg, dah xde kemeriahan itu lg, aku dah biasa x balik kg waktu raya haji. Raya haji bagi aku n family cuma cuti biasa je. Berniaga ataupun duk kt rumah tengok tv. Kali ni jatuh hari Ahad....... aku bukak kedailah kt masjid negeri.
Lepas raya nanti dah tentu dpt daging korban...........! Macam biasa aku akan buat sup...... lebihnya akan buat rendang.
N3 aku kali ni ada kena mengena dgn daging, aku masak beberapa hari yg lepas.....
Bahan2 :
300gm daging - dipotong kecil;
3 biji kentang - di buang kulit dibelah 4
2 biji bawang merah - tumbuk
1 ulas bawang putih - tumbuk
1 cm halia - tumbuk
2 sudu makan cili giling
1 pkt kecil serbuk rempah kurma
1 sdu makan pes asam jawa
11/4 cawan cawan air
2 cawan santan
minyak secukupnya
gula dan garam secukup rasa
sedikit rempah tumis - kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih dan buah pelaga
Cara :
Tumiskan bahan tumbuk bersam dengan rempah tumis. Bila dah kekuningan masukkan cili giling. Tumis sampai agak garing. Masukkan pes asam jawa dan 1/4 cawan air .
Masukkan serbuk rempah kurma sekali. Tumis bahan2 sampai garing. Lepas tu masukkan daging, renihkan sehingga daging empuk. Tak perlu masukkan air kerana air daging akan keluar.
Masukkan kentang. Lepas tu masukkan 2 cawan santan dan 1 cawan air. Perasakan juga dengan garam dan gula. Biarkan mendidih sekali lagi. selepa tu bolehlah diangkat dan dihidangkan utk makan tengahari.
2 comments:
sedap!!... Salam Aidiladha....
Hai... Dalila! Selamat Berkenalan....
Post a Comment