Breaking

Thursday, August 9, 2012

Kuih Jongkong Mangkuk

Beberapa hari lepas aku buat kuih ni utk berbuka puasa....... Anak2 tanya kuih apa ni... Aku ckp kuih jongkong... digelarnya kuih jongkang-jongket... gasaklah...hehe!

Kuih ni menarik perhatian aku bila tengok di blog mas @ dapurmas.blogspot.com. Lepas tu aku ada tengok beberapa teman blogger ada buat. Terliurlah plak. And then....

Aku pun buat, sedap gak kuih ni..... dulu2 sesusah je org buat pakai daun pisang.... skrang boleh pakai mangkuk jerrrrr...!

Resepi asal dari MYresepi oleh Kak Fida. Kalaulah ada lagi kuih2 lama yg  boleh diadaptasi, dipermudahkan dan dipermodenkan,  mesti aku nak cuba buat agar resepi lama ni x hilang ditelan zaman...x gitu?

Aku buat kuih bukan dlm mangkuk tp dlm cawan dadih... bolehlah tu!


Bahan2 :

24 mangkuk plastik 100ml - guna cawan dadih jer!

Untuk Lapisan Bawah :
gula melaka secukupnya dihiris2 halus atau gula merah

Adunan Hijau :
1 cawan tepung beras
2 sudu kecil tepung sagu - tepung jagung pun boleh
5 cawan santan cair = (100 ml santan kotak + air)
1 sudu kecil pes pandan
1 sudu kecil air kapur

Adunan Kuning :
1 cawan tepung beras
2 sudu kecil tepung sagu - guna tepung jagung
5 cawan santan pekat = (400ml santan kotak + air)
2 sudu kecil garam
sedikit pewarna kuning

Cara :

Letakkan 1/2 sudu besar hirisan gula melaka @ gula merah kedalam mangkuk2 kecil dan ratakan.Ketepikan. Campur kesemua bahan hijau,kacau sebati, tapis, kemudian masukkan kedalam periuk dan masak hingga hampir pekat dengan api yg kecil. Sentiasa kacau hingga adunan pekat dan likat serta licin yerk atau berkilat dan boleh tuup api. Memang agak letih sikit nak mengacau sebab mengambil masa lama.

Tuang adunan hijau tadi ke dalam mangkuk yang berisi hirisan gula melaka dan kukus hingga gula mencair dalam 8 minit. Sementara itu, campur pula adunan kuning,tapis dan masak hingga hampir pekat, sama seperti adunan hijau tadi dan matikan api.

Tuang adunan kuning ke atas lapisan hijau dan kukus lagi hingga kuih masak lebih kurang 15 min. Keluarkan kuih jongkong dan hidangkan suam atau dingin.



p/s : Sesuai sangat dengan selera selepas berbuka puasa.........!

2 comments:

Anna Qawina said...

Bilala swmpat buat ni...teringin nk mkn..huhh

Noor Akma said...

Buat jgn x buat... klau x puasa tahun ni, tahun depan ada lg...hehe!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...