Sibuk ni... mata pun dah kuyu. Letihlah plak.... tp nk menghabiskan n3 tertunggak ni jugak.
So, layan............!!!
Bahan2 :
1 paket mee kuning
1 keping isi ayam - di hiris kecil2
3 biji merah - ditumbuk
2 ulas bawang putih - ditumbuk
1 inci halia - ditumbuk
2 sudu besar cili giling
4 sudu makan kicap
1/2 cawan sos cili
2 sudu makan sos tiram
1 biji telur ayam
1 keping tauhu - digoreng dan dipotong dadu
2 pokok sawi - dipotong2
1/2 cawan air
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya
Cara2 :
Tumis bahan tumbuk hingga naik bau dan kekuningan. Masukkan cili giling dan isi ayam. Goreng sampai garing. Masukkan sos cili, sos tiram dan kicap. Gaul dan masukkan air. Didihkan sebentar. Masukkan sawi.
Bila sawi dah layu, pecahkan telur. Kacau dan masukkan mee kuning. Kacau lagi serta perasakan dengan garam dan gula. Dah siap, bolehlah dimakan panas2.
p/s : Emm.... sedap!
*******************
my priority.....!
klik SINI
********************
1 comment:
salam...follow my blog :)
Post a Comment