Breaking

Showing posts with label roti. Show all posts
Showing posts with label roti. Show all posts

Monday, February 15, 2016

Monday, February 15, 2016

DONUT NESTUM

Tertarik dengan donut nestum yang dibuat kawan dalam group wassap..... Aku pun mulalah bercadang nak buat donut nestum ni. Berbulan2 jugalah berkira2 nak mencari kerajinan, kelmarin baru aku berjaya membuatnya.

Rasanya sama jer macam donut yang biasa... cuma ada bau nestum dan rasa nestum. Kalernya lebih gelap dari biasa. Dah pasti budak2 suka.... Nak buat pun taklah susah.  Dari resepi biasa, olah dan ganti separuh dari tepung dengan nestum. Itu jer. 


Bahan2 :

300g tepung
300g nestum
60g gula
60g marjerin
2 biji telur
10g mauripan (1 paket )
1st garam
Air secukupnya
Minyak masak  secukupnya
Gula halus/ gula icing untuk salut donut

Cara2 : 

Campurkan bersama tepung, nestum, gula, majerin, telur, mauripan dan garam. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga doh boleh dibentuk dan tak melekat di tangan. Rehatkan doh selama sekurang2nya 2 jam. 

Bila dah 2 jam, uli doh sekejap dan terap dengan acuan gegelang. Rehatkan doh yang telah diterap sekejap sekurang2nya 10 minit. Bolehlah digoreng terendam dalam minyak yang banyak sehingga warna kuning kecoklatan.  

Toskan sebentar, selepas tu gaulkan donut bersama gula halus. Bolehlah dihidangkan untuk minum petang.



p/s : Anak2 pasti suka bau dan rasanya yang sedap tu....!




Saturday, September 5, 2015

Saturday, September 05, 2015

Roti Jala Dan Kuah Kari Ikan Tongkol

Masa hari merdeka aritu semua anak2 ada kat rumah... so, aku merajinkan diri masak sarapan nih. Sebab kari semalam pun ada lagi.... boleh makan dengan kari tu.... Sesuai sangat!!

Inila dia roti jala je... Aku bukanya pandai buat nih. Alhamdulillah, ini la hasilnya. Menjadi la jugak.... Ambil resepi ni dari FB la... oleh Norsha Adam rasanya.

Resepi dia sekilo tepung gandum... aku buat separuh jer...1/2 kilo.  Cukupla banyak tu... tapi susu cair tetap 1 tin, campur air cukup 5 cawan.

Hurm... menjadi, menjadi  adunannya, biarpun pakai kuali leper biasa... melekat la jadinya tapi sikit jer. Kalau pakai non stick pan mesti  mudah kerja... Thanks to empunya resepi yer...



Bahan2 :

1 kg tepung gandum
1 tin susu cair + air
(jadikan 10 cawan)
6 biji telur A
Sedikit garam
Pewarna kuning @ kunyit
4 sb minyak atau butter cair

Cara :

Campur semua bahan  dalam satu mangkuk. Blend dan tapis adunan. Lenser kuali atau pan dengan minyak. Boleh kirai dlm kuali tu. Buat la sampai habis.

Dah siap... boleh makan dengan kari atau kuah durian.. sedap tu!


Oh ya.... sesiapa nak resepi kari ikan tongkol... klik SINI

p/s : Anak2 suruh buat lagi.. hadoiii, nanti la bila terbit kerajinan lagi!


Saturday, March 28, 2015

Saturday, March 28, 2015

Puding Roti Kukus

Ni haaaa..... ada roti burger nih, tergolek2 tunggu expired....  Ada masa ni, aku pun try la buat roti kukus. Masa tu.. mintak2  menjadi la...

Hmm.... alhamdulillah menjadi dengan cantiknya... sedap plak tu. Hubby pun x caya roti burger dah jadi kueh. Hehe... !

Resepi ambik dari dari blog nih.... Cuma tukar kepingan roti dengan roti buat burger tu.


Bahan-bahan
5 ketul roti burger
1 tin susu cair (375 mL)
2 biji telur
4 sudu besar gula
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu besar butter
Sedikit kismis
Cara2:
Masukkan telur, gula dan esen vanilla di dalam bekas dan kacau hingga sekata. Masukkan susu cair dan kacau adunan hingga sekata. Sapu butter pada roti, potong kecil2.
Tuang adunan ke atas roti  dan gaul lebih kurang. Isi dalam loyang yang telah di sapu butter. Tabur kismis.
Kukus dengan api yang sederhana selama 20-25 minit. Selepas dikukus, sejukkan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.

p/s : Huhu.... sedap tu. Nak buat lagi nanti...hihi!

Sunday, March 22, 2015

Sunday, March 22, 2015

Agar-agar Roti Pelangi

Dah agak lama tak buat agar2... Sepeket serbuk agar2 ada terselit di celah2 peralatan dapur. Cuaca panas ni, eloklah buat agar2... Tengok roti ada terletak kat meja...  dah nak expired esoknya.. Eloklah buat agar2 roti.. X gitu...

Godek2lah ... resepi kat internet salin resepi..  mudah, bahan pun sikit je.. tak masaalahnya dah siap salin dah masak.... cari kat internet resepi tu balik tiada yang berpadanan pulak... Eh.. betul ke resepi nih... confuse plak. Nasib jadi...hehe!

Untuk yang empunya resepi thanks... resepi menjadi. Suka resepi ni sebab simple je... x pakai telur, x la muak. Tapi x dapat nak share link awak kat sini.. xhingat betul.. sorry!


Bahan2:

6 keping roti
1 tin susu cair campur air 
jadikan 5 cawan cecair
1 cawan gula
1 paket serbuk agar-agar
pewarna 

Cara2 :

Blend 6 keping roti bersama susu dan air sampai roti benar2 hancur. Tapiskan adunan supaya tiada serpihan roti yang tertinggal.

Masukkan adunan bersama gula dan serbuk agar2 ke dalam periuk. Didihkan adunan sampai mengelegak. Tutupkan api. Bahagikan adunan.dan warnakan ikut warna yang disukai. 

Sediakan loyang. Masukkan adunan berselang seli warna. Tak perlu tunggu adunan sebelumnya keras. Dah siap... sejukkan dalam peti sejuk.

Dah beku, bolehlah dipotong dan dihidangkan.


p/s : Fuyoo... sedap, sejuk kat tekak..hmmm!

Saturday, October 26, 2013

Saturday, October 26, 2013

Pizza Mini ~ Comel tp agak garing rotinya....

Aku ni bukannya pandai buat roti... x pernah aku buat pun. Buat pizza tu adalah. Dalam proses nk buat mini pizza ni, aku main redah je adunan kulit pizza yg biasa aku buat tu... nk tengok resepi pizza yg biasa buat, boleh klik sini.

So,  mini pizza yang aku buat ni, tang roti ni jadi agak garing dan mengeras ckit. Intinya plak okey je. Ala.... janji jadi dan boleh dimakan... n ada rupa mini pizza yang jual tu...hehe. ni ayat nk menyedapkan hati sendiri ngan anak2 la tu.

Ikutkan xyahlah share kt orang di sebabkan kurang menjadi .... tp utk blog aku ni, aku nk buat kenangan pasal buat roti ni, so aku update lah... 

N then aku letak resepi sekali.... hehe!


Bahan2 : 

Doh
250 gm tepung gandum
140ml air suam~jika suka boleh ganti/campur dgn susu cair/segar
1 paket mauripan
1 sk gula
1/2sk garam
1sb marjerin
Topping
Sosej 
Sos cili
Mayonis
#secukupnya

Cara :
Bancuh yis dan gula dengan 3 sudu air suam , kacau rata dan tunggu berbuih. Lepas tu masukkan semua bahan dalam bekas...Gaul guna mixer. Bila bahan doh bergaul, uli hingga tidak melekat di tangan dan masukkan dalam plastik dan golek2kan ia selama 5 - 8 minit. Kalau doh melekat... taruh tepung cukup2 bagi ia tak melekit.

Keluarkan dan uli seketika. Masukkan dalam bekas bertutup dan biarkan selama 40 minit. Apabila kembang tumbuk adunan untuk mengeluarkan angin. 

Bahagikan adunan tersebut kepada beberapa bahagian dan canailah adunan tersebut menjadi bulatan leper yang  kecil dan diletakan dalam dulang atau bekas yang sesuai yang telah disapu dengan sedikit marjerin.

Hiris sosej menyerong. Sapukan sos cili diatas setiap doh. Susunkan sosej diatanya dan picitkan pula mayonis. 

Bakar adunan dlm 15 minit atau sehingga doh masak.



p/s : Jadilah.... asal boleh dimakan, dlm pada tu... abis gak! Ada orang ckp nk buat roti kena buh bread improver... barulah roti lembut.... okey... lenkali aku buh bila wat roti lagi... dah beli dah!


Monday, February 18, 2013

Monday, February 18, 2013

Roti Telur Goreng

Menu sarapan pagi semalam ni...... Senang je nk buat. Sedap dan berkhasiat jugaklah. Selalu gak aku buat menu ni... tp kali nilah baru terdetik ati aku ni nk snap gambo...

Xde ape yg nk di katakan lagi .... kita layan jelah menu ni!!!


Bahan2 :

6 keping roti sandwich
2 biji telur
Secubit garam
Minyak masak secukupnya

Cara : 

Telur dipukul bersama garam. Celupkan sekeping roti di dalam adunan telur dan goreng di dalam kuali bersama dua sudu minyak masak yg sedang panas. Goreng hingga roti bewarna keperangan.

Ulang proses ini beberapa kali sehingga roti habis digoreng. Dah masak.. sedia dihidangkan.



p/s : Sedap dimakan bersama mayonis.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...