Breaking

Showing posts with label puding. Show all posts
Showing posts with label puding. Show all posts

Tuesday, December 29, 2015

Tuesday, December 29, 2015

Sagu Gula Melaka

Petang kelmarin buat juadah minum petang..... satu pencuci mulut yang sangat mudah. Godek2 jer, dah siap. Nak cepat sebab pada malam nya nak pergi jenjalaan cari baju sekolah anak2 .... Dah beli dah sebenarnya tapi  ada beberapa benda yang tertinggal....

Jom la kita tengok resepi sonang dan belanja sekeping gambar tak semenggah ni.... haha!


Bahan2 :

2 cawan sagu telor ikan
1 keping gula melaka
1 cawan gula merah
1/2 cawwan gula pasir
2 helai daun pandan
Perwarna hijau
Air secukupnya

Cara2 :

Buat air gula melaka dulu. Gula melaka, gula merah, gula pasir dan daun pandan dicampur dalam periuk bersama 2 cawan air dan di masak sehingga mendidih. Masak sampai gula hancur. Ketepikan.

Sagu telor ikan dibasuh dan tapiskan. Didihkan 2 cawan air. Seterusnya masukkan sagu. Taruh pewarna. Kacau terus sehingga sagu menjadi jernih dan menjadi pekat dan likat. Lepas tu bolehlah diletakkan didalam loyang atau acuan yang di sukai.

Dah sejuk, bolehlah dimakan bersama gula melaka. Kalau nak makan sejuk... taruh dalam peti ais terlebih dulu. Sedapppp!


p/s : Kalau nak lagi sedap boleh tambah dan makan dengan santan  atau susu cair.... nyumm3

*******************
my life .....!
klik SINI
*******************

Saturday, March 28, 2015

Saturday, March 28, 2015

Puding Roti Kukus

Ni haaaa..... ada roti burger nih, tergolek2 tunggu expired....  Ada masa ni, aku pun try la buat roti kukus. Masa tu.. mintak2  menjadi la...

Hmm.... alhamdulillah menjadi dengan cantiknya... sedap plak tu. Hubby pun x caya roti burger dah jadi kueh. Hehe... !

Resepi ambik dari dari blog nih.... Cuma tukar kepingan roti dengan roti buat burger tu.


Bahan-bahan
5 ketul roti burger
1 tin susu cair (375 mL)
2 biji telur
4 sudu besar gula
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu besar butter
Sedikit kismis
Cara2:
Masukkan telur, gula dan esen vanilla di dalam bekas dan kacau hingga sekata. Masukkan susu cair dan kacau adunan hingga sekata. Sapu butter pada roti, potong kecil2.
Tuang adunan ke atas roti  dan gaul lebih kurang. Isi dalam loyang yang telah di sapu butter. Tabur kismis.
Kukus dengan api yang sederhana selama 20-25 minit. Selepas dikukus, sejukkan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.

p/s : Huhu.... sedap tu. Nak buat lagi nanti...hihi!

Wednesday, October 16, 2013

Wednesday, October 16, 2013

Berdangdutlah Denganku ~ Puding Laici Dangdut Lagi....

Waktu hari2 yang panas minggu lepas, akupun sediakan juadah ini sebagai pencuci mulut dan minum petang. Sedap puding ni... x jemu2 makannya... dah makan terasa nk lagi dan lagi!

Resepinya dah tentulah aku ambil dari seorg chef terkenal iaitu chef hanieliza.

Ramai dah tahu resepi ni.... dah dikenali ramai..! Tp aku share jugaklah resepi kt cni...


Bahan2 :

10 gram agar-agar serbuk
2 liter air ( 8 cawan air)
2 cawan gula ( boleh kurangkan sikit)
1 tin susu cair
1 tin laici (resepi asal 2 tin)

Cara2 :

Masukkan agar-agar, air dan gula ke dalam periuk. Larutkan agar-agar dan gula. Padamkan api. Masukkan susu cair dan air laici. 

Kacau sebati. Masukkan ke dalam acuan. Buah laici boleh dijadikan hiasan atau nak letak dalam acuan pun boleh. 

 Bekukan dan  sejukkan di dalam peti ais.



p/s : Selain isi dalam mangkuk ni.... aku isi dlm mangkuk2 kecil yg org jual dadih tu.... ckit aku bagi kt kawan2 niaga kt spital... sedap kata diorg!

Friday, May 10, 2013

Friday, May 10, 2013

Puding Tembikai

Dah lama x buat n3 kt blog ni.... bukannya sebab x masak tp broadband aku ada masaalah teknikal selama hampir seminggu. Dah hampir2 nk beli broadband baru... hampeh betul!

Lepas tu plak line lembap gila.... nk bukak n nk edit blog x boleh..... mana idakmye, kuar pun sekerat2 je... gambar kt tenet ni... tambah quata barulah boleh! Lepas ni xnak kasi anak2 main game lagi... seksa!!!

Dah banyak aku masak  xdpt nk muatkan kt blog lagi... lepas ni sessi mengupdated plak!!!

Ini versi pencuci mulut yg aku buat bulan lepas.... lama dah mengidam nk buat ni... baru kinilah tertunai cita2 tu... Resepi dari blog Secubit Garam ... Nor Azmihah Muhammad. Blog dia ni banyak masakan yg best2 tau. Aku diantara penggemar blog ni...selalu intai2 resepi kt blog dia... kiranya dia ni my idola bloggerlah!!!

Layan......!!!


Bahan2 :

1 pkt agar2 12gm
3 kpg roti (buang kulit)
4 1/2 cawan air
6 sudu besar gula
1/2 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
2 sudu besar butter
1 sudu teh vanila
pewarna merah/hijau


Cara-Cara:

Masak agar2 bersama gula dan air. Hingga agar2 dan gula hancur. Sementara itu, rendam roti dalam susu cair dan carik-carikkan. Masukkan susu cair,roti dan susu pekat manis.Blend halus.

Setelah agar2 dan gula hancur, masukkan bahan blend ke dalam periuk, juga masukkan esen vanilla dan mentega.Kacau hingga mendidih dan pekat sedikit.Tutup api.

Ambil sedikit adunan dan warnakan hijau (sebagai kulit tembikai)sy gn 1cwn. Biar keras sedikit. Lepas tu sedikit lagi warna asal(sy gn 3/4cwn), curahkan di atas lapisan hijau tadi. Biar keras sedikit.

Adunan selebihnya diwarnakan merah, curahkan diatas lapisan putih/warna asal tadi. Taburkan potongan cincau tadi sebagai biji tembikai. Biar sejuk. Simpan ke dalam peti sejuk.

Dah sejuk.... bolehlah dipotong dan dihidangkan.




p/s : Oppps.... lupa lak.... untuk biji tembikai, aku masukkan kismis yg di potong kecil2. X cantik... so lainkali  nk cuba benda lain plak!!!


Wednesday, September 5, 2012

Wednesday, September 05, 2012

Puding Lapis Tiga Warna

Pagi2 ni.... suasana kt rumah sunyi sepi jer.... anak2 sekolah, hubby gi kerja, aku sorang2 dok kt umah. Masa nilah aku baru dpt melayari internet dengan tenang. Kalau tidak, sibuk jer anak2 mengacau... "mummy nk main..." "lepas kakak adik plak.... xde..xde... kakcik pun nk jugak!" memang pening...!

So... nk updated bloglah...! Kelmarin aku buat puding ni.... simpan stok kt fridge. manalah tahu, musim raya ni ada je sedara-mara singgah kt umah. Adalah juadah yg nak dihidangkan. 

Resepi ni aku ambik dlm fb masa bulan puasa dulu... search balik nk tengok resepi ni dari siapa dah x jumpa plak... mintak halal yer... 


Bahan2 :

10gm agar-agar serbuk
6 cawan air
1 1/2 cawan gula
1 tin susu cair
1 sudu tepung kastad
3 jenis perwarna (ikut suka nk warna apa)

Cara2 :

Masakkan serbuk agar2, air, gula dan tepung kastad sehingga larut dan mendidih.  Bahagikan  adunan agar2 kepada 3 mangkuk yang sama banyak. Masukkan 3 warna berlainan. Tuangkan 1 mangkuk kedalam acuan dan sejukkan dalam peti ais. 

Bila dah hampir beku, masukkan mangkuk yang ke2. Tuang perlahan2 supaya warna tidak bercampur. Begitulah juga utk mangkuk yang ke3. Lepas tu sejukkan dan bolehlah dihidangkan...



p/s : Sementara agar2 yg dilapis beku... agar2 yg lain tu letaklah diatas bekas yg berisi air panas supay tidak membeku plak. 

Friday, August 3, 2012

Friday, August 03, 2012

Puding Laici Dangdut Chef Hanieliza

Puding ni aku masak dlm minggu ini..... dah lupa hari apa. Masak puding ni sangat mudah... Aku cedok dari buku masak Chef Hanieliza.

Aku rasa ramai yg dah tahu resepi ni dan puasa tahun lepas pun aku dah buat puding ni... Kesedapan puding ni mesti akan selalu nk buat lagi dan lagi.....!!!!

Apapun aku letak jugaklah resepi kt cni utk melengkapkan n3...!



Bahan2 :

10 gram agar-agar serbuk
2 liter air ( 8 cawan air)
2 cawan gula ( boleh kurangkan sikit)
1 tin susu cair
1 tin laici (resepi asal 2 tin)

Cara2 :

Masukkan agar-agar, air dan gula ke dalam periuk. Larutkan agar-agar dan gula. Padamkan api. Masukkan susu cair dan air laici. 

Kacau sebati. Masukkan ke dalam acuan. Buah laici boleh dijadikan hiasan atau nak letak dalam acuan pun boleh. 

 Bekukan dan  sejukkan di dalam peti ais.


p/s :  sedap sangattttttt..... ank2 suka..!

Thursday, August 2, 2012

Thursday, August 02, 2012

Puding Roti dan Pengat Durian

Kelmarin aku buat puding roti dan pengat durian buat desert juadah berbuka....... Terjadinya puding ni sebab nk menghabiskan roti yg ada kt umah je........!

Resepi puding roti ni aku ambil dari buku resepi 'senang memasak Puding & Desert bersama Chef Hanieliza'.   Dlm buku resepi tu puding roti ni makan dengan sos kastard tp aku tukar dengan pengat durian sebab my hubby dah beli durian plak...... so buat jelah pengat durian. 

Resepi pengat durian tu.... aku buat sendiri ikut citarasa aku jelah.... gituuuuuuw!



Bahan2 :

1 tin susu cair
8 keping roti

#  koyak2kan roti dan rendam dalam susu selama 30 minit atau lebih.

4 sudu makan gula
2 sudu makan marjerin
2 biji telur
1 sudu teh esen vanila
1 sudu makan tepung jagung
1/2 cawan kismis hitam dan kuning

Campurkan semua bahan diatas bersama adunan roti. Tuangkan kedalam loyang dan bakar dlm suhu 180c selama 30 - 40 minit ataupun sehingga masak.

Cara membuat Pengat Durian :

1 biji durian yg sederhana besar
2 cawan gula
1 kotak santan
2 helai daun pandan

Campurkan semua bahan dan didihkan diatas api sehingga pekat dan isi durian tertanggal dari bijinya.


p/s  Hidangkan puding roti bersama pengat durian......... pehh.... sedap!


Monday, August 15, 2011

Monday, August 15, 2011

Puding Buah Pic


Smlm aku buat puding lagi.... kali ni Puding Buah Pic pulak.

Aku ambil resepi puding  ni dari buku resepi Puding & Desert Chef Hanieliza.

Bahan2 :

10 gram agar serbuk (1 paket)
4 cawan air
1 cawan gula
1 tin susu cair
1 tin buah pic - dipotong dadu. - dlm buku 2 tin

Cara2 :

Masukkan serbuk agar-agar, gula dan air ke dalam periuk dan masakkan sehingga mendidih. Tutupkan api. Masukkan pula susu cair dan air buah pic tadi . Tuang kedalam loyang atau acuan yang telah di isi dengan potongan buah pic. Sejukkan....

Sedia untuk di makan... Selamat Mencuba!!!

Saturday, August 13, 2011

Saturday, August 13, 2011

Puding Tropika 'Fruit Cocktail'

Anak2 suruh aku buat lagi puding laici........... my hubby dibelinya setin setin fruit cocktail.  So, modified ajelah dari puding laici dangdut tu jadi puding ni.

Emmm...... sedap pun puding ni. Anak2 dengan my hubby terlagi2 nak makan puding ni. Lain kali boleh buat lag!!!!!!!

Resepi asal Puding Laici dangdut  dari buku Chef Hanieliza dan blog Hanieliza Cooking 

Kalau nk tengok puding laici ...yg  aku pernah buat klik sini

Modified by me ' Puding Tropika Fruit Cocktail '

Bahan2 :

10 gram agar-agar serbuk
2 liter air
2 cawan gula ( kurangkan sikit)
1 tin susu cair
1 tin tropical fruit coctail
Sedikit perwarna hijau (biar nampak ala2 tropika )  -x taruh pun x pe

Cara2 :

Masukkan agar-agar, air dan gula ke dalam periuk. Larutkan agar-agar dan gula. Padamkan api. Masukkan susu cair dan air laici. Kacau sebati. Masukkan ke dalam acuan. Buah-buahan boleh dijadikan hiasan atau nak letak dalam acuan pun boleh.  Versi aku ni  letakkan je dalam acuan dan bekukan skali. Sejukkan di dalam peti ais.

Wednesday, August 10, 2011

Wednesday, August 10, 2011

Puding Laici Dangdut


Hidangan pencuci mulut berbuka puasa kelmarin.....Yummy! yummy! anak2 ngan hubby memang cakap sangat sedap. Dah ramai yg aku tengok buat puding ni... aku ni kira ketinggalan keretapi lah ye...

Resepi ni  dari pengetahuan akulah, resepi asal dari buku resepi Chef Hanieliza @ Blog Hanieliza's Cooking.... lepas tu tersebar kat  internet.... itu le aje yg aku dapat tahu.

Tp xpe janji aku dah buat ni ... by the way, memang akan buat lg dan lg dan lg!!!!!!

Aku buat ni versi kureng ckit dangdutnya, ikut resepi blog Cooking Time Nor64..... mudah anak2 nk makan. Kalau tidah sememeh je nanti. Bebudak kecik tengah lasak le katakan!!!

'Puding Laici Dangdut'

Bahan2 :

10 gram agar-agar serbuk
2 liter air
2 cawan gula ( kurangkan sikit)
1 tin susu cair
1 tin laici (resepi asal 2 tin)

Cara2 :

Masukkan agar-agar, air dan gula ke dalam periuk. Larutkan agar-agar dan gula. Padamkan api. Masukkan susu cair dan air laici. Kacau sebati. Masukkan ke dalam acuan. Laici boleh dijadikan hiasan atau nak letak dalam acuan pun boleh.  Sejukkan di dalam peti ais.

p/s : Sempoi je.... gambonya.. . almaklum xde piring yg comel n cantik2...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...