Breaking

Wednesday, November 9, 2011

Wednesday, November 09, 2011

Sup Tulang Daging Korban

Kelmarin aku masak sup tulang ni..............

Tulang ni dari daging korban kt tempat aku.......  sedapnyerrrrrrrrrrrrrrrrr...........!!!

Itula.... kalau buat sendiri baru puas makan!!

Sup ni x susah membuatnya.......... cuma ambil masa yang lama, dlm 3-4 jam.

Aku dpt dua ketul besar. Satu tu gear box dan satu lagi tu besar jugak tulang tu. Ada jugak ckit reja2 tetel sekali.

Emmm..... inilah dia sup aku.


Bahan2 :

2 ketul besar   tulang daging campur ckit daging tetel
2 paket sup bunjut
5 biji bawang merah *
4 ulas bawang putih *
1 sudu besar lada hitam *
1 sudu teh ketumbar *
1 sudu teh jintan manis *
1 sudu teh jintan putih *
1 inci halia - di ketuk2
1 inci lengkuas - di ketuk2
Sedikit rempah tumis - kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang  dan buah pelaga.
Sedikit daun sup - dihiris.
Sedikit minyak masak

Cara2 :

Tulang dibersihkan dan direbus sehingga daging hampir tanggal dari tulangnya, dlm 3 - 4 jam. Bahan2 yg  bertanda dikisar lumat. 

Tumiskan bahan2 yg dikisar dlm periuk lain sehingga wangi dan agak garing bersama rempah tumis. Masukkan sup bunjut, halia, dan lengkuas kedlm sup.

 Lepas tu masukkan bahan2 yg ditumis tadi. Biarkan sehingga setengah jam lagi agar bahan2 tumis mersesap kedlm sup.Barulah diperasakan dgn garam dan gula. 

Dah masak, taburkan dgn daun sup. Sedia utk dimakan...........

Saturday, November 5, 2011

Saturday, November 05, 2011

Kurma Daging Berkentang

Xde rasa macam nk raya je aku ni. Hari ni masih bekerja.............

Selalunya kt kg, waktu ni mesti tengah sibuk masak lemang n rendang utk juadah raya nanti........

Raya haji kt kg aku waktu kecik2 dulu sama je macam raya posa, meriah!!!!

Lemang, rendang dan kuih2 memang tersedia di pagi raya...........!

Tp skrg, dah xde kemeriahan itu lg, aku dah biasa x balik kg waktu raya haji. Raya haji bagi aku n family cuma cuti biasa je. Berniaga  ataupun duk kt rumah tengok tv. Kali ni jatuh hari Ahad....... aku bukak kedailah kt masjid negeri.

Lepas raya nanti dah tentu dpt daging korban...........! Macam biasa aku akan buat sup...... lebihnya akan buat rendang.

N3 aku kali ni ada kena mengena dgn daging, aku masak beberapa hari yg lepas.....

'Kurma Daging Berkentang'



Bahan2 :


300gm daging - dipotong kecil; 
3 biji kentang - di buang kulit dibelah 4 
2 biji bawang merah - tumbuk
1 ulas bawang putih - tumbuk
1 cm halia - tumbuk
2 sudu makan cili giling 
1 pkt kecil serbuk rempah kurma
1 sdu makan pes asam jawa
11/4  cawan cawan air
2 cawan santan
minyak secukupnya
gula dan garam secukup rasa
sedikit rempah tumis - kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih dan buah pelaga

Cara :

Tumiskan bahan tumbuk bersam dengan rempah tumis. Bila dah kekuningan masukkan cili giling. Tumis sampai agak garing. Masukkan pes asam jawa dan 1/4 cawan air . 

Masukkan serbuk rempah kurma sekali. Tumis bahan2 sampai garing. Lepas tu masukkan daging, renihkan sehingga daging empuk. Tak perlu masukkan air kerana air daging akan keluar. 

Masukkan kentang. Lepas tu masukkan 2 cawan santan dan 1 cawan air. Perasakan juga dengan garam dan gula. Biarkan mendidih sekali lagi. selepa tu bolehlah diangkat dan dihidangkan utk makan tengahari.

Friday, November 4, 2011

Friday, November 04, 2011

Ikan keli Sambal

Hari ni rasa x sihat plak.... selsema dan sakit kepala menyerang aku kini. Dlm dok tersengguk2 ni, aku paksakan diri tulis n3 ni.

Mungkin dah cukup keletihan aku ni.......... urusan pindah rumah pun x selesai lagi. Huh!...... penat!

Proses masak memasak memang x dpt ditinggalkan.......... almaklumlah bila dah time makan tu, mesti makan kan... kalau tidak, kebulurlah plak.

Masakan aku smlm.........'Ikan Keli Sambal' jerrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr...........!



Bahan2 :

4 ekor ikan keli
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 sudu besar cili giling
2 biji cili merah
1 biji bawang besar
1 sudu teh pes asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya

Cara2 :

Ikan keli dibersihkan. Jika suka, boleh dipotong2. Selepas tu, direndam didlm air asam jawa atau asam limau utk menghilangkan hanyir.Lepas tu, barulah dicuci bersih, gaul dengan garam dan kunyit dan digoreng garing.  Bawang merah, bawang putih dan cili merah ditumbuk lumat. Bawang besar dihiris.

Tumiskan bahan tumbuk sehingga naik baunya. Lepas tu masukkan cili giling. Tumis lagi sehingga garing. Lepas tu masukkan pes asam jawa dan sedikit air. Kacau lagi. Masukkan pula bawang besar. Perasakan dengan garam dan gula.

Bila bahan dah sebati dan naik minyaknya, bolehlah diangkat dan dituang keatas ikan yg digoreng tadi. Sedia utk dihidangkan.

Thursday, November 3, 2011

Thursday, November 03, 2011

Lempeng Kelapa

Rumah aku bersepah giler....... brg2 x bersusun lg. Cuma barang2 yg boleh angkut dgn keta je kami dah bawa. ada jugak yg aku angkut jln kaki je.... brg2 yg ringan, sebab xmuat masuk keta.

Bila je nk janji ngan  lori..... aripun ujan. Tu yg asyik tergendala je.

Pagi smlm aku terlebih rajinlah ckit.... Selalunya anak2 makan sarapan roti jer. Ujan2 ni teringat lempeng mak aku buat kt kg. Siap taruh kelapa lg. Lagipun dok ngemas2 terjumpa lebihan kelapa kering buat kuih raya posa dulu.

So, apa tunggu lagi.... akupun mulalah membancuh dan menepeknya dlm kuali....

And taraaaaaaaaaaaaaaaa!!!!


Inilah 'Lempeng kelapa' aku.............haha!

Ni resepi mudah jer.........x semenggahlah katakan!!!

Bahan2 :

3 cawan tepung gandum
3/4 cawan kelapa parut (aku pakai yg kering je... yg biasa tu lagi sedap)
1/2 cawan gula
1 biji telur
Air secukupnya
Minyak utk lenser dlm kuali

Cara2 :

Satukan semua bahan dlm mangkuk kecuali minyak utk lenser tu. Air masukkan sedikit2 sehingga menjadi seperti adunan utk membuat jemput2. Kepekatan adunan kiranya masih agak pekat lagi.

Sudukan 3 sudu adunan kedlm kuali yg telah dilenser. Pastikan menggunakan api yg kecil je. Bila sebelah dah nampak garing, bolehlah diterbalikkan. Bila dah masak kedua2 belah lempeng tu, bolehlah diangkat. Ulang sehingga adunan habis.

Dah siap, bolehlah dihidangkan.....



p/s : Inilah sarapan pagi peberet aku masa kecik2 dulu..... sedap!!!!

Wednesday, November 2, 2011

Wednesday, November 02, 2011

Ayam Masak Merah

Hampir seminggu aku offline............

Busy dan letih x terkata ni......aku pindah rumah. Tu yg x sempat nk bersiaran ni.

Ar ni, menu nk di paparkan adalah 'Ayam Masak Merah'

Simple jer!!!!!!!!!!!!!!



Bahan2 :

1/2 ekor ayam
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 cm halia
1 biji bawang besar
1 sudu besar cili giling
1/2 cawan sos cili
garam dan gula secukup rasa
minyajk secukupnya

Cara2 :

Ayam dibersihkan dan dipotong2 kecil. Gaul degn garam dan kunyit dan goreng. Bawang merah, bawang putih dan halia ditumbuk. Bawang besar dihiris.

Tumiskan bahan tumbuk. Dah kekuningan, masukkan cili giling. Goreng sehingga hampir garing. Masukkan sos cili dan bawang besar.

Nak berkuah, taruh ckit air. Perasakan dengan garam dan gula. Dah masak, gaulkan dengan ayam yg telah digoreng tadi.

Selepas tu bolehlah diangkat dan dihidangkan dengan nasi putih atau nasi minyak.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...