Breaking

Tuesday, March 10, 2015

Tuesday, March 10, 2015

Nasi Goreng Cili Api Dgn Carot

Nasi goreng ni masak hari sabtu lepas... Masakan yang paling mudah bila tak sempat nak beli barang2 dapur. Ya lah sibuk memanjang.. So masak je la apa yang ada kat dapur tuh

Nasib anak2 tak kisah dan tak cerewet... Apa yang mummy dia masak semua dorang kata sedap jer... aduyai....!


Bahan2:

2 mangkuk nasi 
1 batang carot
2 sudu besar ikan bilis - goreng
1 biji bawang besar - hiris
1 ulas bawang putih - cincang
10 biji cili api - tumbuk lumat
2 biji telur
2 sudu makan kicap
Sedikit minyak masak
gula dan garam secukup rasa

Cara2 :

Tumis bawang besar, bawang putih. Bila dah kekuningan, masukkan cili api tumbuk. Goreng sampai agak wangi dan berbau menyengat.

Masukkan carot yg telah dipotong dan 
dihiris memanjang. Biar sedikit masak. Lepas tu masukkan telur dan kacau2kan sebati. Masukkan nasi dan kicap. Kacau rata. 

Perasakan dengan garam dan gula.  Masukkan ikan bilis goreng. Kacau rata dan sekata... Bila dah siap bolehlah dihidangkan. 


p/s : Masakan yang senang jer nih...!

Sunday, March 8, 2015

Sunday, March 08, 2015

Talam Gula Merah

Teringin nak makan kuih.... Dah berkurun tak buat..hehe! Bukan malas tapi dek kesibukan yang melanda tu lah... Bila ada masa, ada je bahan yang tak cukup...

Kelmarin... bahan dah sedia... bolehlah aku mencuba membuatnya. Akhirnya menjadi lah jugak walau bahagian atas terlembik sikit. Mungkin terlebih bubuh air... aku ni, suka bilas bekas bila ada baki bahan tu... tu la jadinya!

Janji sedap... asal boleh di makan.... anak2 kata okey, kira okeylah... kan anak2 aku tu juri tak bergaji... upah makan je.... hehe! Ingat nak masuk kelas kuih talam la satu hari nanti... bolehla buat cantik2... ni comot je!

Resepi ni ambil dari blog asyifamustaffa.blogspot.com.... sesiapa nak tengok blog tuh ... boleh tengok sini...



BAHAGIAN BAWAH

1 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan air gula merah ( 1 1/2 cwn gula merah+1/2 cawan gula pasir+1cawan air) dimasak, sejukkan
2 cawan santan cair

BAHAGIAN ATAS

1/2 cwn tepung beras
3 cawan santan
4sdb tepung jagung
1sdk garam
# campur smua bahan dan panaskan sebentar sentiasa digaul sekadar panaskan saja,jgn sampai bergentel.

cara2
sapu sedikit minyak keatas loyang, masukkan bahan A, kukus 10-15 min, gunakan garfu lorekkan atas permukaan lapisan gula merah,kemudian tuangkan bahan yg atas tadi pula. Kukus hingga masak.

Untuk menghasilkan permukaan yg cantik dan rata, penutup kukusan dibungkus dengan kain. Setelah betul2 sejuk baru boleh dipotong.


p/s : Banyak resepi kuih ni kat blog... aku pilih resepi kuih ni sebab resepi ni aje la xde guna air kapur - kapur xde... masa pindah rumah aritu dah buang sebab dah masuk lipas..

Saturday, March 7, 2015

Saturday, March 07, 2015

Masak Lemak Putih Sayur-sayuran

Dua hari lepas my hubby beli macam2 jenis sayur ... nak masak lemak putih katanya. Ada bayam, petola, bunga kobis, tauhu, pucuk tauhu dan soohun...

Masak je la....  kami sekeluarga memang selalu masak sayur, jadi untuk tidak menjemukan kenalah dipelbagaikan  masakan tu... berkhasiat dan sedap gak!

Kita layan ....!


Bahan2 :

1 ikat bayam
1 biji petola
1 paket fucuk tauhu sekali ngan suun
1 keping tauhu
1 biji bawang merah
1 biji cili merah
1/2 helai daun kunyit
sedikit ikan bilis
2 cawan santan
garam dan gula scukup rasa

Cara2 :

Bayam di buang batang keras diambil daun dan pucuknya saja.  Petola dibuang dan dikikis  kulit kerasnya dan di potong2. 

Fucuk dan suun direndam sebentar sehingga lembut, tauhu dipotong dadu. Bawang merah dan cili merah dihiris. daun kunyit di carik2 sahaja. 

Masukkan semua bahan tadi ke dalam periuk. Masukkan juga secawan santan dan secawan air. Didihkan ia  sebentar.

Bila dah mendidih masukkan secawan lagi santan. Di kacau sentiasa dan apabila mendidih lagi, masukkan garam dan gula secukup rasa. 

Dah masak, bolehlah dihidangkan.


p/s : Masakan ulangan je sebenarnya... dah pernah letak resepi ni kat blog.

Thursday, March 5, 2015

Thursday, March 05, 2015

Ikan Bilis Goreng Kicap

Ini lauk tak semenggah yang biasa sangat aku buat bila memalam tak cukup lauk atau tak selera makan...  Selain telur goreng atau telur dadar...... hehe!

Lauk ini jugalah selalunya menjadi penyelamat waktu bersahur di bulan ramadan... kalau dah tak larat nak masak... waktu sahur tuh!

Sedap je kat tekak aku... suka!! Buatnya pun senang...!!! Okeylah kita layan resepi tak boleh belah nih!


Bahan2 :

Ikan bilis - ikut suka sendiri nak banyak mana
Bawang merah - ikut suka jugaklah
Cili api - nak pedas taruh banyak2
Kicap - pun ikutlah mana nak
Minyak masak - ikut kesesuaian ikan bilis tuh

Cara : 

Ikan bilis dibersihkan... Bawang merah dihiris halus. Cili api pun dihiris tapi hiris menyerong. Goreng Ikan bilis bersama minyak sampai separuh garing je... 

Masukkan bawang dengan cili api. Gaul rata2 dan goreng lagi sampai ikan bilis dan bawang sampai garing. Angkat sekali bersama minyaknya tuh... 

Di dalam pinggan percikkan kicap secukup rasa... dah siap, boleh makan bersama nasi.



p/s : Korang nak gelak suka atilah... bukan semua org pandai masak.. haha!


Monday, March 2, 2015

Monday, March 02, 2015

Macoroni Tuna Bolognaise

Juadah hari minggu ari tu... Anak2 cakap dah lama mummy tak masak. Masak je lah bukannya susah pun. Sebab tak cukup bahan.. guna bahan yang ada ajelah... janji makan.. Jimat bajet pun ada jugaklah.

So... dah makan... taste not bad. Anak2 kata sedap gitu.. Resepi tulis lebih kurang jelah.. busy!


Bahan2  :

1 paket macaroni
1/2 botol sos tomato
1 tin tuna pedas
1/2 batang carot 
1/2 tin cendawan dlm tin
2 biji tomato

1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih 
5 biji cili api
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
Secubit oregano
1/4 cawan air
Sedikit keju kraft keping2 
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya

Cara2 :

Macoroni direbus dan ditoskan airnya. Bawang besar, bawang putih, tomato, carot dan cendawan di potong dadu kecil2. Cili api dihiris halus. Tumiskan bawang besar, bawang putih dan cili api. Bila dah naik bau, Masukkan sos tomato. Kacau2 sebati. Masukkan juga carot, cendawan dan tomato. Teruskan digaul sebati. 

Masukkan serbuk lada hitam dan oregano. Selepas tu masukkan tuna pedas. Tambahkan air serta garam dan gula secukup rasa. Masukkan kepingan keju disiat kecil2, Kacau sehingga mendidih dan semua bahan betul2 sebati. Bolehlah diangkat

Untuk hidangan... taruh macoroni kedalam pinggan dan letakkan kuah tadi. Lepas tu bolehlah ditaburkan lebihan keju yang telah disiat2 kecil. Sedia untuk di makan.


p/s : Bolehlah tu, macoroni bercitarasa melayu...!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...