Breaking

Thursday, March 19, 2015

Thursday, March 19, 2015

Tumis Sardin Dengan Cili Api Campur Kentang

Kelmarin... masak ini ajelah. Nak cepat2 pergi mengemas barang2 ke tempat berniaga. Sedap, pedas dan menyengat.... gitewwww!!

Satu rumah suka sangat lauk nih... cepat je abis... Dah biasa buat ni... dah pernah letak kat blog pun... ulang tayang jer nih!



Bahan2 :

1 tin kecil sardin
3 biji bawang merah
2 biji bawang putih
10 biji cili api
2 biji kentang
1 sudu teh pes asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya

Cara2 :

Bawang merah, bawang putih dan cili api ditumbuk lumat. Kentang dipotong agak nipis dan digoreng sebentar dan ketepikan.

Sardin diasingkan isi dan kuahnya dan digoreng sekejap. Ketepikan juga.Tumiskan bahan tumbuk sehingga wangi dan garing. Lepas tu masukkkan sedikit air dan pes asam jawa. Kacau sehingga pekat.

Masukkan sardin yg dah digoreng tadi dan kuahnya sekali. Masukkan juga kentang yg telah digoreng.Perasakan dengan garam dan gula. Didihkan sehingga betul2 masak. Kalau terlalu kering boleh taruh ckit air.

Bila semuanya dah dah masak dan rasanya dah okey, bolehlah diangakat dan dihidangkan.


p/s : Masak... masak dan masak... walau resepi ulangan jer..suka aku la..!

Tuesday, March 17, 2015

Tuesday, March 17, 2015

Pavlovaku.... Tak Secantik Mana... Rasanya Walla!

Teringin nak makan pavlova yang mewah dengan krim dan buah strawberry yang masak ranum..... Dah kumpul bahan2 dan kirim hubby beli strawberry kat Mydin... aku mula lah mengodek membikin pavlova nih...

Berangan nak buat pavlova mini... senang nak makan.. tak payah potong2 dah. Dah siap bakar.. masa nak mengentel krim bemasaalah... krim tak menjadi... Suruh hubby beli krim lagi... barulah menjadi tapi sememeh... jangan ceritalah...

Okeyla.... walau kureng menjadi... makan sodapp!! Nak tengok n3 pavlova yg aku buat sebelum nih... klik sini.


Bahan2 :

4 biji putih telur
3/4 cawan gula castor (pakai gula pasir~blend je!)
1 sb tepung jagung
1 st cuka makan
1 st esen vanila

Utk topping

Whipping cream secukupnya
Gula pasir~blend (kalau guna cream yg xd gula)
Buah-buahan (pakai strawberry je)

Cara :
Pukul putih telur menggunakan hand mixer dengan kelajuan perlahan. Pukul sehingga adunan menjadi kembang. Kemudian, dengan kelajuan yang tinggi, masukkan gula sudu demi sudu sambil terus putar adunan. Masa ni adunan akan bertukar menjadi putih tapi belum lagi berkilat. Bila pegang sedikit adunan di tangan terasa lagi gula yang belum hancur.

Teruskan memutar adunan dengan kelajuan tinggi sehingga bertukar menjadi putih berkilat. Bila diangkat dia akan mengeluarkan tanduk. Kalau dah bertanduk tu maknanya jadilah meringue. Jika belum, atau tanduk tak tajam dan belum mantap. Pukul lagi 2-3 minit. Masukkan esen vanilla dan pukul lagi sampai sebati.

Tanda meringue anda dah jadi ialah bila diangkat adunan akan menghasilkan tanduk yang tajam dihujung. Masukkan tepung jagung dan cuka. Gaulkan menggunakan spatula atau senduk kayu. 

Buatkan garisan bulat di atas kertas minyak(parchment paper). Bentukkan meringue mengikut bulatan yang kita lukis. Pastikan bahagian tepi lebih tinggi dari tengah. Konon macam tebing pendek la kan. Part ni saya tak buat. Saya buat cara saya sendiri. :)


Panaskan oven pada suhu 150' C. Saya panaskan 15 minit lebih awal. Letakkan rak di tengah bahagian oven. Masukkan adunan meringue. Dalam 15 minit, turunkan suhu kepada 140'C. Masak selama 1 jam. Pavlova dimasak dengan api yang sederhana panas. Bila api terlalu panas, luarnya akan garing tapi dalam tak masak. 

Masak sehingga warna meringue bertukar menjadi coklat muda. Bila dipegang terasa garing di luar dan lembut bahagian dalam. Tutup api. Biarkan pintu oven sedikit terbuka. Jangan keluarkan meringue terus dari oven. Tunggu sehingga sejuk, baru dihias dengan topping

Cara menghias :

Pukul whipping cream dalam bekas sehingga kental. Satu petua nak mudahkan kerja. Masukkan bekas dalam peti ais bahagian beku selama 2-3 jam sebelum memukul whipping cream. 

Bila whipping cream dah kental. Masukkan gula dan esen vanila. Letakkan whipping cream kt atas pavlova. Hias ikut kreativiti masing2.

Simpan dalam peti sejuk. Pavlova ni sedap dimakan sejuk.. Sedia untuk dimakan.


p/s : Sedappp... masam, manis bersatu...!!!

Monday, March 16, 2015

Monday, March 16, 2015

Sambal Petai, Ikan Bilis Sikit Je...

Hmmm.... suka petai! Ada orang tak suka makan sebab bau dia... tapi sekarang ni majoriti ramai yang suka. Itulah sebabnya petai mahal skrg nih!

Kali ni nak buat sambal petai yang betul2 rasa petai je... hehe! Sedap tuh! Resepi macam biasa dah lebih 5-6 kali letak kat blog nih... adjust je mana yg perlu.... xpelah kannnn!

Layannnnn.....!!!
Bahan2 :

3 papan petai 
( di kupas sebiji-sebiji tp belah ckit je 
utk intai takut ada makhluk kt dalamnya)
2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
3 sudu makan cili giling
1sudu makan pes asam jawa
1/2 cawan air
Sedikit ikan bilis - di goreng garing
Sedikit minyak masak
Garam dan gula secukup rasa

Cara2 :

Bawang besar dan bawang putih di hiris nipis. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu. Lepas tu masukkan petai. Goreng lagi sebentar. 

Masukkan pula cili giling. Goreng sampai wap cili berbau semerbak. Masukkan air asam jawa dan tumis sampai pecah minyak. Perasakan dengan garam dan gula. 

Masukkan ikan bilis goreng tadi .Gaul sebati. Selepas tu bolehlah diangkat dan dihidangkan bersama nasi panas.... 


p/s : Sedap hingga menjilat jari...!

Saturday, March 14, 2015

Saturday, March 14, 2015

Gulai Taucu Ikan Kembong Bersama Cili Hijau

Kelmarin pergi pasar beli ikan dan sayur sikit... masaklah lebih cikit kali ni...  Kalau tidak, asyik berlauk telur, sardin, telur, sardin... jemu!

Gulai ni anak2 suka sangat.... suka cari kacang taucu tu... sampai berhirup-hirup kuah...huhu! tapi my hubby tak berapa suka... ikut majoriti... makan je la..!



Bahan2 :

4 ekor ikan kembong
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih 
1 cm halia 
1 paket taucu
9 biji cili hijau
1sudu besar pes asam jawa
2 cawan air
garam dan gula secukup rasa
sedikit minyak masak

Cara2 :

Ikan dipotong,dibersihkan dan digoreng. Bawang merah, bawang putih dan halia dihiris halus. Cili hijau dibuang bijinya. 

Tumis bawang putih, bawang merah dan halia. Bila kekuningan masukkan taucu. Kacau dan masukkan pes asam jawa dan secawan air. Masukkan pula cili hijau. \

Bila dah mendidih. Masukkan air (Kalau nak banyak kuah, lebihkan air dan tambah sepeket lagi taucu). Bila dah mendidih lagi, masukkan ikan goreng. Perasakan dengan garam dan gula. 

Bila dah siap, boleh dihidangkan.


p/s : Sedap arrh..

Thursday, March 12, 2015

Thursday, March 12, 2015

Asam Pedas Telur Pecah Bersama Kentang

Ha.... ini  aje la lauk makan tengahari kami sekeluarga... Mcm  biasa, tak sempat nak pergi pasar... Hubby ku ni tak suka beli ikan dan simpan beku dalam peti ais lama2. So, inilah jadinya... makan lauk telur ajelah.

So, Kita makan ajelah.. variasi lain dari yang lain... untuk mempelbagaikan masakan... resepi biasa jer... olah balik!

Layan ....


Bahan2 : 

5 biji telur
3 biji kentang
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1cm halia
1cm isi kunyit
21/2 sudu besar cili giling
1 sudu besar pes asam jawa
21/2 cawan air
Sedikit minyak
Gula dan garam secukup rasa

Cara2 :

Kentang di buang kulit dan di potong enam bahagian. Bawang merah, bawang putih, halia dan isi kunyit di tumbuk lumat. 

Tumiskan bahan tumbuk. Bila dah agak kekuningan, masukkan cili giling, pes asam jawa dan 1/2 cawan air.

Masak sampai pecah minyak dan agak garing. Masukkan lebihan air. Bila mendidih masukkan kentang. Masak lagi sampai kentang empuk.

Pecahkan telur satu persatu secara perlahan2... Kacau dengan lembut agar telur mengeras dengan elok. Biarkan mendidih seketika.

Perasakan dengan gula dan garam. Biarkan sebentar. Agak2 dah nk mendidih lagi bolehlah diangkat.


p/s : Esok lusa nak masak apa la pulak... fikir2... dan fikir!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...