Breaking

Wednesday, July 13, 2011

Wednesday, July 13, 2011

Sambal Tumis Ikan Bilis dan Petai

Ari ni pun buntu memikirkan............... nak masak apa ye! Belek2 kongsi resepi pun x  dapat jawapan lagi. Yang pasti nak masak mudah2 je. Kerja banyak ni, belum start lagi. Apapun macam biasa ari ni nak post entry masakan semalam.... ini ajelah apa yang dapat aku masak.

"Sambal Tumis Ikan Bilis dan Petai"

Bahan2 : 

1 paket petai - beli kat Mydin
Segenggam ikan bilis
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
3 sudu makan cili giling
1/2 cawan air asam jawa
Sedikit belacan
Sedikit minyak masak
Garam dan gula secukup rasa

Cara2 :

Petai dibersihkan dan dipotong sedikit. Ikan bilis dibersihkan dan digoreng garing. Bawang merah dan bawang putih ditumbuk lumat. Bawang besar di mayang. Tumis bahan tumbuk. Bila dah kekuningan masukkan cili giling. Goreng sampai wangi. Masukkan air asam jawa, bawang besar dan petai. Tumis sampai pecah minyak. Perasakan dengan garam dan gula. Masukkan ikan bilis goreng tadi. Gaul sebati. Selepas tu bolehlah diangkat dan dihidangkan.


Ini set makan tengahari semalam......... Ada ikan goreng, budu, sayur taugeh rebus dan sambal tumis ikan bilis dan petai.  Sedap ..... tapi  sangat simple!!!

Okey!..... 'Selamat makan'

Tuesday, July 12, 2011

Tuesday, July 12, 2011

Masak Lemak Cili Api Ikan Kembung dan Rebung

Ini ajelah resepi yang dimasak semalam..... kegemaran my hubby. Sedap jugaklah. Dalam sibuk2 mengemas rumah, sempat jugak aku memasak juadah tengahari untuk keluarga. Alhamdulillah.... kerana masih diberikan tenaga dan kudrat untuk membahagiakan keluargaku ini...

Melalut pula aku hari ni..... sebenarnya aku penat ni, nak demam pun ada.

Inilah dia masakan yang tak seberapa.... 'Masak Lemak Cili Api Ikan Kembung  dan Rebung

Bahan2 :

4 ekor ikan kembung
1 mangkuk rebung
12  biji cili api - tumbuk
1 cm isi kunyit - tumbuk
2 biji bawang merah - tumbuk
2 cawan santan pekat.
secawan air
garam dan gula secukup rasa.

Cara2 :

Rebung  dididihkan dalam periuk bersama bahan tumbuk. Masukkan juga secawan santan pekat dan secawan air. Bila dah mendidih, masukkan secawan lagi santan pekat. Kalau nak lebih kuah boleh tambahkan air lagi. Tapi jangan banyak2 nanti x sedap plak. Biarkan  mereneh.  Masukkan ikan. Kacau perlahan-lahan dan perasakan dengan garam dan sedikit gula. Jangan biarkan santan pecah minyak. Kacau sentiasa. Bila telah mendidih sekali lagi bolehlah diangkat.

p/s : Wah! sodap sekali nih..... puji sendirilah!!!

Tuesday, July 12, 2011

Tahqiq (Tepung Gandum)




 - Dihasilkan Dengan Menggunakan Gandum Segar Dan Berkualiti Tinggi  -


TEPUNG GANDUM TAHQIQ "UNBLEACHED"
- 100% asli
- Tanpa bahan kimia (Benzoyl Peroxide, Bromate Nitrate)
- Mengandungi sumber vitamin dan mineral semulajadi
- Amat baik untuk kesihatan

TEPUNG GANDUM TAHQIQ "UNBLEACHED"
adalah tepung gandum asli yang pertama di Malaysia menggunakan bungkusan bertaraf dunia.

TEPUNG GANDUM TAHQIQ "UNBLEACHED"
adalah tepung  gandum asli yang berkualiti tinggi diproses dengan menggunakan gandum segar dan terpilih, ianya dibawa khusus untuk anda agar dapat menikmati dan merasai tepung gandum asli yang berkualiti tinggi dengan kelazatan serta aroma semulajadinya yang pasti akan memberikan anda kepuasan.

 TEPUNG GANDUM TAHQIQ "UNBLEACHED"
adalah tepung gandum asli yang menjadi pilihan Chef ternama serta golongan profesional kerana kualiti dan hasilnya yang amat sempurna, ianya amat sesuai untuk semua jenis masakan yang mana kegunaannya begitu meyakinkan serta akan memberikan anda satu inspirasi yang berbeza dan meletakkan anda pada satu tahap setinggi kualitinya.

TEPUNG GANDUM TAHQIQ "UNBLEACHED"
adalah tepung gandum asli pilihan terbaik rakyat Malaysia bagi yang mementingkan keaslian dan kualiti.

"RASAI DAN NIKMATI KESEMPUNAANNYA"

Harga : RM 3.50 kg (sebungkus)

Berminat?  Sila hubungi Noor di 017-2387594. Penghantaran dilakukan di sekitar Shah Alam dan kawasan berdekatan denganya (COD)*pembelian 5 kg ke atas. Jika diluar kawasan boleh di pos dengan sedikit  bayaran pengeposan.

Monday, July 11, 2011

Monday, July 11, 2011

Masak Lemak Putih Petola, Tauhu, Fucuk Tauhu dan Suun

Hari2 pun masak sayur sebab aku memang suka sayur.... kalau pun tak jadi vegetarian, dapat jadi separuh vegetarian pun dah kira ok!! Lagipun makan sayur-sayuran itu amat digalakkan... amat berkhasiat.

Masakan ku .... 'Masak Lemak Putih Petola, Tauhu, Fucuk Tauhu dan Suun'

Bahan2 :

1 biji petola
1 paket fucuk tauhu sekali ngan suun
1 keping tauhu
1 biji bawang merah
1 biji cili merah
1/2 helai daun kunyit
sedikit ikan bilis
2 cawan santan
garam dan gula scukup rasa

Cara2 :

Petola dibuang dan dikikis  kulit kerasnya dan di potong2, fucuk dan suun direndam sebentar sehingga lembut, tauhu dipotong dadu. Bawang merah dan cili merah dihiris. daun kunyit di carik2 sahaja. Masukkan semua bahan tadi ke dalam periuk. Masukkan juga secawan santan dan secawan air. Didihkan ia  sebentar.

Bila dah mendidih masukkan secawan lagi santan. Di kacau sentiasa dan apabila mendidih lagi, masukkan garam dan gula secukup rasa. Dah masak, bolehlah dihidangkan dengan lauk tengahari...

Selamat Makan!!!

Sunday, July 10, 2011

Sunday, July 10, 2011

Kangkung Tumis Air


Masak sayur lagi.....! Biasalah... bukan ke kena masak masakan seimbang! Mesti ada sekurang2nya satu lauk sayur  demi megikuti pola permakanan yang betul dan berkhasiat. Itulah yang aku belajar dari pakar pemakanan....Betul tak.... ? Mestilah betul.. So kena makan sayur untuk  sihatttttt!!!!

Ini resepi  mudah je ...... 'Kangkung Tumis Air'


Bahan2 :

1 ikat kangkung
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 biji cili merah
beberapa ekor ikan bilis
1 sudu makan sos tiram
1/4 sudu kecil pati ayam (jika suka)
1/4 cawan air
minyak masak secukupnya
garam dan gula secukup rasa

Cara2:

Kangkung di potong2 dan dibersihkan. Bawang merah, bawang putih dihiris halus, Cili merah dipotong serong.  Tumiskan bawang merah, bawang putih, cili merah dan ikan bilis. Masukkan sos tiram dan kangkung. Masukkan air dan pati ayam. Masak hingga mendidih. Sesuaikan rasa garam dan  gula. Bolehlah diangkat dan dihidangkan.

p/s : Lauk sayur yang sangat simple...... sebagai lauk sampingan, sebab tu sikit je.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...