Breaking

Monday, July 11, 2011

Masak Lemak Putih Petola, Tauhu, Fucuk Tauhu dan Suun

Hari2 pun masak sayur sebab aku memang suka sayur.... kalau pun tak jadi vegetarian, dapat jadi separuh vegetarian pun dah kira ok!! Lagipun makan sayur-sayuran itu amat digalakkan... amat berkhasiat.

Masakan ku .... 'Masak Lemak Putih Petola, Tauhu, Fucuk Tauhu dan Suun'

Bahan2 :

1 biji petola
1 paket fucuk tauhu sekali ngan suun
1 keping tauhu
1 biji bawang merah
1 biji cili merah
1/2 helai daun kunyit
sedikit ikan bilis
2 cawan santan
garam dan gula scukup rasa

Cara2 :

Petola dibuang dan dikikis  kulit kerasnya dan di potong2, fucuk dan suun direndam sebentar sehingga lembut, tauhu dipotong dadu. Bawang merah dan cili merah dihiris. daun kunyit di carik2 sahaja. Masukkan semua bahan tadi ke dalam periuk. Masukkan juga secawan santan dan secawan air. Didihkan ia  sebentar.

Bila dah mendidih masukkan secawan lagi santan. Di kacau sentiasa dan apabila mendidih lagi, masukkan garam dan gula secukup rasa. Dah masak, bolehlah dihidangkan dengan lauk tengahari...

Selamat Makan!!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...