Breaking

Wednesday, July 13, 2011

Sambal Tumis Ikan Bilis dan Petai

Ari ni pun buntu memikirkan............... nak masak apa ye! Belek2 kongsi resepi pun x  dapat jawapan lagi. Yang pasti nak masak mudah2 je. Kerja banyak ni, belum start lagi. Apapun macam biasa ari ni nak post entry masakan semalam.... ini ajelah apa yang dapat aku masak.

"Sambal Tumis Ikan Bilis dan Petai"

Bahan2 : 

1 paket petai - beli kat Mydin
Segenggam ikan bilis
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
3 sudu makan cili giling
1/2 cawan air asam jawa
Sedikit belacan
Sedikit minyak masak
Garam dan gula secukup rasa

Cara2 :

Petai dibersihkan dan dipotong sedikit. Ikan bilis dibersihkan dan digoreng garing. Bawang merah dan bawang putih ditumbuk lumat. Bawang besar di mayang. Tumis bahan tumbuk. Bila dah kekuningan masukkan cili giling. Goreng sampai wangi. Masukkan air asam jawa, bawang besar dan petai. Tumis sampai pecah minyak. Perasakan dengan garam dan gula. Masukkan ikan bilis goreng tadi. Gaul sebati. Selepas tu bolehlah diangkat dan dihidangkan.


Ini set makan tengahari semalam......... Ada ikan goreng, budu, sayur taugeh rebus dan sambal tumis ikan bilis dan petai.  Sedap ..... tapi  sangat simple!!!

Okey!..... 'Selamat makan'

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...