Breaking

Wednesday, October 5, 2011

Wednesday, October 05, 2011

Makaroni Sosej Bakar


Ini menu sarapan pagi ari ni...... aku buat mlm sebelumnya. Pagi2 tadi aku panaskan sekejap.

Anak aku cakap........... sedap, macam pizza!!!

Pada aku............ bolehlah, maklum ajelah, tekak melayu aku ni payah nk serasi. he...he!

Makaroni ni aku cedok dari resepi Dari Dapur MadDiHaA yg katanya cedok dari  Dapur Tanpa Sempadan (CMG). Dan  aku derhakakan dan olah sana sini..... bolehkan?

Sebabnya aku buat dengan apa yg ada kt gobok aku ....yg aku beli kemudian, cuma makaroni jer! Bukannya apa.... nk jimat kos!!!!!

So, jadilah "Makaroni Sosej Bakar'


Bahan2 :

250 gram makaroni 
125 gram keju mozarella, hiris nipis (nak parut pun boleh)..atau guna keju pilihan anda

(beli keju yg dah siap parut kt pasaraya)
1 tin cendawan butang ( pakai 1 paket cendawan biasa-hiris je)
1 tin tuna (ganti dengan 10 btg sosej - dihiris2 )
1 biji tomato merah, cincang halus (2 biji)

1 biji bawang holland, dadu (guna bawang besar biasa pun boleh)
2 biji cili merah - dihiris
3 ulas bawang putih, cincang halus
1 camca teh serbuk lada hitam 
2 helai bay leaf (x ada pun)
1 camca besar sos tomato (2 camca besar sos cili)

Garam dan gula secukup rasa
Sedikit minyak zaitun ( pakai minyak biasa je) 

* tambah 1 sudu teh oregano


BAHAN KASTARD :-)
5 biji telur
50 ml susu sejat
(guna 50 ml susu kotak penuh krim)
1/2 camca teh serbuk lada hitam
Secubit garam
Secubit gula

* tambah 2 sudu makan tepung jagung


Cara2 :


Makaroni direbus sehingga lembut di dlm air yg berisi sedikit minyak. Toskan. Tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau. Masukkan sos cili dan serbuk lada hitam. Masukkan juga cendawan, cili merah dan tomato. Lepas tu masukkan sosej. Kemudian, masukkan sekali makaroni . Kacau rata. Perasakan dengan garam dan gula serta oregano.Angkat dan biarkan sejuk seketika.

Buat bahan kastad pula. Pecahkan telur kedlm mangkuk besar. Pukul telur bersama  tepung jagung. Masukkan bahan2 lain dan kacau sebati. 

Panaskan oven pada suhu 175C.  Lenser bekas dengan sedikit mentega. 

Gaulkan makaroni goreng yg dah sejuk dengan bahan kastard. Gaul sehingga betul merata. Lepas tu masukkan  kedlm bekas untuk dibakar.  Taburkan dengan keju parut. Tekan2 sedikit dan bakar 40 - 45 minit. Bila masak boleh dihidangkan.

p/s : Makan dengan sos cili, "sedapnya"..... anak aku cakaplah!

Tuesday, October 4, 2011

Tuesday, October 04, 2011

Kek Red Velvet


Mula2 sekali aku tengok n dpt tahu tentang kek ni dah lama, waktu tengok kt tv rancangan Martha Stewart..... cerita masakan org putih.

Ingat lagi..... aku rasa pelik dan dan aku fikir susahnya nk buat kek ni..... taruh cuka plak tu. Memang pelik sungguh. Lepas tu adalah sesekali tengok kt majalah. And then, bila aku aku mula berblogging dan tengok plak ramai yg buat kek ni........ aku pun buat kajian sikit, barulah aku nampak......sebenonya x susah manapun wat kek ni dan rasanya xlah  masam macam cuka tu . He...he!

Aku buat rumusan.......... mesti sedap kek ni. Lain dari yg lain plak tu. Pilih punya pilih resepi kek red velvet, akhirnya aku buat keputusan nk buat dan ambil resepi dari blog ida@Happy Cooking Time yg asalnya dari blog Hanamemories dari terjemahan website Joy of Baking.

Aku dah buat smlm........... wah!  sedapnya, gebu, lembut n   marveloussssssss...................anak2 aku cakap 'sedap giler'. Xlah susah mana pun .............apasal aku x terfikir dari dulu !!!

Macam biasa resepi ni aku olah ckit.......... utk memudahkan aku dan utk rujukan aku pada masa depan. bolehkan ida?

Inilah resepinya.............. Layannnnnnnnnnnn!!!!!!


'Kek Red Velvet'

Bahan2 :

250g tepung kek (guna tepung gandum biasa campur 1st baking powder)
1/2 sdt garam (lupa nk bubuh)
15g serbuk koko @ 2 sb serbuk koko (guna 1 botol kecil serbuk koko)
113g butter @ 1/2 cawan butter (guna 1/2 dari 1 ketul butter 250g)
160g gula kastor (buat 200g gula)
2 biji telur -gred A
1 sk esen vanila
240ml @ 1 cawan buttermilk  - jika tiada, kita buat sendiri
1 cawan susu segar - (guna 1 kotak susu Dutch Lady penuh krim)
2 sm perwarna merah @ 4 sm serbuk perwarna merah - (habiskan 1 botol kecil serbuk)
1 sk cuka
1 sk soda bikarbonat

 * ada 2 cara buat cream cheese - x buat tp letak resepi kt sini
1. Cream Cheese Frosting
227g cream cheese 
227 mascarpone - hana ganti cream cheese
115g @ 1 cawan gula kastor 
360ml @ 11/2cawan whipping cream 
- tambah susu segar sedikit utk frosting yg agak lembut 


2. Cream cheese frosting kedua

500 gm cream cheese 
400 mls / 2 kotak whipping cream 
7 - 8 sdb gula halus @ secukup rasa 
1/4 sd teh garam
2 sm/sdb oren sunquick pekat


-  buat buttercream je....
1 cawan gula icing
1/2 drp 1 ketul butter 250g
sehiris limau nipis (ambil jus)

Cara2 :

Buat Butter milk dulu - Satukan 1 cawan susu segar + 1 sudu makan cuka. Biarkan sebentar dalam 10-15min sehingga susu jadi agak pekat. Boleh gantikan cuka dengan jus lemon dgn sukatan yang sama.

Panaskan oven suhu 170darjah celcius. Sapu loyang dengan butter. Dalam mangkuk, satukan gula dan juga butter. Pukul hingga lembut lebih kurang 1-2minit. Masukkan telur satu persatu dan teruskan memutar hingga kembang dan gebu.

Dalam cawan buttermilk satukan dengan pewarna merah dan kacau sebati hingga pewarna tidak berketul2. Kurangkan kelajuan mixer, masukkan tepung berselang seli dengan buttermilk sebanyak 3 kali. (tepung,buttermilk,tepung,buttermilk,tepung) 

Mangkuk kecil, satukan soda bikarbonat dan juga cuka hingga berbuih. Tuang cepat2 ke dalam adunan kek dan kaup balikkan sebati. 

Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 30-40min atau sehingga masak. Cucuk lidi dahulu untuk memastikan kek masak. Jika bersih tandanya sudah masak. 

Sejukkan di atas redai kemudian belah 2 atau 3 bahagian.

 Sementera menunggu kek sejuk, sediakan cream cheese frosting. Satukan creamcheese bersama bahan2 lain dan putar sehingga smooth dan sedikit pekat ( agak2 kepekatannya dah sesuai utk disapu pada kek ) Sapukan setiap lapisan kek dan hias ikut suka. 

Sejukkan di dalam peti ais dahulu untuk kenikmatan yang berganda. :))) 

Sedia dipotong dan dihidangkan.

p/s : Aku hias sempoi je........ x reti nk hias lebih2 pun. Aku ni bukannya kreatif. Nanti lagilah berserabut kek tu. Pertama kali buat kek ni...... hias pakai buttercream je, x reti dgn cream cheese bagai tu!!!!


*******************
my dream.....!
klik SINI

*******************

Monday, October 3, 2011

Monday, October 03, 2011

Mini Pizza by Koperasi Wanita Felda Bukit Cerakah

Ari ni aku cuma nk perkenalkan produk je.....

Produk Jualan aku di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam atau lebih di kenali sebagai masjid negeri je.



Produk ni adalah Mini Pizza yg dibuat oleh Koperasi Wanita Felda Bukit Cerakah.

Jangan tanya resepi..... sebab bukan aku yg buat yerrrrrrr!!!

Mini Pizza ni dah dibalut dengan plastik nipis.... tu yg kt gambar nampak berkilat dan berkedut tu.

Jualan Mini Pizza ni paling laris kt gerai aku ni..... sekali aku order utk jualan dlm 3 hari berniaga dlm 300 hingga 500 keping. Habis............!!!

Sedap ni..... sekali rasa nak 2.... dah 2 nak pulak 3... itulah punya penangan pizza ni.

Harga : RM 1.00 sekeping.

Sesiapa nk rasa, boleh datang ke Masjid Negeri, Shah Alam. Aku berniaga setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad.

Boleh juga kalau sesiapa nk order buat majlis....

Hubungi : 0172387594 - Noor


Saturday, October 1, 2011

Saturday, October 01, 2011

Salad Telur, Timun dan Tomato

Mak aihhhhhh!!!!!!!!!! simple je resepi aku ni...........

Layan je lahhhhhhhhh........... aku ni memang dah xde masa nk masak. Lagipun x larat nk terkejar2 masak nihhhhhh.......... almaklum sibuk berniaga.

Bila tengok para blogger masak lauk pauk n aneka jenis puding dan kek yg canggih-manggih....... alahai, jelesssnya. X terlarat aku nk mengcopy dan memasak makanan2 tu. Semuanya canggih gilerrrrrrrrrrrr bagaiiiiiiii!!!

Ada antara masakan tu yg x terfikir dek akal pun, dah tentu aku x pernah merasanya. Tu la pasal!!! aku ni ketinggalan zaman betoi gamaknya.......... he..he!

Pada  para blogger masakan, masam manis, secubit garam, duniaku, pautan kasih, home sweet home dan berpuluh lagi blog yg aku ikuti, aku tabik spring pada korang semua..... n then kalau aku ada masa  lapang, aku berazam nak cuba buat resepi masakan korang sebab aku teringin bebeno nk rasa masakan yg x pernah aku rasa tu.

Apapun............ inilah  aku, stay masak yg simple dan mudah2 jerrrrrrrrrrr..........!!!

Layannnnnnnnnnnnnn............

'Salad Telur, Timun dan Tomato'

Bahan2 :

Telur
Timun
Tomato
Sos Cili

Cara2 :

Telur direbus, dibuang kulit dan dibelah 4. Timun dibuang kulit dan dihiris nipis. Tomato dibelah 6. Susun semua bahan didlm pinggan dan curahkan sos cili. Sedia dihidangkan.

Itu jerlah..... selamat merasa!!!

Friday, September 30, 2011

Friday, September 30, 2011

Cuka Kurma


Produk Jualan Terkini..............

Cuka dihasilkan drpd buah-buahan spt kurma, epal, anggur & tin (fig) yg disimpan atau diperam dlm jangka masa tertentu. Jus buah bertukar menjadi alkohol (haram). Alkohol bertukar menjadi yis-asid asetat-cuka (halal).

CUKA KURMA
  1. dapat mencegah berlakunya pembengkakan pd badan spt bisul & kanser
  2. membuang darah kotor & melancar aliran darah
  3. mangatasi proses pencernaan makanan dlm perut
  4. melancarkan pergerakan usus
  5. merawat masalah kerongkong, kahak & batuk yang berpanjangan
  6. memelihara kulit dari kesan kepanasan matahari
  7. menurunkan tahap kolesterol
  8. mengimbang tahap asid-alkali dlm badan & mengeluarkan lebihan garam
  9. membakar kalori dgn cepati
  10. membuang toksin
  11. merawat masalah rahim, menguatkan gigi, deria mata & telinga
  12. penyerapan kalsium lebih sempurna - menguatkan tulang
  13. mengubati masalah gastrik akibat asid berlebihan dlm perut
  14. merawat masalah hempedu (membersih hempedu dr lemak yg membentuk batu)
  15. mencegah berlakunya keracunan akibat penggunaan ubat-ubatan an yg pelbagai
  16. melancarkan pengeluaran susu ibu
  17. melancarkan perjalanan darah yg berketul dlm perut (masalah gangguan haid)
  18. memperbaiki fungsi limpa
  19. menghilang masalah dahaga dan mengurangkan panas badan

Harga : RM 15.00

Sebarang pertanyaan & pembelian sila hubungi : NOOR di 0172387594


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...