Just Klik!

Monday, August 13, 2012

Meehoon Goreng Lada Hitam Dan Sos Cili

Raya dah makin dekat....... suasana pun dah rasa meriah dimana2, especially shopping complex. Aku je yg belum buat apa2 persiapan. Apalagi ngan baju raya..... anak2 faham., mak ayahnya tengah tenat dgn berbagai situasi.

Kuih raya pun nampaknya aku x buatlah tahu ni dek tangan yg tak berapa nk okey ni. Dh pergi klinik dan buat fisioterapi senaman tangan. Itu jer yg boleh dibuat...... sakitnya x juga baik lagi....So ...aku x dptlah nk tayang kuih raya di blog aku  utk tahun ni..... sedeyyyyyyyyynyeeeee. 

Dah melalut plak dah..... tengok jelah juadah aku ni.... sebenonya x tau nk beri nama apa masakan ni sebab main campak2 je, dah jadi....!



Bahan2 :

1 bungkus meehoon
3 biji bawang merah -tumbuk
2 ulas bawang putih -tumbuk
1/2 inci halia - tumbuk
1 sudu makan serbuk lada hitam
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram
1 sudu teh pes asam jawa
1/2 dari 1 ketul  kiub ayam
1/2 cawan isi ayam yg telah dipotong kecil2
2 pokok sawi - dipotong2
1 biji telur
Garam dan gula secukup rasa
Minyak secukupnya

Cara2 :

Meehoon direndam 1/2 jam dan ditoskan.Tumiskan bahan tumbuk sehingga kekuningan. Masukkan isi ayam dan lada hitam.

Kacau lagi dan masukkan juga sedikit air. Masukkan pula sawi. Kacau lagi sehingga layu. Masukkan sedikit garam dan gula. kacau lagi. 

Pecahkan telur didalam bahan2 dan kacau segera. Masukkan meehoon dan percikkan sedikit kicap kedalam kuali jika suka. Kacau semua bahan sehingga sebati. 

Perasakan lagi dengan garam dan gula. Bila semua dah sebati, bolehlah diangkat.



p/s: Hiaskan dengan telur dadar yg dihiris dan cili merah hiris. Bolehlah dihidangkan.... sodapppp!



Have a nice day! :)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...