Just Klik!

trendy.... beauty..... anggun.....!

Blog Santai-santai jerrrrrrrr..........!

Wednesday, September 5, 2012

Puding Lapis Tiga Warna

Pagi2 ni.... suasana kt rumah sunyi sepi jer.... anak2 sekolah, hubby gi kerja, aku sorang2 dok kt umah. Masa nilah aku baru dpt melayari internet dengan tenang. Kalau tidak, sibuk jer anak2 mengacau... "mummy nk main..." "lepas kakak adik plak.... xde..xde... kakcik pun nk jugak!" memang pening...!

So... nk updated bloglah...! Kelmarin aku buat puding ni.... simpan stok kt fridge. manalah tahu, musim raya ni ada je sedara-mara singgah kt umah. Adalah juadah yg nak dihidangkan. 

Resepi ni aku ambik dlm fb masa bulan puasa dulu... search balik nk tengok resepi ni dari siapa dah x jumpa plak... mintak halal yer... 


Bahan2 :

10gm agar-agar serbuk
6 cawan air
1 1/2 cawan gula
1 tin susu cair
1 sudu tepung kastad
3 jenis perwarna (ikut suka nk warna apa)

Cara2 :

Masakkan serbuk agar2, air, gula dan tepung kastad sehingga larut dan mendidih.  Bahagikan  adunan agar2 kepada 3 mangkuk yang sama banyak. Masukkan 3 warna berlainan. Tuangkan 1 mangkuk kedalam acuan dan sejukkan dalam peti ais. 

Bila dah hampir beku, masukkan mangkuk yang ke2. Tuang perlahan2 supaya warna tidak bercampur. Begitulah juga utk mangkuk yang ke3. Lepas tu sejukkan dan bolehlah dihidangkan...



p/s : Sementara agar2 yg dilapis beku... agar2 yg lain tu letaklah diatas bekas yg berisi air panas supay tidak membeku plak. 


Have a nice day! :)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...