Puding ni aku masak dlm minggu ini..... dah lupa hari apa. Masak puding ni sangat mudah... Aku cedok dari buku masak Chef Hanieliza.
Aku rasa ramai yg dah tahu resepi ni dan puasa tahun lepas pun aku dah buat puding ni... Kesedapan puding ni mesti akan selalu nk buat lagi dan lagi.....!!!!
Apapun aku letak jugaklah resepi kt cni utk melengkapkan n3...!
Bahan2 :
10 gram agar-agar serbuk
2 liter air ( 8 cawan air)
2 cawan gula ( boleh kurangkan sikit)
1 tin susu cair
1 tin laici (resepi asal 2 tin)
1 tin susu cair
1 tin laici (resepi asal 2 tin)
Cara2 :
Masukkan agar-agar, air dan gula ke dalam periuk. Larutkan agar-agar dan gula. Padamkan api. Masukkan susu cair dan air laici.
Kacau sebati. Masukkan ke dalam acuan. Buah laici boleh dijadikan hiasan atau nak letak dalam acuan pun boleh.
Bekukan dan sejukkan di dalam peti ais.
p/s : sedap sangattttttt..... ank2 suka..!
2 comments:
mmg sedap..pernah tgk dlm buku 1 hri 1 resepi tp blum terbt lg
Memang sedap...
Post a Comment