Diriwayatkan dari Sayyed Al-Ansari bahawa Nabi s.a.w. telah bersabda:
Gunakanlah MINYAK ZAITUN sebagai makanan, berminyaklah dengannya untuk rambut,
badan dan seumpamanya kerana sesungguhnya ia adalah daripada pokok yang berkat.
(Tarmizi, Ibn Majah)
Keistimewaan Extra Virgin Olive Oil Ravika Dari Turki:
-Dihasilkan menggunakan kaedah 'cold pressed' untuk menjamin kualiti dan
kesegaran
-Proses mengeluarkan minyak dari buah zaitun tanpa penggunaan haba atau
pemanasan untuk menjamin minyak zaitun yang berkualiti tinggi
-Extra Virgin merupakan minyak pertama yang dikeluarkan daripada buah zaitun
adalah yang terbaik
-Pilihan utama diet pemakanan bagi mencegah penyakit-penyakit kardiovaskular
-Rasanya enak dan kurang rasa berminyak
Khasiat Minyak Zaitun
- Tinggi kandungan Vit E anti oksidan
- Mengurangkan kadar kolestrol dalam darah
- Mengurangkan risiko sakit jantung
- Mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular, arteriosklerosis dan pelbagai
masalah akibat proses penuaan.
- Merendahkan kolestrol LDL(kolestrol jahat)
- Mengurangkan tekanan darah
- Paras asidnya yang rendah memudahkan penghadaman kita.
- Anti Kanser
- Melancarkan saluran pemakanan melalui usus
- Mencegah ulser dan mengurangkan risiko batu karang
- Mencantikkan kulit, rambut dan kuku
Kajian yang dijalankan ke atas wanita oleh "Harvard School of Public
Health" dan "Athens School of Public Health" mendapati amalan
mengambil minyak zaitun lebih dari sekali sehari boleh mengurangkan 25% risiko
menghidapi kanser payu dara. Kandungan Vitamin E yang tinggi dalam minyak
zaitun telah menghalang kemusnahan sel yang menjadi punca kanser. Kajian yang
diketuai oleh professor Miguel Gassull di Hospital Universiti "Germans
Trias Pujol" di Barcelona, Sepanyol ternyata membuktikan minyak zaitun
menghalang pembentukan kanser kolon. Kajian lain yang dijalankan di Universiti
Oxford menambah bukti yang menunjukkan minyak zaitun berkesan dalam
membantutkan kanser kolon. Dr Michael Goldacre dan sekumpulan pengkaji dari
"Institute of Health Science" membandingkan kanser, makanan dan
pengambilan minyak zaitun di 28 negara termasuk Eropah, Amerika Syarikat,
Brazil, Colombia, Kanada dan China. Hasil kajian menunjukkan negara yang
mempunyai pengambilan daging yang lebih dan sayur yang kurang mempunyai risiko
menghidapi kanser yang tinggi. Minyak zaitun dikaitkan sebagai punca kurang
risiko. Saintis Jepun mendakwa minyak zaitun tulen yang disapu pada badan
selepas berjemur boleh memeliharanya daripada kanser kulit.
Daripada Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW pernah bersabda:
" Ambillah minyak zaitun dan sapulah ke kulitmu. Ia membantu mengubat tujuh
puluh (beberapa) penyakit dan juga Juzam (kusta)".
Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
“Makanlah minyak zaitun dan lumurlah minyaknya, kerana ia berasal daripada
pohon yang penuh berkat.”
(Riwayat At-Tirmizi dan Ibnu Majah)
Minyak zaitun jernih dan berkilau seperti cahaya. Ini disebut di dalam al-Quran
surah An-Nur:35:
“ ...yang dinyalakan dengan minyak yang banyak faedahnya (iaitu) zaitun yang
tumbuh tidak di sebelah timur dan tidak pula di sebelah barat, yang minyaknya
(sahaja) hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api...
Dengan ini, tidak hairanlah, ramai yang mengetahui akan kelebihan buah zaitun,
memanfaatkannya sebagai bahan untuk kegunaan asas seperti minyak masak, minyak
rambut, barangan kecantikan, sabun dan juga dijadikan sebagai makanan tambahan.
Justeru, khasiat yang terdapat pada buah zaitun merupakan anugerah Allah ke
atas hamba- hambaNya yang amat bernilai untuk dimanfaatkan kerana bukan sahaja
buah zaitun disebut di dalam Al Quran, malah pakar- pakar sains dunia juga
mengiktiraf akan keistimewaannya.
Harga : RM 18.00
CARA PENGAMBILAN:
1 sudu teh 2x sehari @ Campurkan 2 sudu dalam setiap hidangan
No comments:
Post a Comment