Updated blog lagih... walau masakan yg simple je pun... Janji mesti selalu ada n3 kan2.. Semestinya n3... resepi dan gambar yang original... x gitttew!!
Kacang buncis dulu2 orang kampung aku panggil kacang pen... agaknya bentuknya sikit2 macam pen la tuh! Orang bandar bagi nama kacang buncis sebab banyak buncit2 lah tu... ha..ha.. ha..
Secekak kacang buncis
1 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1/2 tangkai cili merah
6-7 ekor ikan bilis
1 sudu makan sos tiram
sedikit minyak masak
1/4 cawan air
1/4 kiub pati ayam (jika suka)
garam dan gula secukup rasa
Cara :
Kacang buncis dipotong2 menyerong. Bawang merah, bawang putih dan cili merah dihiris2.Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih , cili merah dan ikan bilis bersama-sama.
Bila dah kekuningan, masukkan kacang buncis. Masukkan juga sos tiram dan air. Biarkan mendidih dan perasakan dengan garam dan gula.
Sedia dihidangkan....
p/s : Sejenis hidangan sayur yg berkhasiat...jadilah!
No comments:
Post a Comment