Just Klik!

Saturday, February 14, 2015

Paprik Ayam Sempoi....!

Dah asyik2 gantung periuk ngan kuali je dek sibuk sangat ngan berniaga dan ber blog.... Balik kerja semalam cari bahan2 untuk masak lauk nih.... 

Letih betul la... so,  ku potong2, ku hiris semua sayur dan main campak2 jer dalam kuali.... Sempoi jer..dah siap...hehe! Hubby kata.. klau masak ceggini selalu kan bagus... bagus pada dia.... balik kerja sama2... di bolehla tengok tv... aku... singsing lengan baju bertapa kat dapur memasak..!!  

Dah siap masak... aku baru nak mandi dan berkemas bagai... dia dah abis makan dan nak masuk tidur. Aku jugak yang tidur paling lambat kul 12 lebih... mana tahan!!

Okey...okeylah... xyah berceloteh panjang... kita layannnn!!!

Bahan2 :

Beberapa keping ayam - potong kecil
1/2 batang lobak merah
4 tangkai kacang panjang
sedikit bunga kobis
2 batang putik jagung
1 biji cii merah
1 biji bawang besar
1 biji tomato - dibelah 6
4 helai daun limau purut - dicarik2
1 batang serai - diketuk
3 biji cili api - diketuk
3 ulas bawang putih - diketuk
1 ketul kiub tomyam
1 sudu besar kicap
6 sudu besar sos cili
2 sudu sos tiram
1/2 cawan air
Minyak masak secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

Cara2 :

Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan serai hingga berbau wangi. Masukkan ayam dan kacau rata. Masukkan lobak merah, kicap, sos cili dan sos tiram. Masak sehingga mendidih.

Masukkkan sayur2, cili merah dan cili api. Kemudian masukkan sedikit air. Biarkan mendidih lagi. Apabila dah mendidih, masukkan daun limau purut, bawang besar dan tomato. Kacau rata. 

Perasakan dengan garam dan gula. Dah masak, bolehlah dihidangkan.



p/s : Selesai masak.... makan jelah.. dengan sambal belacan tomato...sedap!


Have a nice day! :)

2 comments:

Sheila Adziz said...

haihhh sedapnyer paprik ayam tu... mmg dh tau nak masak apa ni...

Junaida Watie said...

Wah sedap nih nak try jugak le. Thanks share resepi :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...