Breaking

Sunday, February 8, 2015

Masak Lemak Cili Api Sayur Keladi

Bila masak je gulai sayur keladi ni, automatik je aku teriangat cerita nih... " nasi malukut sayur keladi untuk bondaku si ikan kaloi..." siap terbayang nyanyi kt tepi perigi panggil ikan kaloi...hehe.!

Kuat gak lah penangan cerita tu kat aku... kiranya sayur keladi tu kegemaran mak dia lah yer...

Masakan ni aku buat bila pun dah lupa dah... sebab dah banyak gambar masak2 aku yang aku kumpul.... Tak pe...tak pe... ada masa nanti akan ku share kan di sini satu persatu...

Uhhhh...Macam biasa...lemak cili api ni kegemaran hubby.. suka dia bila aku cakap nak masak lemak sayur keladi nih.. rencah ngan ikan bilis jerrr.!


Bahan2 :


5 pokok batang keladi
15  biji cili api - tumbuk
1/2 genggam ikan bilis - dibersihkan
1cm isi kunyit - tumbuk
2 biji bawang merah - tumbuk
1 batang serai - titik sahaja
1 keping asam keping
2 cawan santan pekat.
secawan air
garam dan gula secukup rasa.

Cara2 :

Batang keladi dipotong2 dan dibersihkan. Selepas  itu batang keladi direbus dan ditoskan airnya dan disiram dengan air. Ini untuk membuang getahnya yg gatal. 

Masukkan bahan tumbuk, ikan bilis dan serai yang telah dititik kedalam periuk. Masukkan secawan santan pekat dan secawan air. 

Bila dah mendidih, masukkan batang keladi yg telah direbus dan secawan lagi santan pekat. Masukkan juga asam keping. Kalau nak lebih kuah boleh tambahkan air lagi.. 

Kacau dan perasakan dengan garam dan gula. Jangan biarkan santan pecah minyak. Kacau sentiasa. Bila telah mendidih sekali lagi bolehlah diangkat.


p/s : Memang sedap.... lauk iringan ikan kembung goreng dan petai jeruk... walla!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...