Breaking

Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Monday, July 4, 2011

Monday, July 04, 2011

Botoks buang kedut tapi wajah tak berekspresi... camne tu?


Ekspresi yang berbagai2 ni... 'camne nak buat kalau otot muka dah lumpuh'
Selalu kita dengar pasal botoks....

Bagus ke... boleh hilang kan kedut ke.... dan wajah jadi muda jelita?

Berita mengenai botoks dapat menghaluskan  dan menghilangkan kedutan sememangnya menarik perhatian wanita-wanita yang bimbang dengan kehadiran garis-garis halus pada wajah. malangnya kesan baik botoks tidaklah sebanyak kesan buruk akibat pemakaiannya.

Suntikan popular ini sebenarnya boleh membataskan ekspresi wajah dan mengurangi kemampuan anda merasakan emosi.

Suntikan botoks menghilangkan beberapa bahagian ekpresi wajah dan dalam masa yang sama beberapa pengalamaan emosional hilang. Dengan lain perkataan, suntikan botoks memudarkan kedutan dengan melumpuhkan otot-otot penyebab kedutan.

Ekpresi senyum, ketawa  gembira, sedih dan macam-macam ekpresi lagi  yang biasa berlaku pada kita secara spontan tak akan boleh di buat lagi. Wajah jadi kaku.

p/s : So..... tak perlulah buat suntikan botoks.... senyuman manis tak menjadi nanti....... macam dibuat-buat pulak.

Ha.. ha.. ha!

Sunday, July 3, 2011

Sunday, July 03, 2011

Bawang.....bagus untuk orang berdiet

Bawang...... sahabat baik bagi yang berdiet?

Cuba baca ni....

Sedang enak menikmati hidangan sambal tumis, tiba-tiba anda tergigit bawang. Serta-merta anda berhenti makan dan mengeluarkan bawang tadi. Bukan hanya hidangan sambal tumis yang disertakan bawang yang di potong kasar, tetapi jiga hidanga-hidangan lain seperti sayur goreng dan sebagainya.

Bagi yang memilih untuk tidak menyukai bawang, cubalah berfikiran lebih positif. Ini kerana, dalam sebuah kajian terbaru menunjukkan bawang merahdapat membantu mengatur berat badan anda dengan lebih baik, mencegah diabetes dan mengurangi tekanan darah.

Melalui kajian tersebut, pakar biomedical di University of Southern Queensland telah menunjukkan bahawa bawang boleh melawan obesiti, diabetes dan kenaikan tekanan darah.

Kumpulan pengkaji ini mula menyelidik ekstrak rutin dari proses pembalikan lemak bawang pada tikus di makmal. Terbukti proses tersebut mampu menurunkan tekanan darah, membalikkan masalah glukosa dan memperbaiki kerosakan hati.

Ingat!.... lain kali makan bawang tu .... jangan di buang... banyak khasiat dan manafaat.

Friday, July 1, 2011

Friday, July 01, 2011

Strawberi....

Strawberi sejenis buah berwarna merah berasal dari negara-negara bercuaca sejuk. Ia digemari kerana keenakannya sama ada dimakan mentah ataupun dimasak pai atau puding.


Selain daripada kegunannya sebagai sumber makanan strawberi bernilai tinggi dalam perubatan tradisional. Buahnya yang kaya dengan vitamin C baik dimakan untuk menjaga kesihatan kulit. Daunnya pula direbus dan airnya digunakan untuk mencuci dan mengubati kudis dan luka-luka. Daun yang telah direbus itu kemudiannya ditampal ke bahagian-bahagian yang luka atau berkudis bagi meredakan kesakitan.

Air rebusan daun strawberi juga berkesan untuk menjaga kesihatan mulut. Caranya adalah dengan berkumur menggunakan air rebusan itu adalah bertujuan menguatkan untuk gusi dan gigi serta mengubati ulser dalam mulut.

Selain daripada buah dan daun, jus strawberi yang biasanya dihidangkan sebagai minuman, juga bernilai tinggi dalam perubatan tradisional. Ia amat berkesan bagi mengatasi masalah sembelit di samping bertindak sebagai astringen bagi meredakan demam dan juga untuk membersihkan gigi.

Sunday, June 12, 2011

Sunday, June 12, 2011

Petua Buang Lemak dengan Limau Nipis

Memakan pil atau menggunakan peralatan moden untuk menguruskan badan bukan pilihan semua orang, terutama mereka yang lebih menggemari cara tradisional. Dalam hal ini, limau merupakan sumber alam yang sangat hebat kesannya. Hal ini disebabkan limau nipis mengandungi asid sitrik yang berkesan memecahkan lemak dan melancarkan penghadaman . Ini info antara cara tradisional menguruskan badan menggunakan limau nipis.
  1. Perahkan dua biji limau nipis ke dalam segelas air kosong, setiap kali selepas makan tengahari atau makan malam. Minumlah air ini sebagai ganti air manis.
  2. Rendam tiga sudu besar teh cina. Tapis dan campurkan perahan limau nipis. Minumlah dua kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.
  3. Ambil sebiji kapur makan dan sebiji limau purut. perahkan limau tadi bersama kapur makan lalu digaul sehingga sebati. Sapukan disekitar perut  sebelum tidur dan biarkan kering sehingga pagi sebelum dicuci.
p/s : Jus limau berfungsi memecahkan lemak terhasil dalam badan. Petua ni agak x sesuai untuk org yang ada gastrik.

Friday, May 6, 2011

Friday, May 06, 2011

Belimbing Buloh

Hari ni... nak cerita tentang buah belimbing buluh. Aku ada nostalgia berkenaan buah ni, Sebab kat kampung aku belakang pintu dapur ada tanam pokok ni. Bunganya warna merah hati, cantik dan wangi je. Bila musim berbuah..... cantiknya. Buahnya pula bergugus-gugus keluar macam buah anggur. Tapi masamnya, tak terkira.


Buah ni bila dah musim banyak sangat masa tu..... bebudak buat peluru main perang-perang  dengan buah tu. Ha! ha! kelakar gila.... lebih2 lagi bila kena marah.... sebab mengerjakan pokok dan sepahkan laman dengan buah belimbing.


Biasanya..... buah tu digunakan dalam masakan macam masak lemak  dan masak sambal. Boleh juga dicampur dalam sambal belacan... emm sedap! Selain tu gunanya untuk membasuh  ikan agar ikan tak berbau hanyir. Caranya guna buah yg dah masak raanum dan lembik . Ramas2kan pada ikan. Perap sekejap.... bolehlah dicuci


Ini infonya : 


Buah Belimbing Buluh berbentuk bujur dan memanjang. Warnanya hijau kekuningan. Setiap buah mempunyai 4-5 bonggol yang tidak kelihatan. Apabila telah masak, isinya lembik dan mengandungi banyak air serta rasanya masam. Walaupun begitu, ia tetap menjadi kegemaran kanak-kanak yang memakannya bersama garam halus.

Buah Belimbing Buluh sebenarnya mengandungi banyak khasiat yang tidak ternilai. Daunnya apabila digiling halus dan dilumur, ia dapat menghilangkan jerawat dan melembutkan kulit di muka, sakit-sakit sendi serta panau. jika direbus pula, ia boleh mengubati batuk, menurunkan tekanan darah tinggi dan pitam.


Selain itu
bagi menghilangkan batuk, segenggam bunga Belimbing Buluh dicampurkan sedikit jus pegaga yang telah ditumbuk, 2 biji bawang merah dan 1 batang kulit kayu manis sebesar jari kelingking. Lalu direbus dan ditapis air rebusan itu. Kemudian minum dengan mencampurkan sedikit madu. Minum segelas, tiga kali sehari.


Untuk mereka yang menghidap penyakit seperti darah tinggi pula, petik 3 biji buah Belimbing Buluh. Potong kecil-kecil dan rebus. Minum air rebusannya selepas sarapan pagi setiap hari. Bagi bayi yang diserang penyakit kuning pula dimandikan dengan air rebusan daun belimbing untuk meredakannya.


Thursday, May 5, 2011

Thursday, May 05, 2011

7 AYAT PENTING AMALAN HARIAN


Ayat yang mesti  menjadi amalan harian.... untuk aku amalkan selalu. Mudah-mudahan diberkati Allah senantiasa hendaknya...... amin!



Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta di ampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa dilaut. 

1. Mengucap Bismillah pada  tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.

3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan  yang tidak patut.




4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.




5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu yang tak disukai dan tak diingini.




6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun  jika menghadapi dan menerima musibah.




7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat,  walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi biasa, kerana sudah biasa.

Tuesday, May 3, 2011

Tuesday, May 03, 2011

Pokok Pudina


Pudina adalah pokok  yang aku suka tanam. ia boleh digunakan dalam masakan dan dibuat hiasan kat atas makanan. Baunya agak kuat, ada orang tak suka tapi aku suka sebab baunya segar je. Di bawah ni ada info sikit tentang pudina.
Pudina , sejenis tumbuhan yang biasa digunakan dalam masakan melayu dan barat seperti ulaman untuk laksa, bahan pewangi untuk nasi beriani dan digunakan dalam pelbagai jenis masakan kerana baunya.Ia sejenis tumbuhan kecil(tutup bumi) yang membiak melalui keratan batang dan anak dari akarnya.Tumbuhan ini mempunyai aroma yang kuat. Sekarang pudina banyak ditanam secara kormersial di Malaysia kerana permintaan yang tinggi
Pudina telah lama digunakan dibarat sebagai penawar untuk penyakit seperti batuk. Ia juga digunakan sebagai teh untuk kegunaan harian. Dalam perubatan cina pudina disifatkan sebagai tumbuhan yang mempunyai sifat sejuk. Ia biasanya digunakan untuk mengubat penyakit yang berkaitan dengan paru-paru seperti demam selesema dan permulaan demam selesema. Ia juga digunakan untuk membuang angin dalam badan dan mengubat penyakit seperti ruam kulit . Ia juga digunakan untuk mengurangkan tekanan.
Tumbuhan ini terdiri dari batang lembut bewarna hijau dengan daun bertompok kuning, putih dan hijau.Ia berbentuk bujur dengan ukuran panjang 30 cm dan lebar 25 cm. Ianya selalu digunakan sebagai Pokok hiasan dalam dan luar rumah.
p/s : Kalau tanam dalam pasu pastikan tanah sentiasa lembab... sebab pokok ni paling mudah layu dan mati bila tanah kering atau kurang air.

Monday, May 2, 2011

Monday, May 02, 2011

AURAT MUSLIMAH


Info ini cuma untuk bacaan sendiri. Kalau ada yang mendapat manfaatnya... alhamdulillah!

1. Pakaian itu mestilah menutup aurat.
Rasulullah saw bersabda :
Telah berkata Aisyah .a “ Sesungguhnya, Asma’ binti Abu Bakar menemui Nabi saw dengan memakai busana yang nipis ” Maka nabi berpaling daripadanya dan bersabda “Wahai Asma’ , sesungguhnya apabila wanita itu telah baligh (sudah haid) tidak boleh dilihat daripadanya kecuali ini dan ini , sambil mengisyaratkan kepada muka dan tapak tangannya”

2. Pakaian itu tidak terlalu nipis sehingga tampak bayangan tubuh badan dari luar.
“Dua orang ahli neraka yang belum pernah saya lihat adalah : kaum yang memegang pecut bagai ekor lembu digunakan untuk memukul orang (tanpa alasan), orang perempuan yang berpakaian tetapi telanjang bagaikan merayu-rayu melenggok-lenggok membesarkan cemaranya bagaikan punuk unta yang mereng. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau syurga, sedangkan bau syurga dapat dicium dari jarak yang sangat jauh”
(Riwayat Muslim)

3. Pakaian itu tidak ketat atau sempit , tetapi longgar atau selesa dipakai.Ia menutup bahagian-bahagian bentuk tubuh yang menggiurkan nafsu lelaki dan ia menutup aspek kehaiwanan dari insan itu.

Dalam sebuah riwayat dari Abdullah bin Abi Salamah bahawa Umar Bin Khattab .a menghadiahkan kepada seseorang dengan pakaian nipis buatan Mesir Lama, kemidian berkata , “Jangan dipakaikan kepada isteri-isteri kamu!” Lalu seseorang berkata “ Ya Amirul Mukminin aku telah memakainya untuk isteriku, kemudian memutarkan badannya tetapi tidak kelihatan auratnya .” selanjutnya Umar berkata, “Memanglah auratnya tidak nampak, tetapi bentuk tubuhnya nampak”.

4. Warna pakaian itu suram atau gelap, seperti warna hitam atau kelabu asap atau perang sehingga tiada bernafsu lelaki melihatnya( terutamanyya pakaian seperti jilbab atau abaya) . Menurut Ibnu Kathir di dalam tafsirnya pakaian wanita-wanita pada zaman Nabi saw ketika mereka keluar rumah berwarna hitam).

5. Pakaian itu tidak sekali-kali diwangikan dengan bau-bauan yang harum, demikian juga tubuh badan wanita itu, kerana bau-bauan ini ada pengaruhnya atas nafsu kelamin lelaki yang ajnabi. Perempuan yang memakai bau-bauan ketika keluar rumah sehingga lelaki mencium baunya disifatkan oleh Rasulullah saw sebagai zaniyah, yakni pelacur atau penzina.

“Wanita apabila memakai wangi-wangian , kemudian berjalan melintasi kaum lelaki maka dia itu begini dan begini iaitu pelacur ”
(Riwayat Abu Dawud dan Tirmizi)

6. Pakaian itu tidak bertashabbuh dengan pakaian lelaki yakni tiada meniru –niru atau menyerupai pakaian lelaki.

Telah berkata Ibnu Abbas : “Rasulullah saw telah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita-wanita yang menyerupai lelaki”
(Riwayat Bukhari)

7. Pakaian itu tidak menyerupai pakaian perempuan-perempuan kafir dan musyrik

8. Pakaian itu bukanlah untuk bermegah-megah , untuk menunjuk-nunjuk atau bergaya.

p/s : copyright je...!

Saturday, April 30, 2011

Saturday, April 30, 2011

Cara mudah masak sayur yang sedap untuk orang berdiet

Sering kita di ingatkan agar makan makanan seimbang. Makanan seimbang mempunyai kesemua zat atau khasiat yang diperlukan mengikut piramid makanan dengan kuantiti yang mencukupi. makanan seperti sayur dan buah-buahan sememangnya digalakkan diambil dalam kuantiti yang banyak dan boleh membuat rasa kenyang yang lebih lama.

Kali ini aku nk kongsi cara masak yang mudah je untuk orang yang berdiet macam aku...... Masakan ni kira macam sup atau tumis air jelah.

Bahan2 :

  • Beberapa jenis sayur -x kisahlah sayur apa.....campurkanlah, macam carot, sawi, kobis, bunga kobis, brokoli, bayam, tomato dan apa2 ajelah.
  • Sedikit minyak masak atau minyak zaitun(lebih bagus)
  • Seulas bawang putih dan  sebiji bawang merah
  • sedikit halia
  • 1 camca teh serbuk lada hitam
  • sedikit serbuk pati ayam(jika suka)
  • gula dan garam secukup rasa
  • air secukupnya
Cara2 : Tumis bawang putih, bawang merah dan halia. Masukkan serbuk lada hitan dan serbuk pati ayam. Masukkan air (ikut suka banyak mana yang dikehendaki). Biarkan mendidih. Masukkan sayur yang keras dulu. Bila sayur yng keras tu hampir lembut baru masukkan sayur berdaun.... tomato boleh masuk last sekali.
Dah masak boleh makan macam tu je atau campur sekali dengan 2-3 sudu nasi atau 2 -3 sudu oat atau 2-3 keping biskut tawar. Sedap tu.....! dan kenyang. Gerenti diet korang x terbabas selalu.

p/s : Masa masak sayur tu korang boleh tambah tauhu, ikan, ayam , atau daging  tanpa lemak kt dalam tu... mesti lagi sedap. Yang penting kurangkan karbohidrat..... protein tak pe!

Wednesday, April 27, 2011

Wednesday, April 27, 2011

Telur....... pelbagai khasiat.



Telur amat mudah di dapati.... (walau ada macam2 cerita pasal telur tiruan ). Mudah disediakan pulak tu. Nk bagi info tentang telur sikit.
Selain mudah didapati. harganya juga murah dan penyediaan hidangan daripada sumber ini juga boleh dipelbagaikan. Ikuti beberapas manfaat yang diprolehi daripada telur.
  • Protein - Kandungan protein dalam telur adalah semulajadi, oleh itu protein yang terdapat di dalamnya adalah protein yang bermutu tinggi, yang dapat menyediakan asid amino yang diperlukan oleh tubuh.
  • Tenaga - Menurut beberapa kajian, makan telur ketika bersarapan dapat memberikan sumber tenaga yang cukup untuk keseluruhan anggota keluarga bagi melakukan aktiviti harian.
  • Harga Berpatutan - Dengan harga yang murah berbanding makanan  berprotein yang lain, anda boleh mendapatkan stok telur yang banyak untuk jangka masa yang agak lama.
  • Tidak Bahaya Pada Jantung - Di dalam sebuah kajian yang di lakukan selama 30 tahun mendapati bahawa memakan telur tidak membahayakan orang dewasa mahupun golongan warga emas kerana ia tidak mempunyai kesan signfikan terhadap jantung 
  • Kepelbagaian Hidangan - Cara penyediaan yang mudah, ringkas dan pelbagai menjadikan telur satu hidangan pilihan kebanyakan orang. Contohnya, telur boleh dimakan mentah, separuh masak atau dimasak sepenuhnya. Cara penyediaannya juga banyak dan anda boleh merebus, menggoreng, dicampurkan didalam mi, bihun, dibuat sambal, dimasak bersama roti dan sebagainya.
  • Baik Untuk Bayi - Telur kaya dengan kolin, iaitu nutris yang diperlukan bagi tumbesaran bayi dan janin. Kolin ini juga membantu merendahkan risiko bayi cacat, dan ia membantu perkembangan otak bayi menjadi lebih baik lagi.
  • Kaya Nutrisi - Sebiji telur mengandungi 13 vitamin dan mineral serta rendah kalori iaitu lebih kurang 70 kalori sahaja. Telur juga mempunyai karbohidrat, protein dan 8 jenis asid amino sehingga ia menjadi amat baik untuk tubuh terutama bagi anak-anak yang sedang membesar.
Kita makan telur selalu...... sebab mudah dan  murah! Jangan tak tau...... bila  poket kempis apalagi lauk yang murah nk dimasak/ makan. Sedap gak!

Friday, April 22, 2011

Friday, April 22, 2011

Pegaga yang berkhasiat/Jus pegaga dan epal


 Info.... ulam dan sayur yang sangat disukai...... selalunya buat ulam dan buat masak lemak cili api. Aku suka jugak buat jus pegaga campur epal .... sedap!!

Pokok Pegaga adalah sejenis pokok ulam yang terdapat Malaysia serta di negara-negara ASEAN. Nama botaninya Centella asiatica. Dalam bahasa Inggeris ia dikenali sebagai pennywort.

Ada beberapa  jenis pegaga seperti:

  1. Pegaga Kampung - banyak tumbuh liar di kawasan kampung
  2. Pegaga air - selalunya ditanam sebagai hiasan 
  3. Pegaga salad -  biasa dijual di pasar2
Pegaga kaya dengan pelbagai zat makanan seperti protein, gentian, zat besi, vitamin A dan C. Amalan memakan daun pegaga dipercayai boleh mengekalkan awet muda serta mengelakkan masalah kegemukan.

Pegaga banyak terjual di pasar terutamanya di pasar tani dan sering dimakan sebagai ulam. Daun pegaga juga boleh dibuat tonik untuk menyihatkan badan dan mengurangkan panas badan.

Di India, pegaga diguna dalam perubatan tradisional sebagai tonik yang dapat menguatkan daya ingatan dan mengubat penyakit nyanyuk. Dalam perubatan tradisional Cina, pegaga digunakan untuk antaranya untuk mengubati selsema, sakit kuning dan penawar untuk keracunan cendawan dan gigitan ular.

Antara khasiat lain pegaga adalah:
  • penawar alahan
  • anti kanser
  • melawaskan air kencing
  • penawar batu karang
  • penawar kencing berdarah
  • penawar ulser
  • merangsang peredaran darah
  • merawat cirit birit
  • menurunkan tekanan darah
Jus Pegaga dan Epal

Bahan2:

Segenggam pegaga
sebiji epal hijau
secawan air
sesudu gula & madu  jika suka

Cara :
Pegaga dibersihkan. Epal dipotong2. Campurkan 2 bahan dan air bersama gula/madu dan masukkan dalam blender. Blend sampai hancur. Tapiskan.... dan boleh diminum.  

p/s :  untuk kesihatan diri.... JANGAN X CUBA, SEDAP NI!!

Wednesday, April 20, 2011

Wednesday, April 20, 2011

Waktu Makan Pengaruhi Berat Badan

Info lagi....

Seringkali untuk menurunkan berat badan, dua perkara utama yang disarankan adalah kurangkan makan dan tambahkan aktiviti fizikal. didalam rutin harian anda. Kini, selain dua perkara utama yang menjadi panduan ramai yang berdiet, terdapat satu lagi petua tambahan untuk membantu proses penurunan berat badan menjadi lebih berjaya. Petuanya adalah makan pada waktu yang betul dan tepat.

Di dalam sebuah kajian di Northwestern University. para pengkaji menemui bahawa makan pada waktu yang tidak teratur contohnya pada waktu tengah malam, ketika tubuh keletihan dan mahu berehat,  boleh mempengaruhi penambahan berat badan anda. Penemuan ini berdasarkan pada kajian yang mendapati pengaturan tenaga oleh 'ritme carcadian' tubuh turut memainkan peranan dalam hal ini. Kajian ini merupakan kajian pertama yang membuktikan kebenaran hubungan di antara waktu makan mempengaruhi penambahan berat badan. para pengkaji turut berkata, mengubah waktu makan saja sangat mempengaruhi berat badan.

Berikut di berikan beberapa penemuan teliti daripada para pengkaji mengenai hubungan di antara makan pada waktu tengah malam dan penambahan berat badan.
  • Ukuran  - Menunda waktu makan boleh menjadi penyebab pengambilan kuantiti makanan yang lebih banyak.
  • Kualiti makanan - Setelah seharian bekerja atau belajar, makan makanan segera (beberapa potong pizza atau burger) jauh lebih menggoda berbanding makan sayur kukus atau ikan rebus.
  • Mengunyah makanan tanpa dikawal - Menghabiskan waktu malam dengsn bekerja, belajar, membeli-belah atau menonton televisyen mendorong anda memilih makanan yang lebih mudah disediakan, bergula dan tinggi kalori (terutama makanan segera).
  • Masalah kesihatan - Membiarkan perut kosong dalam jangka waktu yang lama dan diikuti dengan makan dengan boleh menganggu interaksi di antara kadar gula darah dan insulin. Gangguan ini boleh membuatkan anda berisiko lebih tinggi untuk mendapat serangan diabetes tahap 2.
Waktu Terbaik  Untuk Makan

Beberapa  pakar menyarankan bahawa waktu paling baik untuk makan adalah ketika anda berasa lapar. Rasa lapar ini merupakan satu signal bahawa tubuh memerlukan tenaga. Misalnya, beberapaorang sering berasa lapar dan bertindak makan makanan yang tinggi tenaga.  Tetapi, waktu terbaik untuk makan adalah ketika tubuh berada dalam keadaan paling aktif. Pada waktu ini metabolisme masih tinggi dan tubuh memerlukan tenaga ekstra. Contoh terbaik adalah di waktu pagi. Sebab itulah sarapan amat penting untuk setiap individu untuk memulakan hari mereka. Ketika tidur tubuh tidak mempunyai  stok nutrisi yang mencukupi.  Jadi, sel-sel di dalam posisi bersedia untuk menggunakan pengambilan tenaga dari makanan. 

Selain itu, di waktu pagi tubuh memerlukan nutrisi penting khususnya protein. Ini kerana tubuh telah menggunakan protein  dalam darah untuk membantu pemulihan otot-otot seperti rambut, kulit dan kuku. Bukan itu saja, tubuh juga menggunakan protein untuk mencipta jutaan antibodi sebagai pertahanan melawan bakteria yang memasuki tubuh sewaktu kita tidur.  Ertinya tubuh memerlukan tenaga tambahan untuk menggantikan protein yang hilang sewaktu tidur.

Anda boleh mengurangkan pengambilan kalori ketika hari semakin lewat. Cara terbaik adalah dengan membahagi-bahagikan kalori harian anda kepada lima waktu makan setiap hari. Mulakan dengan sarapan pagi, minum pagi, makan tengahari, minum petang dan makan malam. Petuanya, anda susun waktu makan ini selang tiga jam. Cuba hindarkan makan dalam kuantiti yang banyak setelah hampir pukul 9 malam. 

Waktu lain  yang terbaik untuk makan adalah setelah selesai berolahraga. Cuba makan dalam kuantiti yang lebih sedikit, iaitu lebih kurang 30 hingga 45 minit setelah mengikuti latihan beban. Ini kerana pada waktu ini enzim2 yang bertanggungjawab untuk menghasilkan tenaga berada di dalam keadaan paling aktif dan kemungkinan tenaga yang masuk dalam bentuk lemak adalah lebih kecil. Zat yang masuk seperti karbohidrat akan digunakan untuk memperbaharui glikogen yang rendah akibat berolahraga manakala protein digunakan untuk membantu pemulihan dan pertumbuhan jaringan otot baru dan sebahagian lemak dari makanan akan digunakan sebagai bahan bakar untuk proses2  ini. Ini bermaksud, selepas berolahraga sebahagian besar makanan digunakan untuk proses pemulihan tubuh badan. 


Jaga makan.... jaga kesihatan... terus berdiet untuk menghindari penyakit..... bye!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...