Breaking

Sunday, November 24, 2013

Sunday, November 24, 2013

Maggi Goreng Basah Simple.... auww!

Dah malas sesangat rasanya mengupdated blog.... sebab ...sebab... sebab.... letih, penat, bila balik niaga lah tuuuuuu....... Balik niaga dah kul 7 lebih ke kul 8.... lepas tu masak sampai kul 9... lepas tu makan... mengemas serba ckit dah ni kul 11... apa nk buat lg... kepala pun dah tingtong nk tido... cari tempat tido la.. tu la pase!

Ari ni rehat ckit kt rumah aku updated la masakan ni... mcm biasa... yg mudah2 je!!!


Bahan2 :

5 keping  mee segera 
(beli mee segera yg xde perisa tu - rendam dlm air panas sehingga lembut dan toskan)
2 keping daging burger 

(dipotong 2 kecil dan digoreng dahulu)
3 pokok sawi
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 hiris halia
1 sudu besar cili giling

2 sudu besar sos cili
2 sudu besr sos tiram
2 sudu besar kicap
1 sudu teh pes asam jawa
1/4 dari sebiji kiub ayam
1/4 cawan air
1 sudu teh gula
1/2 sudu teh garam
Minyak masak secukupnya.

Sedikit cili merah dan hirisan limau nipis utk hiasan

Cara2 :

Sawi dipotong2. Bawang merah, bawang putih dan halia di tumbuk lumat Tumiskan bahan tumbuk sampai wangi dan kekuningan.

Masukkan cili giling dan dimasak sampai garing selepas itu masukkan daging burger, sos tiram, kicap, pes asam jawa dan kiub ayam. Biar seketika sehingga daging masak.

Masukkan 1/4 cawan air dan sawi. Tunggu sehingga sawi layu. Lepas itu masukkan mee segera. Kacau2 sehingga rata. Kacau lagi dan bolehlah dihidangkan. Simple jeeeeeeeeeeeeee!!!


p/s : Simple pun sedap gak!

Saturday, November 16, 2013

Saturday, November 16, 2013

Kari Kepala Ikan Merah ~ besar gedabak u!

Kali ni masak kari plak.... Dah jemu berlomak cili api dan bersambal merah, kali ni kita masak yang real punya kari.... power gituuu.!

Selalunya pakai ikan yang comel2 je... kali ni, nah!.... besar gedabak kepala dia. Dua keping kepala yang dibelah dua tu penuh satu periuk.

Puas jugaklah kami sekeluarga nk mengabeskannya.... huhu! Sekali- sekala makan ikan yang besar2.... bukannya selalu!



Bahan2 :

1 ekor kepala ikan merah 
5 biji bendi 
1 biji tomato 
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 cm halia
2 sudu makan cili giling 
1 pkt kecil serbuk kari
1/2 cawan air asam jawa
1 cawan air
2 cawan santan pekat
minyak secukupnya
gula dan garam secukup rasa
sedikit daun kari

Cara2 :

Kepala ikan di belah dua dan dipotong. Bawang merah, bawang putih dan halia di tumbuk. Tumiskan bahan tumbuk dan daun kariBila dah kekuningan masukkan cili giling. Tumis sampai agak garing. Masukkan air asam jawa. Masukkan serbuk kari sekali. Tumis bahan2 sampai garing. 

Lepas tu masukkan 1 cawan air dan 1 cawan santan. Masukkan juga bendi yang telah dibuang pangkal dan hujungnya dan kepala ikan. Masak sampai mendidih. lepas tu masukkan 1 cawan santan lagi. 

Perasakan juga dengan garam dan gula. Biarkan mendidih sekali lagi dan masukkan tomato yang dibelah empat dan cili merah yang dibelah dua sekejap. lepas tu bolehlah diangkat dan dihidangkan


p/s : Seronok  bila tengok anak2 n hubby berselera makan..... alhamdulillah!

Monday, November 4, 2013

Monday, November 04, 2013

Pajeri Terung...... masakan kampung yang sedappp!

Huhu... sedap nih... inilah namanya makanan biasa tp rasa luarbiasa. Kegemaran seisi keluarga nih! Aku selalu buat ni... kalau x guna terung aku guna nenas.... buah kedondong pun boleh jugak...

Resepi turun temurun yang sentiasa x ditelan zaman walau masa terus berlalu.... walaupun cuma masakan kampung je...

Okeylah.... kita layan dulu...



Bahan2 :

4 - 5 biji terung
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 inci halia
2 sudu makan ikan bilis atau udang kering
1 paket kecil serbuk kari kari ikan
1 paket kecil kerisik
1 sudu makan cili giling
2 cawan santan
1/2 cawan air
Sedikit rempah ratus
 ( kulit kayu manis, cengkih, buah pelaga dan bunga lawang)
Minyak masak secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

Cara2 :

Terung dibersihkan dan dibelah. Bawang merah, bawang putih, halia ditumbuk lumat. Tumbuk juga ikan bilis/udang kering separuh lumat.  

Tumiskan rempah ratus bersama bahan tumbuk. Bila dah wangi, masukkan cili giling. Masukkan pula serbuk kari dan air. Tumis sampai pecah minyak. Masukkan  kerisik dan santan. 

Bila dah dah mendidih masukkan terung. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Bila terung dah empuk, bolehlah diangkat dan dihidangkan.


p/s : Hidangan iringannya ikan sepat masin goreng dan sambal tempoyak... power!!!

Saturday, October 26, 2013

Saturday, October 26, 2013

Pizza Mini ~ Comel tp agak garing rotinya....

Aku ni bukannya pandai buat roti... x pernah aku buat pun. Buat pizza tu adalah. Dalam proses nk buat mini pizza ni, aku main redah je adunan kulit pizza yg biasa aku buat tu... nk tengok resepi pizza yg biasa buat, boleh klik sini.

So,  mini pizza yang aku buat ni, tang roti ni jadi agak garing dan mengeras ckit. Intinya plak okey je. Ala.... janji jadi dan boleh dimakan... n ada rupa mini pizza yang jual tu...hehe. ni ayat nk menyedapkan hati sendiri ngan anak2 la tu.

Ikutkan xyahlah share kt orang di sebabkan kurang menjadi .... tp utk blog aku ni, aku nk buat kenangan pasal buat roti ni, so aku update lah... 

N then aku letak resepi sekali.... hehe!


Bahan2 : 

Doh
250 gm tepung gandum
140ml air suam~jika suka boleh ganti/campur dgn susu cair/segar
1 paket mauripan
1 sk gula
1/2sk garam
1sb marjerin
Topping
Sosej 
Sos cili
Mayonis
#secukupnya

Cara :
Bancuh yis dan gula dengan 3 sudu air suam , kacau rata dan tunggu berbuih. Lepas tu masukkan semua bahan dalam bekas...Gaul guna mixer. Bila bahan doh bergaul, uli hingga tidak melekat di tangan dan masukkan dalam plastik dan golek2kan ia selama 5 - 8 minit. Kalau doh melekat... taruh tepung cukup2 bagi ia tak melekit.

Keluarkan dan uli seketika. Masukkan dalam bekas bertutup dan biarkan selama 40 minit. Apabila kembang tumbuk adunan untuk mengeluarkan angin. 

Bahagikan adunan tersebut kepada beberapa bahagian dan canailah adunan tersebut menjadi bulatan leper yang  kecil dan diletakan dalam dulang atau bekas yang sesuai yang telah disapu dengan sedikit marjerin.

Hiris sosej menyerong. Sapukan sos cili diatas setiap doh. Susunkan sosej diatanya dan picitkan pula mayonis. 

Bakar adunan dlm 15 minit atau sehingga doh masak.



p/s : Jadilah.... asal boleh dimakan, dlm pada tu... abis gak! Ada orang ckp nk buat roti kena buh bread improver... barulah roti lembut.... okey... lenkali aku buh bila wat roti lagi... dah beli dah!


Thursday, October 24, 2013

Thursday, October 24, 2013

Ikan Tenggiri dan Pegaga masak LemaK Cili Api

Hmmmm.... apa lagi, masak lemak cili api kegemaran hubby ku... Aku... suka jugak! Masak je... apa kesah, janji aku masak aritu...

Dah selalu aku masak lauk ni.... dahpun letak kt blog lama dulu... tp den nk letak gak... ponek den masak...hehe!



 Bahan2 :

3 ikat pegaga
3 keping ikan tenggiri potong
12  biji cili api - tumbuk
1cm isi kunyit - tumbuk
2 biji bawang merah - tumbuk
1 batang serai - titik sahaja
1 keping asam keping
2 cawan santan pekat.
secawan air
garam dan gula secukup rasa.

Cara2 :

Pegaga dibersihkan dan dibuang  akarnya. Ambil daun dan batang yang lembut sahaja. Ikan tenggiri dibersihkan, digaul gram dan kunyit serta digoreng separuh masak. Masukkan pegaga ke dalam periuk bersama bahan tumbuk dan serai yang telah dititik. Masukkan secawan santan pekat dan secawan air. 

Bila dah mendidih, masukkan ikan yang telah digoreng tadi dan secawan lagi santan pekat. Masukkan juga asam keping. Kalau nak lebih kuah boleh tambahkan air lagi.. 

Kacau dan perasakan dengan garam dan gula. Jangan biarkan santan pecah minyak. Kacau sentiasa. Bila telah mendidih sekali lagi bolehlah diangkat.


p/s : Wah.... podeh n sodap ni! Berpeluh2 makan ...... hidangan iringan, ikan masin goreng dan sambal tempoyak... sodapppp!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...