Bila masak nasi goreng nih... hubby ngan anak2 suka sangat.... kiranya tak tolak langsung.. Selesai, licin... habis di makan.... Kena masak nasi goreng selalu le kan!
Layan je resepi nih...
Bahan2 :
2 mangkuk nasi
3 sudu besar ikan bilis
2 biji bawang merah
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
2 sudu makan cili giling
1 sudu kecil asam jawa
2 biji telur
Sedikit sayur kobis
1 biji bawang merah
2 sudu makan kicap
1/4 drp seketul kiub ayam
1/4 cawan air
Sedikit minyak masak
gula dan garam secukup rasa
Cara2 :
Goreng ikan bilis hingga garing, ketepikan. Hiris bawang putih,bawang merah dan bawang besar. Tumis bawang merah, dan bawang putih.
Bila dah kekuningan, masukkan cili giling. Goreng sampai agak garing. Masukkan air dan asam jawa. Biar sedikit mendidih. Masukkan bawang besar dan separuh ikan bilis goreng. Masak sampai pecah minyak.
Masukkan kobis yang telah di hiris halus. Masukkan telur dan kacau2kan sebati. Masukkan nasi dan percikan kicap. Kacau rata.
Perasakan dengan garam dan gula. Masukkan ikan bilis goreng selebihnya. Kacau rata dan sekata... Bila dah siap bolehlah dihidangkan.
p/s : Variasi sambal tumis dan nasi goreng yang sedap....
8 comments:
Thank you, that was just an awesome post!!!.....
its very cute. thanks too share.....
I love that idea. Awesome Post..
its very cute. thanks too share.....
its very cute. thanks too share.....
That was a VERY interesting one! Seriously interesting.
Thanks for sharing that. It was fun reading it. :-)
That is great to hear, thank you for reading!
Post a Comment