Just Klik!

Tuesday, October 11, 2011

Buat Burger Utk Jualan


Salah satu produk jualan aku yg paling laris adalah burger.......... !

Aku berniaga di masjid negeri setiap hari jumaat, Sabtu dan Ahad sahajaaaaaaaaa!.  Macam2 ada kt gerai aku..... dari produk kesihatan, barang2 kegunaan harian, termasuk makanan dan minuman. Utk mendapat sale yg bagus, aku kenalah mempelbagaikan produk jualan.

Kalau hari Jumaat, burger ni aku buat dlm 200 ke 300 biji bergantung pada hari kerja atau hari cuti. Hari sabtu aku kurangkan  ckit sebab pembeli x seramai hari Jumaat.

Burger ni aku buat sendiri tau!............. aku pakai jenama Ramli Burger dari roti, daging dan sampailah ke pembalutnya.  kalau sayur tu ada jenama Ramli. Itupun aku nk  jugak. He...he!

Burger ni aku buat siap dah bungkus sekali dah........ xdenya masak kt situ sebab x  dibenarkan. So, burger ni dah sejuklah. Tp sedap dan boleh lagi dimakan walau dah seharian.

Nk kena letak resepi ke???

Emmm.....bolehlah..... !



Bahan2  :

Roti burger
Daging burger - ayam atau daging
Kobis dan carot - diparut kasar
Sos cili
Mayonis

Cara2 :

Daging burger di panggang atau digoreng didlm pan sehingga masak.  Roti burger kalau nk bakar sekejap pun boleh. X bakar pun xpe. Belah dua. Kobis dan carot digaul sebati.

Ambil roti bubuh kobis dan carot yg telah digaul mayonis. Lepas tu taruh sos diikuti daging. taruh sos lagi dan dikuti sayuran lagi dan tutup dengan roti yg sekeping lagi.

Lepas tu bolehlah dibungkus. Siap sebuku burger. bolehlah terus ngapppppppp!!!

Kalau xnk susah2 buat, dtg je ke masjid negeri........

Harga : RM 2.00 sebiji.

Kalau nk order buat majlis harijadi atau apa2 majlis boleh hubungi : Noor - 0172387594 ( Harga boleh runding - 100 biji keatas)


Have a nice day! :)

2 comments:

cheeze maz said...

salam, tidak teringin ke letak sos CHEEZE MAZ (rasanya & warnanya sebiji macam sos CHEESE WEDGE di KFC). Pastinya burger adik yg dh sedap ini semakin sedap & berkrim dengan sos CHEEZE MAZ.

Peniaga macam adik disaran ambil package pemborong, lagi jimat. boleh layari cheezemaz.blogspot.com

Anonymous said...

simply stopping by to say hey

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...