Breaking

Thursday, April 28, 2011

Air Teh Bunga Kekwa

Aku mula minat ngan teh ni bila aku kerja dengan sebuah syarikat yg kebanyakan staffnya chinese. Dari situlah aku kenal dgn teh china dan teh bunga kekwa ni. Cantik bunga2 kekwa ni berkembangan dalam teko. Aku pun cubalah rasa... sodap jugak. Tau pulak teh ni banyak khasiatnya. Akupun jatuh cinta ngan teh ni. Selalu gak aku buat di rumah. Senang je nak buat... ambil teh tu, rebus. Nak minum tapis airnya. Aku suka minum tanpa gula. Untuk jaga kesihatan le katakan....

Inilah infonya.... copyrigh dari majalah lama....

Cuaca panas dan sejuk sekarang tidak menentu di Malaysia  menjadikan minuman seperti air teh kekwa menjadi pilihan bagi menyejukkan badan yang panas. Kekwa atau dikenali dengan nama chrysanthemum adalah sejenis bunga. Namun begitu bukan semua spesies bunga kekwa boleh dijadikan sebagai air teh. Paling penting jangan gunakan bunga kekwa hiasan di pasaran sebagai ubat herba kerana kebanyakannya telah disemburkan dengan pelbagai jenis kimia. Kekwa adalah sebahagian daripada keluarga Asteraceaae. Terdapat hampir 150 species keluarga crysanthemun di dunia tetapi hanya dua species yang lazim digunakan untuk tujuan perubatan iaitu Crysanthemum indicum dan Crysanthemum morifolium.

Pokok kekwa banyak ditanam di China dan Jepun sebagai hiasan dan untuk memperoleh cakera bunga yang digunakan sebagai sayur, minuman teh dan ubat. Di Jepun, disebabkan maharajanya amat menyukai bunga ini, maka baginda telah mengadaptasikan bunga kekwa pada cap mohornya. Disesetengah negara Eropah dan Asia, bunga kekwa melambangkan kematian dan digunakan untuk perkuburan. Di Amerika Syarikat, bunga kekwa dianggap sebagai bunga yang positif dan menggembirakan. Malah di negara itu juga, bunga kekwa adalah bunga bulan November dan bunga kebangsaan bagi negeri Chicago.

Memang banyak khasiat ubatan bunga kekwa atau di kenali juga dengan nama Ju Hua oleh masyarakat Cina ini. Bunga kekwa mengandungi bahan anti keradangan, antibiotik dan anti demam. Ia juga mengandungi alkaloid, minyak meruap, seskuiterpen, flavonoid, adenin, colin, stakidrin, krisasternin dan vitamin B1. Bahagian yang digunakan untuk tujuan ubatan adalah bunganya. Perubataqan Cina menganggap bahawa bunga kekwa adalah herba yang menyejukkan. Bagi mereka yang ada masalah panas badan, sakit telinga dan sakit tekak disyorkan untuk meminum air teh bunga kekwa ungtuk melegakan masalah tersebut.

Selain diminum, bunga kekwa yang telah direbus juga dikatakan berguna untuk tujuan ubatan lain. Air rebusan  ini boleh digunakan sebagai losyen mencuci kulit ataupun disapu pada kulit untuk merawat pelbagai jenis penyakit seperti bisul dan bengkak di leher akibat penyakit tibi. Bunga kekwa yang telah ditumbuk hingga halus pula dikatakan boleh ditampal pada luka. Manakala cecair yang diperoleh daripada bunga kekwa yang telah di perah pula boleh  dititis pada luka  dan masalah jangkitan kulit. Wap daripada bunga kekwa yang telah dimasukkan ke dalam air mendidih dikatakan boleh digunakan untuk merawat mata yang sakit dan kabur. Caranya adalah menghalakan wap tersebut pada mata yang bermasalah. Bagi anda yang setiap hari bekerja menggunakan komputer, boleh meminum air teh bunga kekwa yang direbus sendiri bagi mengurangkan keletihan mata. Air teh bunga kekwa dikatakan mampu membantu meredakan kesan sampingan radiasi tahap rendah yang diperoleh daripada skrin komputer.

Bunga yang telah direbus dan dikeringkan boleh direbus atau dicampurkan air mendidih. Ramuan ini boleh diminum untuk merawat hati yang lemah, membaiki daya penglihatan, merangsanng pengedaran dan membaiki kualiti darah, masalah penghadaman, sistem saraf, haid, buta malam, menghalang rambut beruban, ubat bronkitis, reumatisme, sakit kepala, selesema, pening kepala, telinga berdesing, tekanan darah tinggi dan sebagai tonik. 

Untuk tujuan perubatan tradisional atau herba, pakar perubatan Cina mengesyorkan meminum air teh bunga kekwa sebanyak tiga kali sehari. Dos yang disyorkan pula  adalah sebanyak 200 mililiter setiap kali diminum.Walaupun terdapat pelbagai khasiat bunga kekwa, namun begitu penggunaannya perlulah mendapat nasihat pengamal perubatan untuk mengelakkan kemudaratan di kemudian hari.

Teh bunga kekwa ni boleh didapati di kedai ubat Cina...... harganya pun tak mahal. Sepeket cuma RM 5.00 je. Boleh guna  2 kali... separuh2. Rebus je dalam periuk. Air sebanyak 3 liter(buat makan tengahari n malam). Nak minum, tapis dan isi dalam jag. Nak minum ni tak payah taruh gula. Anak2 kena taruh gula sendiri. Kadang2 diorang siap tambah ais dan perah limau nipis lagi. Sedap!!!!

1 comment:

ann said...

my faveret drink

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...