Selamat pagi semua..... nk kongsi dgn anda semua tentang sarapan yang sihat!!!
Sudahkah anda bersarapan? Apakah sarapan anda pada hari ini? Adakah anda masih berasa lapar setelah dua atau tiga jam sesudah sarapan? Adakah anda berasa mengantuk setelah bersarapan? Pernah cuba pelbagai program diet, tetapi masih gagal kerana anda mempunyai masalah dengan pola pemakanandan mem punyai kadar metabolisme tubuh yang rendah?
Begitu banyak persoalan yang diajukan saat bercerita mengenai sarapan dan diet. Jika kebanyakan jawapan di atas adalah ya, cuma satu yang perlu anda lakukan iaitu pastikan sebenarnya anda mengambil sarapan yang sihat setiap hari. Berikut dipaparkan beberapa tip sebagai panduan untuk anda mengamalkan sarapan yang sihat setiap hari.
Apa yang perlu anda tahu
Sarapan perlu untuk memulakan hari anda setiap hari. Ia merupakan bahan bakar yang digunakan oleh tubuh untuk melakukan aktiviti2 seharian. Tetapi, jika kita memasukkan bahan makanan seperti 'sampah' yang tidak diperlukan oleh tubuh badan, ia boleh merosakkan organ tubuh yang lain. Organ yang paling banyak terjejas akibat tidak mengambil berat mengenai sarapan adalah pankreas kerana organ ini berfungsi untuk menghasilkan jus gastrik dan insulin. Apabila kita bangu pagi, tubuh kita memerlukan 114 jenis nutrisi untuk masuk ke dalam tubuh. jadi, srapan yang sihat dan kaya nutrisi penting untuk bahan bakar otak. Juga, ia merupakan rahsia hidup sihat. Terdapat dua jenis sarapan yang berbahaya dan kesannya terhadap kesihatan iaitu terlalu banyak karbohidrat dan tidak bersarapan.
Terlalu banyak karbohidrat
Contohnya, bersarapan dengan nasi, mi dan tauhu. Ketiga-tiga jenis makanan ini merupakan sumber makanan kaya karbohidrat. Jika anda banyak makan makanan yng terdiri daripada sumber karbohidrat seperti karbohidrat sederhana (bijirin, roti putih, roti panggang dan nasi)ia akan menyebabkan kenaikan kadar gula dalam darah yang mendadak, yang mengakibatkan tubuh akan melepaskan insulin dalaam kuantiti yang cukup banyak. Kesannya, kadar gula dalam darah menurun dan keinginan untuk makan lebih karbohidrat meningkat. Pusingan kelaparan sebegini akan berulang sehingga dua atau tig kali sehari dan biasanya akan berlaku antara jam 9.00 - 10.00 pagi, 4.00 - 5.00 ptg. pusingan turun naik kadar gula dalam darah ini akan membebankan tugas pankreas sehingga lama kelamaan akan melemahkan organ ini. inilah salah satu penyebab atau punca ramai yang menghidap diabetes, tekanan darah tinggi dan kenaikan berat badan.
Tidak bersarapan
ketika anda tidak bersarapan, gula dalam darah turun di bawah kadar normal. Sebab itu, anda akan bersa kelaparan dan tenaga semakin rendah. Akibatnya, anda akan kembali mengambil karbohidrat sederhana untuk mendapatkan peningkatan kadar gula darah dengan cepat untuk mengatasi rasa lapar dan penurunan tenaga yang anda alami. Krbohidrat sederhana ini akan menyebabkan kenaikan kadar gula dalam darah secara mendadak yang menyebabkan badan melepaskan jumlah insulin yang cukup besar. Insulin akan mengambil kelebihan gula dalam darah dan mengubahnya menjadi lemak dan seterusnya menyebabkan penurunan kadar gula darah dan keinginan untuk makan lebih banyak meningkat.
Pusingan ini akan berulang sepanjang hari sehingga badan mengeletar. Anda juga boleh mengalami tekanan darah rendah dan kurang gula jika tidak bersarapan. Pusingan lapar yang berulang-ulang akan membuat jadual makan dan metabolisme anda bercelaru. Lama kelamaan, anda mungkin diserang penyakit kardiovaskular dan kegemukan akibat sindrom metabolik.
Konsep sarapan yang mengenyangkan
Sarapan yang mengenyangkan dan menyihatkan seharusnya mengandungi kombinasi nutrisi seperti protein, vitamin, mineral, karbohidrat(rendah), lemak(rendah), dan air. Sarapan sepeti ini akan memberi tubuh nutrisi penting dan tenaga tanpa meningkatkan kadar gula darah dan kadar insulin. Ia juga akan mengelakkan diri dari ketergantungan terhadap karbohidrat setiap hari. cara ini, nafsu makan dapat dikawal dengan baik. keinginan makan makanan karbohidrat juga akan berkurangan. Hasilnya, tubuh akan menggunakan lemak berlebihan yang tersimpan di dalam tubuh untuk mendapatkan tenaga atau sebagai sumber tenaga.
Kriteria sarapan yang baik
- Memenuhi nutrisi penting yang diperlukan tubuh sepanjang hari.
- Memberikan tubuh tenaga yang baik sepanjang hari.
- memberikan tubuh air yang cukup.
- Membantu menjaga kadar gula dalam darah pada kitaran normal sepanjang hari.
- memberikan nutrisi optimum kepada otak.
- Memberikan mood yang baik untuk konsentrasi kerja.
- Membantu memberikan kadar kesegaran organ tubuh sepanjang hari.
Dah siap.....!! copyright dari majalah lama (Mingguan Wanita). Aku memang suka baca info yang sebegini. Bagus untuk di adaptasi dalam hidup kita sehari2. Untuk jaga kesihatan......
No comments:
Post a Comment